Sebenarnya beberapa tahun yang lalu telah ada pesalah yang telah dijatuhi hukuman mengikut seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982...di sini
Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:
(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH PERAK (1992)
seksyen 60:Mana-mana orang islam yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengetahuan tentang pengharaman arak tidak dapat dihayati oleh orang islam juga disebabkan tokoh-tokoh agama negeri yang dikepalai Tok Mufti dan Pengarah di Jabatan Agama yang takut untuk bertindak kerana dipengaruhi pihak yang berkepentingan. Ini kerana antara cukai yang tertinggi bagi pendapatan untuk negeri-negeri di Malaysia adalah bergantung kepada aktiviti penjualan arak dan judi.
Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras.
Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.
Trend di Asia semakin meningkat pengambilan alkohol. Akan tetapi di negara-negara Eropah trend pengambilan sudah mulai menurun oleh sebab kempen agresif mereka untuk membendung masalah atau gejala alkohol.
Penulis sendiri terkejut dengan penemuan sebuah kedai 'mini market' di sekitar Taman Samudera Manjung yang secara terang-terangan menjual arak di dalam premis mereka. Jurujualnya pula adalah dari kalangan gadis melayu islam yang langsung tidak menunjukkan reaksi janggal ketika penulis mengambil gambar mereka dan tempat simpanan beberapa jenis arak yang berjenama. Namun, untuk menghormati permintaan mereka penulis tidak mendedahkan gambar mereka untuk tatapan umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan