Cabang

Memaparkan catatan dengan label Bersih 20 Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersih 20 Sarawak. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

Apalah Bos SPR nih, esok nak undi masih meracau?


Dalam pada rakyat Sarawak nak capai kemuncak keghairahan mereka untuk menolak Empayar King Taib Mamud esok, lain pulak cerita tuan pengerusi SPR nih....Dayak Hebat!

Kalau sebelum ni pun setiap kali nak pilihanraya, Tan Sri Abd Aziz akan mengeluarkan ayat2 serupa bagi menggambarkan keadaan semasa hingga ke hari buang undi...

Yang paling popular ayat yang telah diskripkan berbunyi "inilah pilihanraya terbaik yang pernah diadakan berbanding sebelum nih"...macam declare result sepiem plak dah.


Kat Sarawak nih kerana nak goreng macam menteri2 yang selalu duk melantong hangit, bos SPR ni akan meracau tak tentu pasal...

"Proses pembuangan undi pos berjalan dengan baik, semua wakil parti berada di tempat mengundi dan nama setiap pengundi disebut satu persatu...jelas tidak ada sebarang keraguan dan penipuan"...bukti SPR tegas?

Dalam bilik memang tak ada keraguan tapi kerja-kerja belakang tabir sehinggalah peti undi diangkut ke Dewan Majlis masih banyak compang-campingnya. Apalah sangat, tuntutan BERSIH satu pun tak tertunai....

"Waktu penamaan calon (6 April) saya lalu di hadapan penyokong sebuah parti. Saya tak kena boo atau dikatakan perkataan yang menyakitkan hati. Kalau di Semenanjung saya selalu kena boo, kena caci.

Sini tak ada semua tu...mungkin orang di sini dah biasa terima etnik dan sensitiviti yang berbeza," katanya kepada Bernama dalam satu temubual eksklusif di sini Jumaat.


Untunglah, patutnya bos SPR nih dah lama kena humban dari bangunan SPRM....


"Ada satu kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) lebih besar daripada negeri Pahang. Hampir kesemua kawasan DUN (daripada keseluruhan 71 kawasan DUN) lebih besar daripada Melaka. Masalah perhubungan memang susah.

"Kalau salah pergi tempat mengundi, nak pergi pulak ke kawasan mengundi yang sebenarnya mungkin ambil masa berjam-jam," katanya.


Macamana plak bos SPR nih boleh kata 'Kalau salah'...hebat nih, dia tau walaupun belum hari mengundi...salah tempat mengundi adalah kerja jahat SPR kerana tiada pertukaran jika tidak dipohon oleh pengundi.

Masalah perhubungan bukan perkara baru sebab memang kerajaan BN tidak pernah memikirkan kemajuan rakyat Sarawak tapi pandai berjanji saja. Kena lah buat persediaan berkali ganda berbanding di semenanjung.


Pilihanraya bukannya tiap-tiap bulan hanya sekali setiap 5 tahun. Bos SPR buat apa? seronok makan tidur aje ke?


Mengenai peratusan pengundi di Sarawak yang keluar mengundi semakin berkurangan setiap kali pilihan raya diadakan, Abdul Aziz berkata mungkin ini kerana ada pengundi yang bekerja di luar seperti di Semenanjung.


"Mereka ini tidak balik ketika hari mengundi. Mungkin ada juga yang telah meninggal dunia tetapi tidak dilaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Pengundi hantu masih banyak.....hampeh!

sumber di mStarOnline

Khamis, 14 April 2011

Tahniah ! Datuk Khalid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara yang baru....


Kewibawaannya menguruskan kes-kes berprofil tinggi seperti :

* Kes kematian adik Nurin Jazlin Jazimin sehingga ayahnya menyaman Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengaitkan kes kematian anak dengan Ah Long....

*Kes kematian Siti Rohana dan Datuk Abd Aziz (bekas Adun BN-Permatang) yang dikatakan membunuh diri sehingga kini tidak diketahui punca kematian mereka....

*Kes Kematian Datuk Soosilawati Lawiya yang dibunuh kejam bersama 3 rakan niaganya sehingga kini masih dalam proses perbicaraannya di mahkamah dan mengaitkan suspek dengan seorang warga india yang hilang beberapa tahun yang lalu....

*Kes kematian adik Aminulrasyid yang ditembak oleh polis seperti allahyarham adalah seorang penjenayah kejam....

sumber disini...Khalid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

nota lans kopr : Moga rakyat terus dilindungi Allah SWT daripada segala perancangan jahat yang dilakukan oleh anasir-anasir luar yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini dengan menjadikan beberapa pemimpin negara sebagai boneka mereka untuk membolak balikkan negara tercinta ini,amin....

Rabu, 13 April 2011

Rayuan Kepada Rakyat Sarawak...

PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.

selanjutnya di sini TG Abd Hadi Awang

Selasa, 12 April 2011

Akhirnya hasil siasatan telah diperolehi...


Tahniah buat pasukan Veterinar kerana telah berjaya mengurangkan sedikit kebimbangan rakyat mengenai tahap ketulenan telur-telur yang terdapat di seluruh Malaysia.

Bahkan, telur-telur yang terdapat di bumi Sarawak juga telah disahkan tulen walaupun ada sebahagiannya telah terlalu lama diperam menjangkau sehingga 75 tahun, masih tersimpan rapi. Ia juga sah tulen.....kehkehkeh!

Bukan senang nak jelajah seluruh tanahair hanya dalam beberapa hari bagi mendapatkan separuh daripada berjuta sampel bagi tujuan ujikaji...di sini Sah Tiada Telur Tiruan

Sepatutnya pasukan penyiasat PDRM merasa malu dengan tindakan agresif yang dilakukan Jabatan Veterinar(Haiwan) tanpa menunggu sebarang laporan kepada mereka, cukup sekadar mendengar pendedahan Presiden Persatuan Pengguna P.Pinang baru-baru ini di kaca tv...

Malu kerana tidak dapat memberi keputusan yang meyakinkan ramai pihak tentang pelakon sebenar di dalam sebuah video lucah yang dikaitkan dengan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Sesekali dialihkan isu kepada jam omega yang sudah tidak kedengaran lagi hari ini kerana pasukan polis sendiri mengakui jam itu tidak perlu diserahkan kepada mereka....Kenapa polis membuat sidang media untuk memberitahu bahawa Dato' Seri Anwar tidak perlu berbuat demikian, pelik juga!

Nampaknya Polis lebih berhati-hati kerana tidak yakin dengan jam omega yang diserahkan oleh Dato' Rahim Thambi Chik adalah kepunyaan Dato' Seri Anwar...maklumlah kata-kata dari mulut Umno,kehkehkeh.

Yang pasti telur telah disahkan tulen luar dan dalam, video tulen di luar tapi di dalam masih samar-samar sehingga ke hari mengundi....wallahua'lam.

Isnin, 11 April 2011

Salah Guna Harta dan Dana Awam...Juruterbang Telah Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat kapten Sahimi Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah pukul 8.30 mlm ini di hospital Sibu. Beliau telah dimasukkan ke wad kecemasan selepas helikopter yang dipandunya terhempas di Dataran Sibu selepas menghantar rombongan SU akhbar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 2 rakan lain daripada kementerian pelajaran....Takziah buat keluarga Allahyarham,moga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang sabar,amin.

Siasatan menyeluruh perlu disegerakan kerana ini bukanlah kali pertama pesawat yang digunakan ketika kempen pilihanraya terhempas. Kebetulan, kes sama pernah berlaku ketika siri kempen pilihanraya kecil pada tahun lepas yang juga melibatkan rombongan Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.

Mungkin siasatan menjurus kepada salah guna harta dan dana awam yang menyebabkan kehilangan jutaan ringgit dengan sekelip mata. Lagi menyedihkan ianya hingga melibatkan nyawa juruterbang yang terpaksa bertugas kerana mengikut arahan walaupun di luar bidang tugasnya...tugas awam yang digunakan untuk keuntungan politik Umno Barisan Nasional...

Juruterbang Helikopter terhempas di Sibu telah meninggal dunia...al-fatihah

Tipu ! Tipu ! dan Tipu lagi - Dato' Najib



Rakyat Sarawak langsung tidak percaya King Taib Mahmud akan berundur walaupun telah beberapa kali berjanji untuk menghadapi PRN Sarawak....

Hari ini sekali lagi diulangi ayat yang serupa kerana momentum penolakan rakyat Sarawak terhadap Empayar King Taib untuk terus berkuasa...

Setelah diri sendiri tidak dapat meyakinkan rakyatnya, King Taib terpaksa merayu kepada Dato' Najib untuk mengumumkannya lagi walaupun beliau tidak yakin mana-mana pemimpin umno dalam menaburkan janji di bumi Kenyalang..

Tempoh Peralihan Kuasa akan diumumkan bila sampai masanya- Dato' Najib

Ahad, 10 April 2011

Sudahkah Datuk Trio tunjuk bukti jam Omega yang dimilikinya?

Pasar Satok : Semakin hampir hari mengundi bagi pilihanraya Negeri Sarawak maka suasana kempen semakin rancak serta panas dengan isu-isu tempatan dan nasional. Setiap hari dari pagi hingga ke malam semua calon-calon yang bertanding sibuk turun bertemu pengundi hingga ke pelusuk kampung,hutan dan bukit.

Ini bagi memastikan mereka tidak terlepas walau seorang kerana setiap undi adalah cukup berharga tidak kira kepada calon Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Namun, di beberapa kerusi tradisi sesuatu kaum calon bebas juga mampu memberi kejutan.

Hari ini media utama negara masih memberi ruang kepada persoalan samada dato' Seri Anwar masih memiliki jam 'omega' atau tidak seperti yang didakwa Dato' Eskay@ Trio bahawa jam itu telah ada di tangan mereka. Seorang wartawan wanita yang mendesak pada sidang media Dato' Seri Anwar itu adalah orang yang sama membuat kacau ketika sidang media yang dihadiri Datin Seri wAN Azizah tempoh hari.

Walaupun persoalan itu telah dijawab oleh Datin Seri Wan Azizah dan telah diulangi oleh suaminya tapi wartawan wanita yang dipercayai dari utusan Malaysia tetap tidak berpuashati. Riaknya sengaja dirancang untuk mengambil kesempatan sekiranya mereka berdua membuat kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain. Sehingga mendesak agar Dato' Sri Wan Azizah menunjukkan 'jam omega' di hadapan sidang media tempoh hari. Tujuan lain hanyalah untuk menganggu sidang media Pakatan Rakyat demi kepentingan lawan.

Sepatutnya persoalan 'jam omega' ada atau tidak wajiblah ditanya kepada Dato' Eskay @ Trio kerana beliau bersama Tan Sri Rahim Tambi Chik yang membawa cerita 'jam omega' ini. Pernahkah Dato' Trio menunjukkan 'bukti kukuh' itu seperti yang didakwa mereka?. Mungkinkah Dato' Trio membeli jam omega yang lain tapi menyerupai jam yang pernah dipakai Dato' Seri Anwar?. Atau mungkin juga jam omega kepunyaan Dato' Seri Anwar telah mereka curi tanpa beliau sedari?.

Sidang media terakhir Dato' Eskay@ Trio juga tidak membangkitkan soal 'jam omega' sebaliknya membangkitkan isu samada Dato' Seri Anwar ada atau tidak pergi ke Thailand. Bagaimana beliau boleh sampai ke Thailand sehinggalah hotel mana yang telah Dato Seri Anwar buat penginapan?Bongok!. Semata-mata mengaburi mata rakyat dengan isu yang jauh lebih besar iaitu bilakah Dato' Trio akan ditangkap dan disoal siasat segera kerana mereka orang yang pertama menemui video lucah itu?.

