Cabang
Isnin, 29 Disember 2014
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir
SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dapat memulihkan 45 MW (megawatt) dari 200 MW bekalan tenaga yang masih terjejas di negeri-negeri yang masih dilanda banjir setakat jam 4 petang ini.
Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB Ir. Abdul Aziz Abdul Majid berkata, di kawasan-kawasan yang air telah mula surut dan akses yang selamat dilalui, TNB telah memulihkan operasi 625 Pencawang Elektrik (PE), di mana 358 darinya di Kelantan, 163 di Pahang, 79 di Terengganu dan 25 di Perak.
Katanya, 47 set janakuasa bergerak dengan kapasiti 500 kiloWatt (kW) hingga 1,000 kW dan 38 set janakuasa jenis mudahalih (portable) dengan kapasiti 4 kW hingga 40 kW telah dipasang di lokasi-lokasi tertentu.
“Cabaran paling besar bagi kami adalah untuk mengembalikan bekalan ke negeri Kelantan disebabkan paras air yang masih tinggi dan akses laluan yang sangat terhad.
"Di Kelantan, sehingga jam 4 petang ini,10 set janakuasa bergerak tersebut telah dapat dioperasikan ” katanya yang juga Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB.
Kelantan masih merupakan negeri dengan kehilangan beban tenaga yang tertinggi ( setakat 4 petang ini) dengan 148 MW dan melibatkan 152,778 pengguna, diikuti Pahang (41 MW, 21,130 pengguna); Terengganu (7 MW, 4,456 pengguna) dan Perak ( 4 MW, 2,825 pengguna).
Mengenai wargakerja TNB yang digerakkan ke kawasan-kawasan bajjir pula, Abdul Aziz berkata, jumlahnya telah ditingkatkan menjadi 1,500 orang dari 1,000 sebelum ini.
“Mereka ditugaskan untuk memantau pepasangan, memulihkan bekalan, serta membantu kerja-kerja pemindahan dan penghantaran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir," tambah beliau.
Abdul Aziz turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan berhubung kegunaan elektrik di kawasan - kawasan yang di landa banjir dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa
Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh. menghubungi talian TNB CareLine di 15454.
Langgan:
Catatan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-