Cabang

Jumaat, 2 Disember 2011

PWTC : Hanya Fitnah, Maki dan Hiburan....(video)

Walaupun persidangannya nama persidangan umno tapi hampir semua perwakilan menceritakan hal yang bukan melibatkan parti. Apatah lagi nak berhujah dan memberi pandangan bernas untuk membina sahsiyah islam khususnya bagi orang-orang melayu...

Konon sebab musabab umno terberanak kat bumi Malaysia ni untuk membela nasib orang melayu...

Dengan penuh emosi daripada puteri hinggalah kepada yang tua bangka, tak insaf-insaf dengan perjuangan sia-sia mereka hari ini...ada yang kata macam dalam kandang lembu,entahlah....

Habis ditayang ke seantero dunia mereka membuat fitnah dan memaki hamun lawan politik mereka sampai ada yang sanggup mengatakan parti lawan mereka sebagai sesat....dalam keadaan mereka cuba membawa imej Wasotiyyah (keserdahanaan),hebat sungguh!

Pas, Dap , PKR serta seluruh rakyat yang bersama dengan Pakatan Rakyat dianggap musuh utama sehingga lupa kepada musuh islam sebenar (Apco Worldwide)yang telah menyusup jauh ke dalam hati dan pemikiran mereka. Akhirnya nanti seluruh rakyat akan menerima padah kerana nasihat jahat Apco dalam urustadbir negara tercinta ini..

Agaknya letih bersilat syok sendiri dengan lirik fitnah dan maki, penganjur hidangkan pula artis-artis tanahair untuk menghiburkan hati....nak pulak Abang Jamal Abdillah,memang kena pada gerak tarinya....mmmmm maafkan aku!



Ada yang tak kena sungguh dengan berita ini....umno bukan rasis?

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/1/mstar_berita/20111201183757&sec=mstar_berita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)