Cabang

Ahad, 25 Mac 2012

Suaka Politik : Hishamuddin sudah berkira-kira menetap di Australia selepas PRU 13 ??

Pelaksanaan Pertukaran Pencari Suaka Bergantung Keputusan Australia: Hishammuddin

KLUANG: Kerajaan Malaysia bergantung kepada keputusan Parlimen dan Mahkamah Tinggi Australia bagi melaksanakan perjanjian pertukaran pencari suaka antara kedua-dua negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Malaysia boleh melaksanakan perjanjian itu bila-bila masa sebaliknya Australia perlu berjaya di dalam rayuan selepas Mahkamah Tinggi negara itu memutuskan bahawa perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Australia itu menyalahi undang-undang.

Selain itu, Australia juga perlu meminda undang-undang berkaitan dengan perkara itu, katanya.

"Kita (Malaysia) bila-bila masa boleh lakukannya tetapi mereka (Australia)kena pinda undang-undang dan (perlu) berjaya dalam rayuan mahkamah," katanya selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) peringkat kebangsaan, di Paloh, dekat sini, Sabtu.

Khamis lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata cadangan perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia kembali menjadi agenda tatkala Parlimen membahaskan undang-undang untuk meminda Akta Migrasi.

Anggota Parlimen Bebas, Rob Oakeshott memperkenalkan Rang Undang-undang AhliPersendirian minggu lepas dalam usaha memecahkan kebuntuan berkaitan isu pencarisuaka dan menjadikan pemprosesan luar pesisir sebagai sah.

Sementara itu, mengenai JPAM, Hishammuddin berkata program transformasi yang dilakukan terhadap pasukan itu membuktikan ianya bukan retorik semata-mata sebaliknya disambut baik oleh generasi muda dan kekal relevan sejak penubuhannya 60 tahun lepas.

Beliau berkata dianggarkan 1.1 juta belia kini menganggotai pelbagai pasukan di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk JPAM, Rela, sukarelawan polis dan skuad agensi anti dadah kebangsaan.

"Kesemua 1.1 juta belia ini kita akan salurkan kepada program 1Malaysia Corpdi mana saya lihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri bersemangat untuk menjayakannya. Harapan kita supaya mereka ini dapat mencorakkan kepimpinan negara pada masa depan," katanya.-BERNAMA

nota kaki : suka-suka dia je nak main pinda-pinda undang2 mahkamah negara asing, siap declare bila-bila bleh adjas dengan undang2 Msia....

bukannya Australia yg bermahkamahkan kanggaroo, rupanya mahkamah Msia......bongok, buat malu kaum je budak Hishamuddin nih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)