Cabang
Sabtu, 6 Ogos 2011
Tazkirah Hening : Elak fitnah berterusan.....Segera !!!
“Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini. Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren. Semasa air buah dihidangkan, tauke yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf “G”. Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.
“Bos, air ini halal, tapi gelasnya… akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai,” kata saya.
Terdapat 2 pengajaran di sebalik peristiwa ini. Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk – apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu. Dan tauke pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.
Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.
Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?
Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.
Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.
Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.
Dalam reaksinya terhadap isu Jais hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata isu tersebut menjadi polemik besar akibat dua perkara – ‘mudah mempercayai fitnah’ dan ‘melakukan perkara-perkara yang mengundang fitnah’.
Di dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim menasihatkan agar pihak Jais, dalam kesungguhan mereka mencegah kemungkaran agama Islam, pihak jabatan agama juga harus sentiasa beringat untuk mesti mengelak sebarang elemen buruk dalam melaksanakan peraturan yang ada, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.
“Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang eleman buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam,” kata beliau.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga menasihatkan agar Jais, sebagai sebuah badan pengawal agama harus bertindak mengikut lunas peraturan dan prosedur yang ada.
“Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.
Dalam kes tersebut, jika pihak Jais telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima Jais tidak dapat dipastikan.
Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak,” tambah beliau.
Beliau turut menyeru Jais untuk memastikan siasatannya dilakukan dengan penuh ketelusan, dan setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima.
“Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.
“Diharapkan Jais dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan Jais sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.
“Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah,” nasihat beliau.
SUMBER DISINI DAN SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan2 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan