Cabang

Memaparkan catatan dengan label Perkakas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkakas. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2011

Perkasa Sokong Pembikinan Video Porno ?


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan tindakan trio 'Datuk T' yang mendedahkan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin utama parti pembangkang.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah(gambar) berkata, pihaknya bersetuju dengan pendedahan yang dilakukan itu bagi membuktikan wajah sebenar mereka yang didakwa terlibat atas nama kebenaran.

"Pihak yang mendedahkan kurang dosanya dari yang melakukan zina dalam video itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Hadir sama termasuk Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

Beliau mengulas pengakuan trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim bahawa mereka adalah dalang di sebalik pendedahan video seks terbabit.

Isnin lalu, mereka mendakwa memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara. Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Anwar menyifatkannya sebagai serangan yang mengaibkan, melampau dan bermotifkan politik ke atas karakter serta reputasi beliau dan keluarganya.

Sementara itu, Syed Hassan berkata, pertubuhan itu mahu mana-mana pihak terlibat agar tidak menyebarkan klip video seks berkenaan.

Sehubungan itu, tambahnya, pertubuhan itu mahu sebuah suruhanjaya diraja yang bebas ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut.

Katanya, suruhanjaya berkenaan mestilah diangggotai pakar-pakar yang tiada kepentingan politIk sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Jangan dilantik panel-panel dari parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang sebab nanti dalam menilai video itu ada yang kata betul ada yang kata palsu.

"Lantik mereka yang bebas termasuk pakar-pakar dari luar negara atau pertubuhan bukan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Syed Hassan sekali lagi menegaskan bahawa pertubuhan itu tiada kena mengena dengan pendedahan video seks berkenaan walaupun pemimpin kanan mereka terlibat.

Beliau mendakwa telah menghubungi Shuib bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

"Kami pun terkejut apabila mengetahui beliau salah seorang 'Datuk T' tetapi beliau telah menjelaskan bahawa penglibatannya atas nama individu yang tiada kaitan langsung dengan Perkasa," jelasnya...sumber

* Kes berkaitan namun berbeza hukuman kerana si pelakunya Datuk Terlampau...

* Ibu meratap anak dijel kerana merogol

* Tukang rumah dihukum 30 tahun penjara,12 sebatan

Jumaat, 24 Disember 2010

Pak Berahim Woi....Sudah-sudah la kencing merata


Pakatan lebih bahaya daripada BN: Perkasa

KOTA BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih berbahaya berbanding Barisan Nasional (BN), sekiranya diberi peluang memerintah negara kerana pemimpinnya menunjukkan reaksi awal akan mengubah dasar dalam Perlembagaan.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, membuat pandangan berkenaan dengan merujuk kepada perkembangan terbaru PR, termasuk kenyataan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Konvensyen PR kali kedua, baru-baru ini.

Menurutnya, dasar-dasar kebangsaan dipertahankan sejak negara mencapai kemerdekaan akan runtuh sekiranya pemimpin daripada PR mendapat kuasa.

“Pemimpin Parti Keadilan Rakyat membawa fahaman Pluralisme yang menekankan kesamarataan, tidak mustahil semua bangsa akan menjadi bangsa resmi dan semua agama akan menjadi agama resmi negara suatu masa nanti.

“Mereka (pemimpin PR) berjanji akan buat macam-macam perubahan sekiranya diberi peluang memerintah selama 100 hari, mereka kata boleh rombak dasar-dasar dan tidak keterlaluan saya katakan negara akan menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ nanti,” katanya.

Ibrahim berkata, hasrat menghapuskan ISA juga berbahaya kerana ia akan menyebabkan tunjuk perasaan berleluasa serta menyemarakkan isu perkauman.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, tengah hari semalam, selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Ampang Puteri, sejak dua bulan lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu disambut kira-kira 1,000 penyokongnya dari seluruh Kelantan.

cetusan ranting 1 (terkini)