Cabang

Selasa, 18 Oktober 2011

Hak Orang Asli.......warga asing?

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Kerajaan BN ternyata bertindak amat keterlaluan apabila terus mengenepikan faktor keturunan di dalam MyKad Orang Asli di Semenanjung Malaysia sejak dulu hingga kini.

Realiti itu terserlah apabila di dalam MyKad setiap Orang Asli di Semenanjung, khususnya bagi data keturunan, hanyalah dicatatkan huruf "DLL" yang bermaksud "Dan Lain-Lain".

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, perkara itu nyata berbeza berbanding pemilik-pemilik IC kaum-kaum lain di negara ini yang dicatatkan dengan jelas di dalam setiap MyKad masing-masing.

Menurut beliau, malah perkara itu juga turut berbeza berbanding pemilik-pemilik IC keturunan Orang Asli di Sabah dan Sarawak yang turut dicatatkan dengan jelas keturunan masing-masing di dalam setiap MyKad kaum-kaum terbabit.

Katanya, tindakan mengenepikan faktor keturunan di dalam IC Orang Asli di Semenanjung jelas bertentangan dengan asas hak asasi manusia dan hak asasi sesuatu kaum yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan.

"Selain itu, ia juga merupakan satu ketidakadilan terhadap keturunan itu, sehingga menyebkan Orang Asli sendiri hairan dan tertanya-tanya kenapa mereka diperlakukan seperti itu," katanya pada satu perjumpaan dengan Harakahdaily dan beberapa media di pejabatnya, di sini.

Ketiadaan data keturunan yang jelas di dalam MyKad, menurut beliau, boleh menyebabkan pihak lain tidak mengenali dengan nyata keturunan pemilik IC terbabit.

Katanya, malah lebih jauh dari itu, di kalangan Orang Asli itu sendiri turut mengalami kepayahan untuk mengenali sama ada seseorang itu dari keturunan mereka atau sebaliknya jika tidak diakui secara jujur oleh individu terbabit.

selanjutnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)