Cabang

Rabu, 12 Januari 2011

Terengganu Edar Jarum Suntikan Percuma ?


Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia Datuk Zaman Khan ketika berucap pada majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu beberapa bulan lepas mendedahkan bahawa lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada kalangan umat Islam.

Beliau berkata lebih membimbangkan laporan sesi khas perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS) Deklarasi Komitmen mengenai AIDS menyatakan sembilan rakyat negara ini dijangkiti penyakit tersebut setiap hari.

Lebih membimbangkan lagi adalah sebanyak 35.9 peratus kes jangkitan berlaku di kalangan golongan muda antara umur 13 hingga 29 tahun dan sehingga kini telah berlaku 13,394 kes kematian yang dilaporkan berkaitan AIDS. Kaum lelaki merupakan jumlah paling ramai dijangkiti HIV dengan 92 peratus kes manakala wanita dan gadis kurang daripada 10 peratus kes.

Manakala punca utama jangkitan HIV/AIDS adalah penagihan dadah dengan menggunakan jarum dan bertukar jarum yang kotor. Namun peningkatan kes baru pula, kebanyakannya membabitkan hubungan seksual yang tidak selamat secara heteroseksual antara lelaki dan wanita, selain lelaki dan lelaki menerusi hubungan seks homoseksual yang kini meningkat kepada hampir 30 peratus.

Mengulas mengenai jangkitan di Terengganu, beliau berkata sebanyak 315 kes baru dilaporkan pada tahun lepas. Angka itu meletakkan Terengganu di tempat keempat tertinggi selepas Kelantan (596), Pahang (431) dan Selangor (378), beliau.

Pada majlis yag sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Abd. Rahman Mokhtar menyatakan bahawa kerajaan negeri kini sedang giat memperkenalkan program pemberian dan pengedaran ‘Jarum dan Alat suntikan’ secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu.

Beliau mendedahkan bahawa dalam tempoh dua minggu sahaja seramai 216 penagih dadah di sekitar bandar Kuala Terengganu telah menyertai Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan (NSEP) anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Komuniti Cakna Terengganu (KCT).

Namun seperti yang didedahkan oleh Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin, Pengarah Institut Kesihatan Global Antarabangsa, sebuah agensi di bawah Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa trend peningkatan kes HIV/Aids di Malaysia ketika ini bukan lagi disebabkan masalah penagihan dadah dan penggunaan jarum suntikan, sebaliknya hubungan seks yang tidak selamat lelaki dengan perempuan serta aktiviti homoseksual antara lelaki sesama lelaki. Jadi, dimanakah rasional dan kewajaran pengedaran pemberian Jarum dan Alat suntikan secara percuma kepada penagih dadah di seluruh negeri Terengganu?

lagi di sini Dr Syed Azman Syed Ahmad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)