Cabang
Selasa, 27 September 2011
Mukhriz senada dengan Tun lawan Hudud......
Kalau dah jahil bab agama tu lebih baik diam, nanti orang tahu rupanya anak beranak mengaku islam tapi lawan Al-Quran sampai ke tua....
Mereka ni tahu ke sejak berkurun sekiranya kes zina di mahkamah syariah didapati seorang lelaki bukan islam berancuk dengan gadis melayu, yang hanya didakwa dan dijatuh hukum adalah gadis itu....lelaki itu boleh berancuk berulang kali tanpa sebarang hukuman di Mahkamah Syariah Umno.
Berbeza dengan pelaksanaan Hukum Hudud lelaki bukan islam yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman takzir....
Hukuman Hudud lebih praktikal di Malaysia kerana kes zina, tonggang arak, buang bayi, bunuh, rogol dan jenayah yang lain adalah dipelopori oleh orang melayu yang mengaku islam....
SUNGAI PETANI: Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata TimbalanPengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang-kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
"DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya Umno Bahagian Sungai Petani di sini, pada Selasa.
Beliau mengulas laporan media tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas bahawa hukum hudud yang dicadangdilaksanakan di Kelantan tidak akan melibatkan masyarakat bukan Islam.
Hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud itu mendapat bantahan keras DAP.
Mukhriz berkata langkah melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang dalam agama kaum masing-masing adalah suatu tindakan yang tidak adil untuk dipraktikkan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.
"Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalamAl-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kitalakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islamdikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauhlebih ringan," katanya.- sumber di sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakanSeminggu yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
bapak ny dulu mrujuk pd Quran brbahasa Inggeris.
BalasPadamBapaknya dulu pernah hina Nabi SAW dan mahukan Tafsiran Al-Quran yang baru.Bapanya tak faham apa akibatnya menentang hukum Allah.Kalau rujuk buku kecil yang disebarkan oleh Pemuda PAS Pusat zaman Mahfuz jadi Ketua Pemuda,banyak yang menunjukkan bapanya(Mahathir Kutty)menentang Islam.Jadi apa nak heiran kalau anaknya pun sama jugak - Bapak borek,anak rintek".Kasihan! Duit banyak,kaya-raya tapi pengetahuan Islam amat cetek.
BalasPadam"Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalamAl-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kitalakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islamdikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauhlebih ringan," katanya....pelik juga komen ni...orang Islam pun tak mau kena dengan hukuman Islam...sepatutnya kita nak tegakkan hukum agama kita sendiri..orang bukan Islam boleh pilih hukuman agama dia...dia akan fikirlah sendiri keadilan Islam bagi pilihan kepadanya...
BalasPadamKita bimbang apa nak laksana hudud Islam, kalau kita tak buat salah nak kena hudud apa..hanya orang salah takut hukuman....dah try lama dah hukum manusia, dok tambah jenayah adala....kembalilah kepada hukuman Allah yang Allah jamin pencegahannya....dah kata majmuk...buat untuk orang Islam dululah....lagi pun hari ni orang melayu Islam banyak rekod buat jenayah sebab majoriti rakyat melayu....hanya pencuri yang tak mau ada hukum potong tangan ni...(contoh saja)
BalasPadamini bukannya keturunan ahlul bait tapi keturunan alun nar... sebab tu ingkar perintah Allah... buat tafsisan agama ikut sesedap mak-bapak dia... bila nyawa dah dihujung halkum bari dia tau langit tinggi rendah...
BalasPadam