Pengarah dan produser video lucah ini sebenarnya telah hilang punca kerana perancangan awal mereka telah digagalkan oleh MP Sg Petani sebelum skrip siap sepenuhnya. Rakaman yang diedit kepada babak cuma 1 minit, kerana selebihnya mungkin tidak dapat mengesahkan kelibat pelakon itu adalah Dato' Seri Anwar. Oleh kerana tayangan 1 minit itu juga masih tidak dapat meyakinkan rakyat mahupun penyokong-penyokong Umno Barisan nasional, maka dijaja cerita 'jam omega' yang tiada kaitan langsung dengan kesahihan pelakon sebenar.

Dengan memainkan isu 'jam omega' oleh pemikir-pemikir umno Barisan Nasional, sekurang-kurangnya dapatlah bertahan sehingga Pilihanraya Negeri Sarawak ini selesai. SPR, Polis dan jentera kerajaan secara tradisinya masih meneruskan agenda mereka untuk memenangkan Umno Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri Sarawak, mungkin 'jam omega' akan dijadikan modal sampingan memancing dua tiga kerat pengundi.

Namun, persoalan yang masih tidak dijawab oleh umno barisan nasional dan media mereka ialah Bagaimana Empayar kekayaan King Taib Mahmud diperolehi sedangkan majoriti rakyat masih hidup dalam kemiskinan?Bukan 'jam omega' seperti yang ada di pasaran.

Sabtu, 9 April 2011

Pakatan Rakyat mampu tawar lebih baik jika memerintah ?


Noor Jaafar

KUALA LUMPUR, 9 April: Pakatan Rakyat mampu menawarkan tawaran lebih baik jika memerintah negara ini bukan sebagaimana yang dituduh oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin semalam.

Bagi banyak pihak, Muhyiddin Yassin sebenar tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana percakapannya seperti budak-budak apabila mencabar pembangkang menawarkan RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.

Menurut mereka, kerajaan yang memerintah iaitu BN bukan saja mampu menawarkan RM10 bilion malah lebih daripada itu kerana banyak hasil yang dikaut Kerajaan Pusat daripada Bumi Kenyalang itu.

Hasil yang ditabur itu semuanya yang dikaut daripada rakyat, tetapi pengagihan hasil kepada negeri-negeri tidak setimpak dengan hasil dikaut daripada Sarawak.

Menurut pandangan itu, Pakatan Rakyat pun kalau memerintah boleh menawarkan lebih daripada RM10 bilion jika berjaya memerintah negara.

Lihat saja apa yang dilakukan di beberapa negeri yang diperintah pembangkang, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kedah.

Semalam, Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya untuk pilihan raya negeri Sarawak.

Ia dilancarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri dan pusat antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan AJK kanan PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin di samping beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.

Namun wartawan TV3 nampaknya tidak mengenali pemimpin PAS sehingga melaporkan dalam Buletin Utama malam tadi dengan penyataan "kelibat pemimpin tidak kelihatan di majlis ini".

Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Ramai berpendapatan, negeri sekaya Sarawak yang mempunyai banyak hasil sepatutnya tidak ada rakyat miskin, sedangkan selama BN memerintah hanya mengurangkan kadar kemiskinan setelah sekian lama memerintah.

Hasil Sarawak kalau tidak disalahgunakan, boleh dikatakan semua rakyat Sarawak hidup mewah, tetapi apa yang berlaku sekarang hanya golongan tertentu yang kaya raya, sedangkan rakyat masih dihimpit kemiskinan.

