Cabang

Khamis, 27 Oktober 2011

Hutan Simpan Chikus : Apa dironjang Si Zambry Kadiaq ni ?

Orang Asli suku Kaum Semoi akan berdemo lagi di Putrajaya le gamaknya.......

Berpuluh tahun orang asli semoi yang tinggalk berdekatan dengan Hutan Simpan Kekal di Chikus dalam Dun Sg Manik memohon kepada kerajaan untuk meneroka hanya beberapa ekar dari keseluruhan tanah Hutan Simpan untuk bercucuk tanam....Dipandang sepi oleh Kerajaan Negeri Perak yang dikepalai MB Haram Zambry Kadiaq.

Semasa Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat, belum sempat untuk dikaji pemohonan mereka telah dirampas oleh Rejim dan mereka pula berjanji untuk menyegerakan proses permohonan ini....

Kaji punya kaji, rupa-rupanya hak sekangkang kera tu telah dikhianat dan diberi kepada 'kontraktor haram' mana entah untuk meronjang segalanya. Terkial-kial orang Asli ni menanti janji yang hanya untuk kroni Zambry...

Bila ditanya kepada Exco Pertanian yang juga merupakan Adun Sg Manik beliau cuba-cuba menyalahkan pihak Jabatan Hutan yang kononnya bertindak seperti samseng ketika berunding dengan wakil suku kaum Semoi. Mereka juga didakwa mengugut dengan membawa pistol dan gari...

Bos beso Jabatan Hutan Negeri Perak tentulah Si Zambry Kadiaq ni...aik takkan YB Zainol ni nak makan kawan kut ataupun dah tau Si Zambry mungkin tak akan jadi bos dia selepas PRU 13 nanti...alang2 ronjang,ronjang dengan dia2 sekali heeee.

nota asli : Hari ni TS Muhyiddin dijangka turun ke sekolah di Lekir untuk meneruskan agenda kelentong mengenai bajet yang baru dibedak2 untuknya, dan dikabo anginkan ada beberapa penduduk tempatan yang akan menyerahkan borang Umno kepadanya....

Sudah menjadi kebiasaan bila nak menyambut pru 13 ni, berbondong-bondonglah entah sapa2 yang akan menjadi ahli Umno secara pakej huuuu. Tambahan pula Lokaliti Lekir termasuk di dalam Dun Pasir Panjang yang diwakili DS Nizar Jamaluddin....sah yang masuk tu adalah bekas2 ahli Umno yang telah lama tak bayo yuran tahunan kerana bukan dari pengikut2 Zambry....wallahua'lam.


sumber dari anak buah Si Zambry

1 ulasan:

  1. politik dah campur memang susah nak buat kerja.alih2 jabatan hutan disalahkan bila dorang ambil tindakan...politik kotor..penjenayah dibela..haha

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)