Cabang

Jumaat, 16 Disember 2011

Hanya modal air liur, AirAsia bakal jadi syarikat tunggal ?


Dalam AirAsia duk sibuk mintak 'sewa tapak' jauh lebih murah daripada harga yang pernah diberikan kepada MAS dan syarikat penerbangan lain,tindakan 'rasionalisasi' pula dibuat bagi mengelak MAS terus menanggung rugi....gantung penerbangan ke beberapa destinasi?





Walaupun telah beberapa kali diambil tindakan serupa yang telah mengakibatkan banyak destinasi utama dunia digantung terus atau dikurangkan kekerapan penerbangannya. Dengan alasan untuk memulihkan pengurusan MAS supaya tidak terus menanggung kerugian dan berjanji lagi untuk menyambung kembali kontrak penerbangan setelah kewangan pulih , nampaknya hanya cerita karut marut pemimpin-pemimpin lintah darat@kapitalisme yang bertopengkan melayu...





Senang cerita dan tak perlu berkias bongok, bagi je la terus AirAsia 'conquer' semua kerja-kerja MAS(satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional bakal pupus)....






Malaysia Airlines (MAS) akan menggantung lapan laluan yang mencatat kerugian, tahun depan bagi mengawal kos.


 


Laluan terbabit termasuk laluan harian Kuala Lumpur-Surabaya, yang akan digantung mulai 7 Jan, penerbangan tiga minggu sekali Kuala Lumpur-Dubai (10 Jan), penerbangan dua kali seminggu Kuala Lumpur-Karachi-Dubai (12 Jan), penerbangan tiga kali seminggu Kuala Lumpur-Dubai-Damman (13 Jan), penerbangan harian Langkawi-Pulau Pinang-Singapura (30 Jan), penerbangan tiga kali seminggu Kuala Lumpur-Johannesburg (31 Jan), penerbangan dua kali seminggu Kuala Lumpur-Cape Town-Buenos Aires (1 Feb) dan penerbangan tiga kali seminggu Kuala Lumpur-Rom (2 Feb).





Persediaan alternatif akan dilakukan dengan syarikat penerbangan lain bagi mereka yang telah menempah tiket untuk laluan terbabit selepas tarikh penggantungan, kata MAS dalam satu kenyataan.





Penggantungan itu dibuat secara berpingkat-peringkat, selari dengan program rasionalisasi yang diumumkan minggu lalu.







"Keputusan itu dibuat berdasarkan analisis bebas dalaman terhadap hasil dan keuntungan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.





"Ini menyumbang hampir 12 peratus daripada kapasiti penumpang dan kami menganggarkan rasionalisasi berterusan laluan akan meningkatkan muatan, menambah hasil dan menyumpang impak keuntungan sebanyak RM220 juta hingga RM302 juta bagi 2012," katanya.




"Rasionalisasi laluan tersebut dijangka memberi impak minimum ke atas kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan di Asia memandangkan kami akan bekerja keras bersama rakan perkongsian kod kami," katanya.

Ahmad Jauhari berkata menerusi program sedia ada antara syarikat penerbangan nasional dengan rakan perkongsian kod, ia akan terus mempromosikan perhubungan antara Malaysia dan destinasi antarabangsa lain selain menyumbang terhadap usaha keseluruhan oleh pelbagai pihak berkuasa untuk meningkatkan ketibaan pelancong ke Malaysia.

"Kami berharap dapat kembali menawarkan perkhidmatan ke pasaran ini selepas perniagaan kami kembali stabil.




lagi cerita karut di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)