Cabang
Selasa, 5 Januari 2010
Umno dan Barisan Nasional Sebenarnya Telah Lama Mati....
Jika dilihat kepada prestasi Umno & Barisan Nasional dalam mengurus tadbir khazanah negara tercinta ini semakin hari semakin menjijikkan. Mereka hanya mengikut nafsu dan tembolok semata tanpa memikirkan susah senang rakyat untuk meneruskan hidup yang kian mencabar dan mendebarkan.
Demi menutup kejahatan mereka, saban hari rakyat diberi hidangan ‘makanan’ yang kelihatan lazat tapi sebenarnya tidak memberikan khasiat yang secukupnya. Malah mereka menambah perisa yang akan meracuni pemikiran rakyat secara perlahan-lahan. Benarlah seperti kata-kata ‘setiap pembohongan yang diulang-ulang lama kelamaan akan dianggap sebagai benar. Inilah peranan media utama yang diwar-warkan sebagai pemangkin minda rakyat tapi sebenarnya membiarkan rakyat berfikir jauh ke belakang.
Kekuatan Umno dan Barisan Nasional terletak sejauh mana peranan yang dimainkan oleh factor 3M (money+media+machinery). Kebiasaannya ‘talian hayat’ mereka ini akan dilipat gandakan apabila mereka berada di dalam keadaan tersepit terutama setiap kali mereka berdepan dengan siri pilihanraya. Walaupun jentera 3M ini merupakan hak dan amanah rakyat dikongsi bersama tapi Umno dan Barisan Nasional telah memanipulasikannya seolah-olah ianya kepunyaan mak bapak mereka.
Banyak perkara yang pada mulanya dikatakan ‘halal’ tapi setelah ianya tidak memihak dan memberi kepentingan kepada Umno dan Barisan Nasional lantas diisytihar sebagai ‘haram’ dan begitu jugalah sebaliknya. Contohnya seperti isu royalti minyak, pemberian hak milik tanah, demonstrasi, pengurusan masjid dan surau sehinggalah kepada hak keistimewaan orang melayu mengikut lunas-lunas perlembagaan.
Kepincangan paling dahsyat setiap parti-parti komponen terutama yang melibatkan Umno, MCA, MIC, Gerakan serta PPP sehingga menyebabkan krisis kepimpinan dan juga tidak dinafikan mereka menghadapi krisis kewangan yang kronik. Selangor yang sekian lama menjadi ‘lubuk emas’ kepada pemimpin Umno dan Barisan nasional bagi membuat ‘modal pusingan’ untuk mereka mengejar kemewahan telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat tanpa diduga. Dr Khir Toyo yang suatu ketika menjadi ‘kegilaan’ oleh seluruh ketua-ketua bahagian di peringkat nasional telah disisihkan ke ‘rumah sakit jiwa’ setelah memberi erti lagi kepada mereka.
Sedarkah kita sebenarnya ‘talian hayat’ mereka ini telah hilang auranya. Mereka terlalu bergantung hidup kepada yang bukan ‘hak’ mereka tanpa menyiram bajanya disamping munculnya media-media alternative terutamanya di saluran internet sedikit sebanyak telah melumpuhkan jentera kesayangan mereka seperti Kemas, Tekun dan JKM serta beberapa agensi-agensi berkaitan yang saban hari berusaha mengangkat Umno dan Barisan Nasional.
Setelah hilangnya keyakinan rakyat terhadap intergriti jentera-jentera besar seperti SPRM, SPR, Polis dan badan kehakiman, kerajaan Barisan Nasional akan memusatkan kekuatan mereka dengan memanipulasikan apa sahaja sistem perundangan Negara samada sivil atau syari’ah bermula tahun 2010. Ini kerana pilihanraya umum ke-13 akan berlaku tidak lama lagi. Sekiranya mereka berada dalam keadaan terdesak, tidak mustahil mereka akan menggunakan ‘kuasa asing’ termasuk mengambil pemikir-pemikir luar bagi menghidupkan semula ‘jasad’ mereka yang sebenarnya telah lama mati…...
Melainkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat membuat persiapan dari sekarang dengan menyediakan pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, menyelesaikan isu-isu yang bercanggah diantara mereka, membuang sikap sombong dan jangan mudah rasa selesa. Sudah pasti rakyat akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk mengemudi 'bahtera' yang kian suram agar memberi sinar harapan baru yang lebih gemilang bukannya temberang...wallahua'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga3 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan