Cabang
Sabtu, 8 Januari 2011
Hari-hari operasi Hari-hari mau.....
Kalau tak silap penulis, operasi membanteras aktiviti pelacuran dan pendatang tanpa izin telah dikerahkan kepada seluruh penguatkuasa dari berbagai jabatan di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri pada setiap hari di seluruh negara ini....mengikut kata media dan akhbar utama.
Daripada operasi ke hutan banat hinggalah ke hotel 5 bintang, pasti mereka berjaya membawa balik berlori gadis-gadis montok ke balai polis,imigresen atau depot tahanan sementara....juga mengikut kata media dan akhbar utama.
Namun, masalah sosial yang semakin 'mengancam keselamatan' rakyat khususnya bagi kaum wanita daripada pelbagai bangsa yang tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada orang tersayang kerana telah terpaut dengan kejelitaan 'china dolls' dan 'vietnam dolls'.
Persoalannya, adakah operasi yang sering dijalankan ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga ataupun lebih tepat lagi hanya untuk memenuhi fail-fail operasi supaya rakyat tahu yang mereka telah jalankan tugas?Mungkinkah juga operasi ini dijalankan untuk memberi laluan mudah kepada pendatang haram ini menukar lokasi di antara satu sama lain sambil rakyat terus membayar makan minum mereka ketika dalam tahanan?
Mana mungkin semua musibah ini berlaku secara berleluasa dan sukar ditangani sekiranya semua pintu masuk ke negara ini dikawal dengan rapi oleh pegawai-pegawai yang bertugas. Mustahil barang sebesar manusia boleh diseludup secara borong tanpa dikesan melainkan ianya telah ada kesepakatan di pihak atasan dengan kuasa-kuasa besar asing untuk memporak-porandakan negara ini secara sistematik.
Ataupun mungkin juga pendatang haram ini akan digunakan oleh Umno Barisan Nasional sebagai pengundi-pengundi pada PRU 13 nanti untuk mereka kekalkan kuasa seperti yang telah mereka lakukan di Sabah melalui 'projek ic' ketika Barisan Nasional tersungkur ke tangan PBS beberapa dekad yang lalu...wallahua'lam bissawab.
MANJUNG – Tujuh GRO warga asing ditangkap dalam operasi Jabatan Imigresen Cawangan Lumut di Manjung, petang kelmarin.
Ketua Jabatan Imigresen Cawangan Lumut, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Zaidi Dali berkata, Ops Sayang itu bertumpu kepada GRO warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan.
Menurutnya, lokasi operasi ialah di Kampung Selamat, Sitiawan dan menahan enam daripada mereka.
“Semuanya warganegara China yang leka melayan pelanggan di sebuah kedai makanan dan minuman.
“Mereka melakukan kesalahan bawah Peraturan 39B, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen Cawangan Lumut dekat sini.
Zaidi berkata, lokasi kedua operasi di Batu 10 Segari dan seorang GRO ditangkap atas kesalahan sama.
Menurutnya, semua GRO itu diletakkan dalam tahanan selama 14 hari sementara menunggu siasatan.
“Mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sementara dan pas penggajian atau pas kerja yang disalahgunakan.
“Tindakan mahkamah dan pengusiran akan diambil atas kesalahan itu,. Mereka berusia antara 32 hingga 44 tahun.
Menurut Zaidi, pihaknya selalu memantau dan Ops Sayang ini hasil maklumat orang ramai.
“Kita bertindak berdasarkan aduan penduduk yang mengatakan GRO itu telah melakukan aktiviti tidak bermoral di kawasan berkenaan.
“Ada juga kalangan GRO warga asing yang ditangkap cuba melarikan diri sebaik melihat kehadiran Pegawai Penguat Kuasa Imigresen, namun mereka gagal berbuat demikian,” katanya.
Menurut beliau, Ops Sayang petang kelmarin dengan kekuatan 15 anggota adalah operasi pertama tahun ini dan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengatasi kegiatan penyalahgunaan pas lawatan terutama di Manjung.
“Semua mereka yang ditangkap dalam operasi ini menjalankan dan menumpukan kegiatan di kedai makan dalam kawasan ladang kelapa sawit sekitar Manjung.
“Kita juga percaya akan ada banyak lagi kes seperti ini berlaku menjelang sambutan Tahun Baru Cina dan kita akan terus memantau keadaan serta mengambil tindakan mengatasinya,” katanya. Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakanSeminggu yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan