Cabang

Isnin, 30 Ogos 2010

Tanggal Tiga Puluh Satu....



SEJARAH PEJUANG MENDAPATKAN KEMERDEKAAN DIGELAPKAN


Terlalu jahat sikap dan tindakan memadam sejarah para pejuang Islam yang terdiri dikalangan para ulamak dan cendikiawan melayu muslim setelah mereka menyabung nyawa bagi mendapatkan kemerdekaan .


Kita sering didedahkan melalui buku – buku sejarah Negara yang diajar pula kepada pelajar di sekolah , bagaimana kemerdekaan dicapai dan diisytiharkan dengan penuh gemilang oleh tokoh – tokoh yang disenaraikan seperti Tunku Abdur Rahman dan lainnya.


Namun , kemanakah perginya sejarah perjuangan yang begitu getir berhadapan dengan penjajah . Mereka dilabelkan sebagai pemberontak dan penentang penjajah tidak sebagai pejuang kemerdekaan .


Nama seperti Tuan Guru Hj. Hassan bin Munas di Kelantan (Tok Janggut - 1915), Tuan Guru Hj. Abdur Rahman Limbong di Terengganu ( 1922 – 1928 ) tidak popular sebagai pejuang kemerdekaan .


Malah kehadhiran Gerakan Hizbul Muslimin ( Gunung Semanggol ) yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al Bakir pada 1948 dilabel sebagai bahaya dari gunung oleh bangsa sendiri . ( Dato’ Onn Jaafar )


Demikian juga pelopor Gerakan Islah di nusantara Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Syed al Hadi terus dipadamkan dari lipatan sejarah kemerdekaan Negara .


PEJUANG ISLAM MENGASAS GERAKAN KEMERDEKAAN .


Perjuangan menuntut kemerdekaan yang diasaskan oleh para ulamak dan cerdik pandai melayu muslim adalah untuk membebaskan Negara ini dari cengkaman penjajah secara total tanpa sebarang kompromi .


Mereka menggadaikan nyawa mereka . Sebahagian mereka mati dibunuh dan sebahagiannya mati dalam pembuangan daerah . Mereka berjuang demi menghalau penjajah dan mahu melaksanakan Islam di atas bumi yang merdeka .


Malang , anak didik Inggeris mencipta nama sebagai pejuang kemerdekaan tanpa pertaruhan darah dan nyawa . Lebih keji , mereka memadam sejarah perjuangan para ulamak .


Para ulamak yang memperjuangkan Islam dan menuntut kemerdekaan Negara bagaikan sekumpulan anak muda yang menolak kereta buruk . Apabila kereta itu hidup dan meluncur laju untuk meneruskan perjalanan , hanya asap hitam yang ditinggalkan kepada kumpulan anak muda yang menolaknya .


Inilah nasib yang dialami oleh Tengku Daud Barueh di Indonesia , apabila beliau membantu Sukarno mencapai kemerdekaan dari penjajah Belanda dengan mengerah para guru pasentren dan santri – santrinya bersabung nyawa .


Sejurus kemerdekaan dicapai , Sukarno mengisytiharkan Pancasila dan Tengku Daud Barueh dipenjara dan hanya di bebaskan di akhir pemerintahan Suharto .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)