Begitu juga Kelantan, jika hasil royalti minyak diberikan kepada kerajaan negeri, rakyat Kelantan sudah menjadi yang terkaya di Malaysia, tapi malang sikap jahat kepimpinan kerajaan BN yang tidak memberi hasil royalti seperti yang sepatutnya.

Rakyat di negeri yang diperintah pembangkang sebenarnya tidak bersungut tetapi mencetuskan kekalutan dan mempertikaikan apa yang dilaksanakan kerajaan negeri terbabit adalah pemimpin dan penyokong Umno.

BN kebelakangan ini menunjukkan kebaikannya kerana bimbang rakyat akan bertindak menumbangkan mereka pada pilihan raya umum nanti, begitu juga dengan di Sarawak hingga sanggup menawarkan pelbagai insentif yang belum tentu dilaksanakan setelah kekal memenangi pilihan raya itu...Harakahdaily

nota kaki : suka hati bila dengar fatwa King Taib tentang islam dan politik walaupun pemimpin-pemimpin umno sudah sunyi dari memperkatakan fatwa yang juga pernah dikeluarkan oleh Tun Madey...Mencampuradukkan politik dengan agama sangat bahaya

Jumaat, 8 April 2011

Mengenal Gelita

Sesudah gelita sebentar dek terpadam cahaya, anak-anak menarik nafas lega. Bimbang sungguh apabila nikmat cahaya hilang daripada pandangan mata. Apabila malam kehilangan cahaya, saya tiba-tiba teringatkan bonda.

Dahulu, sewaktu di desa, sebelum cahaya elektrik berselirat masuk ke perut rumah, lampu kalimantang yang dihidupkan oleh generator kerap benar terganggu. Mata anak-anak bonda tidak mudah untuk mengantuk jika tubuh memaksa tidur dalam gelita.

Tanpa dipanggil, anak-anak akan mengelillingi bonda di tiang seri dengan sebatang lilin yang cukup menyuluh wajah Bonda yang lelah dipagut oleh cahaya siang. Terngiang-ngiang pesan bonda pada kematian. Terdengar-dengar pesan bonda pada kegelapan alam barzakh. Sayup-sayup suara parau bonda menggayakan suara malaikat Mungkar dan Nakir. “Ma Rabbuka!” ajuk Bonda.

Anak-anak pun memeluk lutut ketakutan dan bulatan semakin mengecil merapati tubuh bonda. Dan iman pun terhitung-hitung akan pahala. Sudah seberat manakah? Hatipun mengikat cita-cita mahu amal diganda agar mampu menyuluh kehidupan yang pasti di alam baqa.

Bonda tidak sedikit pun bercerita tentang hantu berkaki panjang atau pontianak tersesat pulang atau pocong yang terikat dengan kain kapan.

Sebelum cahaya kembali, sebentar tadi, terkenangkan semula bait-bait pesan bonda. Cuba menenangkan anak-anak yang lebih kenal hantu daripada Tuhan yang satu. Mengenalkan anak-anak bahawa gelita juga suatu nikmat.

Mengulang semula pesan bonda kepada cucuandanya tentang kematian, tentang alam barzakh, tentang Mungkar Nakir dan tentang amal yang menyuluh kehidupan di alam baqa.-al-kurauwi


Khamis, 7 April 2011

Aksi Ketua Hakim Negara pula dirakam secara sulit ?


Ketua Hakim Negara Tinggalkan Sidang Media Dalam Keadaan Marah...

Oleh SALWA SHA’ARI

SHAH ALAM: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi meninggalkan sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Mahkamah Khas Jenayah Rasuah di sini pada Rabu, dalam keadaan marah apabila menyangkakan wartawan telah merakamkan visual percakapannya walaupun telah diarah untuk tidak berbuat demikian.

