Cabang
Selasa, 21 Disember 2010
Pendedahan WikiLeaks Menutup Tirai Dunia 2010...
21 Dis 2010
Laporan portal WikiLeaks, yang menjadi tajuk berita utama sehingga menarik perhatian dunia, menutup tirai 2010 persada hal ehwal antarabangsa dan hubungan diplomatik sejagat, tidak terkecuali Malaysia.
Bertahun-tahun, hubungan dua hala Malaysia dengan negara jiran terdekatnya Singapura dan Indonesia, yang pasang surut, mewarnai dunia diplomatik negara menyebabkan barisan diplomat sentiasa tidak menang tangan. Namun penghujung tahun 2010 berakhir dengan situasi berbeza berikutan pendedahan WikiLeaks, sebuah laman web yang memberi maklumat dalam pelbagai perkara termasuk yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.
Satu kenyataan memudaratkan oleh pemimpin dan pegawai kanan Singapura yang didedahkan WikiLeaks mengejutkan para pemimpin Malaysia dan Singapura. Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang dicatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.
Pada 14 Disember, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T Jasudasen bagi menjelaskan ketidakpuasan hati negara terhadap perdedahan itu dan mengemukakan nota bantahan kepada Singapura berhubung perkara itu.
Selain hubungan Kuala Lumpur-Jakarta, antara hubungan antarabangsa Malaysia yang menjadi tumpuan utama tahun ini adalah pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan juga lawatan Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh ke Malaysia. Tahun 2010 bermula dengan baik bagi hubungan Kuala Lumpur-Jakarta.
Perundingan tahunan kedua-dua negara diadakan di Putrajaya pada Mei, yang menyaksikan Presiden Indonesia bermesyuarat dengan Najib membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakanSeminggu yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan