Cabang

Rabu, 5 Januari 2011

Kes TBH ditangguh?...Barang Tetap Naik Lagi

Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 5 Jan:
Suasana penuh sesak di tingkat dua, bangunan Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran menunggu keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock yang dijangka diketahui sekejap lagi.

Selain anggota keluarga Teoh dan peguam yang mewakili pelbagai pihak, turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama barisan exco dan beberapa pemimpin pakatan rakyat.

Antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua, Naib Presiden baru PKR, Nurul Izzah Anwar dan AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad.

Para petugas media dan orang ramai mula memenuhi perkarangan mahkamah sejak jam 1.45 petang tadi.

Koroner Azmil Muntapha Abas pula kelihatan tiba di mahkamah jam 3.00 petang ini dan dijangka akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Majistret Shah Alam sebentar lagi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.


nota misteri : Kemungkinan untuk mendapatkan keputusan kes TBH yang telah 'ditangguh' sekian lama ini akan terus menjadi tanda tanya. Walaupun penghujahan dan penggulungan lebih memihak kepada keluarga mendiang, nampak gayanya akan terus dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.........mungkin juga ada panggilan misteri yang diterima oleh barisan hakim yang arif lagi bijaksana seperti yang berlaku semasa krisis Perak yang lalu.


Sudahlah segala jenis minyak telah naik, harap-harap minyak dalam darah daging rakyat juga mendadak naik dan terus melambung naik sehingga Umno Barisan Nasional berkubur.....itu jam barulah segala masalah ekonomi, sosial dan politik tanahair dapat diselesaikan secara aman dan harmoni,wallahua'lam.


1 ulasan:

  1. Salam Yob,bila sandiwara ni nok berakhir? Yang teman tau satu persatu skandal tahi menteri2 BN kuar dgn ehsan WikiLeaks. Yang tu bila deme nok bawa ke pengadilan?

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)