Cabang

Selasa, 3 Ogos 2010

Mujur Dosa Itu Tidak Berbau...


Bayangkan jika dosa itu berbau… Bila difikirkan, kita cukup bertuah kerana Allah tidak mengtakdirkan setiap dosa yang kita buat itu menghasilkan bau. Bukan bau yang wangi, tetapi bau yang tengik, hangit, busuk dan sewaktu dengannya.

Dapatkah kita bayangkan jika dosa itu menghasilkan bau yang busuk? Tapi,jika dosa itu berbau, ada juga kebaikannya. Ia boleh dijadikan peringatan kepada kita semua supaya cepat-cepat bertaubat kepada-Nya dan berusaha mengelakkan diri daripada terjerumus terus-menerus melakukan dosa.


Bagaimana agaknya kalau dosa itu berbau ya? Allahu Akbar! Tentu setiap
daripada kita tak berani hendak keluar ke mana-mana kerana takut ter‘buat’ dosa di mana-mana sama ada sengaja atau tidak. Misalnya nampak perempuan lawa, sekali pandang, tidak mengapa sebab ia dibenarkan.

Tapi mata yang tergoda teringin hendak pandang lagi selepas itu, aisey... tak boleh, sebab tahu hukumnya berdosa. Selalunya, banyak mata yang memilih untuk memandang lagi, sebab dosa tidak berbau, tak mengapalah, pandang lagilah, tenung sampai puas... mujur ya dosa tidak berbau....


Dapatkah kita bayangkan, sedang kita duduk bersama rakan-rakan sekerja di kedai makan sambil menikmati sarapan pagi, tiba-tiba kita yang dengan mata berdosa mula mengeluarkan bau yang busuk, sudah tentu ini amat memalukan!
Ada kemungkinan besar, saban hari kita akan hidup dalam suasana yang amat busuk kerana ramainya orang melakukan dosa yang berbau, dan ini termasuklah diri kita sendiri. Astaghfirullah... Mujurlah dosa kita tidak berbau....

Kita hidup hendaklah banyak bersyukur kepada Allah SWT. Bagaimana untuk
hidup bersyukur? Bukan sekadar menyebut, “...alhamdulillah...”, tetapi kita wajar berusaha mengikut ajaran agama Islam dan peraturan-peraturan yang Allah turunkan kepada kita semua.

Tunjukkanlah rasa bersyukur dengan melipat-gandakan usaha dan beramal dengan kebaikan seperti yang diajar oleh junjungan besar kita. Mudah-mudahan hidup kita lebih diberkati-Nya, di dunia dan juga di akhirat. Amiin.


Renung-renungkan dan semoga bermanafaat!


Nota kaki : Cuba pulak kita bayangkan camana bau badan pemimpin-pemimpin kita tak kira lah dari mana wadah politiknya. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan sering kali dikhianati. Rasuah, skandal seks, pecah amanah, arak , judi dan juga pemimpin yang sanggup menjual agama kerana kemasyhuran dan kemewahan.

Bila mereka menghadiri majlis bersama rakyat, tetiba bau hapak keluar sikit demi sikit ketika bersalaman dengan rakyat jelata…Eeeee nau’zubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)