Cabang

Selasa, 31 Mei 2011

Rakyat Patut Bersyukur Dengan Kenaikan 7.12% Tarif Elektrik Bermula Esok......

Bersyukur kerana :-

1. Penguasa Umno Barisan Nasional telah memberi jaminan kenaikannya tidak akan membebankan rakyat.


2. Penguasa Umno Barisan Nasional akan terus memantau syarikat-syarikat GLC yang bernaung di bawah IPP supaya membuat penambahbaikan demi keselesaan rakyat.


3. Penguasa Umno Barisan Nsional perihatin nasib rakyat bawahan dengan memberi rebet percuma kepada mereka yang mengguna tidak lebih(100 kwh) sebulan. Dengan ini Penguasa berharap rakyat tidak memakai kipas dan aircond agar penggunaan letrik terus diberi percuma.


4. Penguasa Umno barisan Nasional dapat melatih rakyat supaya berjimat cermat dan tidak membazirkan tenaga elektrik.


5. Penguasa Umno Barisan Nasional menyahut seruan dunia dalam menangani isu pemanasan global. Rakyat dapat mengenang susah orang tua-tua dulu dengan menghidupkan semula lampu minyak tanah .


6. Penguasa Umno barisan Nasional dapat menggunakan kembali pengurangan subsidi untuk pembangunan infrastruktur dan bantuan terus untuk rakyat terutama di kampung-kampung.


7. Penguasa Umno Barisan Nasional dapat menyekat industri-industri besar yang ingin melabur daripada mengaut keuntungan yang lebeh.


8. Penguasa Umno Barisan nasional tidak dapat memberi kepuasan secara berterusan kerana sumber utamanya semakin terhad dan permintaan terlalu tinggi.


9. Penguasa Umno Barisan nasional dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan sekiranya lebih banyak janakuasa-janakuasa baru yang akan beroperasi kelak.


10. Penguasa Umno Barisan Nasional yang tak lama lagi nak mampos....Amin ya Rabb.


lagi cerita di sini, sini dan sini..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)