Cabang

Ahad, 3 April 2011

APBH : Ahmad Dhani dan Gerakan Freemason....


Salah satu punca anak-anak muda tidak sensitif dengan isu-isu semasa yang melibatkan ekonomi,sosial dan politik negara adalah mereka telah jauh dibawa dengan unsur-unsur hiburan terlampau...

malah, setiap hidangan hiburan di kaca tv mahupun media massa hampir keseluruhannya tidak langsung memberi manfaat dan pengajaran kepada anak-anak kecil. Lagu-lagu nasyid pun makin lama semakin dilupakan media utama negara...

Cerita-cerita tahyul dan hantu yang telah lama dulu dihalang tayangannya,semakin mendapat sambutan pengarah-pengarah drama tanahair masa kini. Ia seperti telah dirancang secara sulit sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan lesen dan hak penerbitannya...

Ahmad Dhani(gambar)dari kumpulan Dewa adalah artis dari seberang yang mendapat sambutan luar biasa di bumi Malaysia ini. Sehinggakan suatu ketika ingin diangkat menjadi 'pengetua' sebuah rancangan popular AF....

Mujur juga tidak kesampaian hajat pihak-pihak tententu...itupun alasan yang diberikan adalah kerana mengutamakan artis kita. Ada yang mengatakan ianya kerana beliau ada hubungan dengan gerakan Freemason seluruh dunia???

Ini mungkin secebis kisah yang sering dilupakan kita,malah ada yang mengatakan gerakan Freemason ini mendapat lampu hijau dari beberapa pemimpin besar negara. Walaupun tidak semua tapi kerana seorang dua ini yang mempunyai kuasa dikerusi empuk negara mampu mengubah keyakinan anak-anak muda terhadap islam secara halus...

Ahmad Dhani juga pernah membuat kenyataan bahawasanya beliau berbangga kerana berketurunan yahudi...wallahualam.






Renungkan bersama.....lagi cerita di sini

7 ulasan:

  1. Salam...
    Gua dulu peminat kump.Dewa,siap jammed lagu2 hit kump ini sbb gua dulu guitarist..
    Tp semenjak gua beralih kpd mempelajari Tajwid Al-Quran,menghadiri kuliah Tafsir,minat gua terhadap muzik makin merosot apa lg bila menyedari bahawa majlis2 yg tidak memperingati Allah itu sebenarnya tiada mendatangkan keberkatan dan manfaat kpd kita..
    Setelah gua amati lirik2 lagu mereka ternyata ada unsur2 Freemason didalam lagu2 mereka spt lagu "satu"..Antara bait2 yg mengelirukan adalah..."Aku ini adalah dirimu".."Dgn matamu aku memandang,dgn telingamu ku mendengar,dgn lidahmu ku berbicara,dgn hatimu aku merasa"..
    Ia umpama ayat2 bombastik,ttp apabila melihat klip Video lagu ini,barulah gua mengerti maksut yg tersirat dari bait2 lagu Satu ini..

    Gua menyeru kpd peminat2 muzik agar berhati-hati memilih hiburan krn wlwpun pd gua muzik ini ibarat Alat,yakni bergantung pd niat penggunaannya,ia terlibat dgn perkara2 Syubahah dan menjauhkan manusia dari jln hidup beragama..Paparan klip video mereka jelas meransang seksual,kehidupan hedonesma,kemewahan dan fantasi berlebih2an..

    BalasPadam
  2. Syabas bro moga succes selalu,,

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)