Cabang

Khamis, 27 Januari 2011

KOMEN INTERAKTIF SINAR....santai

Satu perkara yang perlu rakyat ingat, adalah setiap kali ada pilihan raya kecil, pasti ada menteri datang serta memberi sumbangan segera kepada golongan miskin. Projek segera, tmbahan peruntukan, dana sekolah dan sebagainya. Inilah fenomena dari dulu hingga sekarang dengan alasan sudah dirancang lebih awal. Bukankah pembohongan namanya, inilah kelakuan mereka. Islam tidak menyuruh umatnya mengamalkan sumber rasuah. Renungkan lah wahai orang beriman dan pilih lah pemimpin yang bertakwa semoga dapat membimbing kita ke jalan yang diredai. - PK DEPU

Jenuh sudah diadakan kempen kemalangan dan papan tanda di tepi jalan. Ngeri macam mana pun, pengguna tak gerun juga. Kemalangan makin berleluasa membuatkan pihak berkuasa pening memikirkan kaedah untuk mengurangkannya. Sudahnya timbul idea beg udara sebagai satu cara untuk menyelamatkan pemandu tetapi bukan cara mengurangkan kemalangan. Ada beg udara konon dapat elak kecederaan lebih parah di kepala dan muka. Pada 2012, akan dikuatkuasakan jadi, ada masa lagi nak kumpul duit untuk pasang beg udara. Belum tahu kos yang perlu dibayar. Yang taik mampu tak payah la pasang, cuma ingatkah ketika memandu perlu berhati-hati. - ANTIROSAK

Minta pemimpin turun padang melihat keadaan rakyat di Parlimen Parit. Banyak kawasan yang terlepas pandang dan memerlukan bantuan. Rakyat perlukan keprihatinan anda semua. - PEMUDA UMNO

sumber di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)