Cabang
Khamis, 22 September 2011
Bini Rosmah semakin sasau dan berpotensi jadi gila babi.....
‘Kerajaan tidak tahu tipu rakyat’
PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat, apatah lagi selewengkan fakta sejarah sepertdilakukan pembangkang. Perdana Menteri berkata, perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah pada landasan benar dan jelas serta menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.
Beliau berkata, apa dilaungkan pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata. “Perjuangan BN ialah untuk menentukan negara maju dan rakyat makmur.
“Kita ada agenda jelas, pembangkang tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama kira-kira 300 anggota Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (PBAKM) di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Penasihat PBAKM. Najib berkata, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutar-belitkan fakta. Beliau yang juga Penaung PBAKM, berkata sekiranya pembangkang diberi kuasa memerintah Malaysia, ia boleh membawa sejarah hitam kepada negara ini.
“Nauzubillah, kalau pembangkang dapat kuasa, saya fikir dia nak rombak segala-galanya apa yang kita pertahankan, kita warisi. Nak tafsir sejarah ikut mereka, nak tukar bendera, banyak lagi perkara karut yang mereka akan buat,” katanya.
Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan di atas komitmen ditunjukkan oleh bekas anggota PBAKM selama ini, dan meminta mereka terus membantu kerajaan menyedarkan rakyat bahawa Umno dan BN adalah parti yang sentiasa memperjuangkan rakyat.
Najib berkata, penganjuran majlis di kediamannya di Seri Perdana itu juga adalah signifikan bagi anggota PBAKM untuk bersama membantu kerajaan mempertahankan Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.
Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa Putrajaya adalah maruah negara yang tidak boleh digadai kepada golongan hanya melihat kepada agenda politik semata-mata. - Bernama
nota : Bila pembangkang dah menyusup di kalangan pengikut dan ahli sendiri, Najib semakin hilang punca bila berkata-kata. Dalam sibuk bentang tranformasi demi transformasi acuan Rosmah yang tak nampak ke mana halanya, beliau terlupa melihat disekelilingnya yang sedang menunggu bila-bila masa untuk mentalqinkan riwayat politiknya....billion-billion dah sapu,pukul anak sindir menantu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Insyaallah!!! mudah2an... lagi cepat lagi baik. cepat kita tukar kera-jaan. Baik utk negara dan rakyat...
BalasPadam