Cabang

Isnin, 31 Oktober 2011

Wacana Tolak Hudud di antara Tun, Karpal dan Zul Kulim ?


Kebanyakan daripada mereka yang menentang Hukum Hudud,Qisas dan Ta'zir supaya tertegak di bumi Malaysia ini kerana mereka tidak faham dan yakin dengan kesaksian terhadap kes-kes yang akan diadili di mahkamah. Mereka lebih fokus kepada perkara yang kecil dalam keseluruhan hukum itu sendiri....

Sebenarnya di dalam kepala hotak mereka ni, jika seseorang telah didakwa di mahkamah beerti telah didapati bersalah seperti kes-kes pemimpin pembangkang yang sering diulang siar oleh media utama Umno Barisan nasional. Mereka lebih suka menghukum daripada melepaskan orang yang tidak bersalah...

Allah lebih mengetahui setiap gerak laku makhluknya. Perasaan takut, sedih, marah dan benci adalah menjadi milik Allah. Siapalah kita untuk menidakkan semua perasaan-perasaan ini hadir ke dalam diri melainkan Allah.

Hanya dengan Hukum Hudud segalanya bersandarkan kepada pembuktian yang jelas dan adil. Yakni saksi-saksi adalah lebih berat dipertanggungjawabkan, bukan senang membuat pertuduhan tanpa bukti yang kukuh seperti saksi-saksi pendakwaan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sekiranya gagal maka saksi akan dihukum dahulu...

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam...selanjutnya di sini

nota kaki : Bagaimana agaknya jika wacana ini berjaya diadakan. Mungkin wajar dipertimbangkan untuk memberi peluang mereka berhujah bersama kerana ketiga-ketiga 'tokoh' ini tidak mempercayai saksi-saksi yang ada di Malaysia ni.

Mereka anggap semua orang Islam khususnya melayu adalah jenis yang berperangai macam pengikut-pengikut Umno dan Barisan Nasional...tau bohong, tipu, belit, kelentong dan temberang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)