
Kalau dah jahil bab agama tu lebih baik diam, nanti orang tahu rupanya anak beranak mengaku islam tapi lawan Al-Quran sampai ke tua....
Mereka ni tahu ke sejak berkurun sekiranya kes zina di mahkamah syariah didapati seorang lelaki bukan islam berancuk dengan gadis melayu, yang hanya didakwa dan dijatuh hukum adalah gadis itu....lelaki itu boleh berancuk berulang kali tanpa sebarang hukuman di Mahkamah Syariah Umno.
Berbeza dengan pelaksanaan Hukum Hudud lelaki bukan islam yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman takzir....
Hukuman Hudud lebih praktikal di Malaysia kerana kes zina, tonggang arak, buang bayi, bunuh, rogol dan jenayah yang lain adalah dipelopori oleh orang melayu yang mengaku islam....
SUNGAI PETANI: Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata TimbalanPengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang-kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
"DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya Umno Bahagian Sungai Petani di sini, pada Selasa.
Beliau mengulas laporan media tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas bahawa hukum hudud yang dicadangdilaksanakan di Kelantan tidak akan melibatkan masyarakat bukan Islam.
Hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud itu mendapat bantahan keras DAP.
Mukhriz berkata langkah melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang dalam agama kaum masing-masing adalah suatu tindakan yang tidak adil untuk dipraktikkan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.
"Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalamAl-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kitalakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islamdikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauhlebih ringan," katanya.- sumber di sini