Sebaik sahaja hadir pada sidang media tersebut, Zaki meminta supaya wartawan tidak mula merakamkan visual kerana semua perkara berhubung majlis berkenaan telah terkandung dalam ucapan perasmian yang dibacanya. Bagaimanapun, tiba-tiba Zaki melenting apabila beliau mendapati terdapat kamera televisyen yang sedang merakamkan percakapannya. “Saya dah kata jangan rakam, tetapi kamu tetap rakam,” katanya dalam nada yang tinggi dalam bahasa Inggeris.

Beliau juga tidak melayani sebarang pertanyaan para wartawan termasuk berkaitan beberapa prosedur baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah sejak tahun lalu lagi.
Malah pertanyaan seorang wartawan apakah rakaman audio dan transkrip mahkamah boleh diperolehi pihak media juga tidak dijawab Zaki.

Sebaliknya, beliau sekali lagi mengulangi rasa amarahnya kepada media kerana merakamkan visual percakapannya dan menghentak meja sebelum meninggalkan sidang media tersebut.
Wartawan bagaimanapun terus kekal di majlis tersebut untuk menunggu sekiranya Zaki akan kembali menghadiri sidang media berkenaan.

Bagaimanapun, Zaki tidak kembali semula menyebabkan sidang media diadakan tanpa kehadirannya dan digantikan oleh Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Datuk Hisham Nordin.
Turut menyertai sidang media itu ialah Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, D. Ravindra.

Seorang wartawan turut meminta izin daripada Hisham sekiranya sidang media tersebut boleh dirakamkan oleh kamera wartawan televisyen ekoran kejadian tadi.
Hisham yang memberikan kebenaran untuk merakamkan visual sidang media tersebut turut memberitahu sebenarnya berlaku 'salah faham' dan memohon maaf kepada wakil-wakil media. "Saya menanggung kesilapan itu," katanya.

Terdahulu, majlis perasmian tersebut juga dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad.
Zaki dalam ucapan perasmiannya berkata, penubuhan 14 mahkamah khas rasuah akan mempercepatkan pendengaran kes-kes rasuah yang lazimnya mengambil masa yang lama..mStarOnline

nota kaki : oops pasal rasuah ke,syyy jangan rakam nanti I tersyasyul..I ni senang tersentap auwww!

Rabu, 6 April 2011

Pegawai Kastam Pulak Mati Di Bangunan SPRM...

Seorang lagi pegawai yang masih dalam siasatan SPRM mati jatuh bangunan di Jalan Cochrane pagi tadi....Apa kes pulak ni?

KUALA LUMPUR, April 6 — A Customs officer died today after falling from the third floor of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) building on Jalan Cochrane where he was being investigated over a billion ringgit in unpaid taxes, said investigations director Mustafar Ali.

The death comes even as a royal commission of inquiry (RCI) is being conducted into the anti-graft body’s operating procedures following the death of former DAP aide Teoh Beng Hock, who also fell to his death from an MACC building.

Teoh was found dead on July 16, 2009 on the fifth floor of Plaza Masalam, Shah Alam, where the Selangor MACC office had then been located..MI

Selasa, 5 April 2011

Pengumuman ! Pengumuman !..Sekira tidak berkesempatan, aksi porno di TV3 malam ini

Setelah tiada siapa yang mempercayai aksi porno melalui youtube melibatkan Dato' Seri Anwar, pencacai aka Rahim Porno Kechik telah memadamkan aksi yang telah beliau muat turunkan di youtube tempoh hari. Bagaimana rakyat hendak percaya? Sedangkan Si produsernya sendiri pun tidak yakin untuk meyakinkan rakyat dan pengikut umno khususnya, bagi mengaitkan si pelakon porno tersebut adalah Dato' Seri Anwar....

Sekarang segala urusan hak penerbitan video porno itu yang masih diperingkat siasatan polis telah diserahkan kepada Media Prima yang dikepalai oleh Datuk Johan Jaafar untuk meneruskan agenda konspirasi lucah telampau-lampau, maha dahsyat di era 1 Malaysia.

Anda sebagai rakyat Malaysia nilaikan sendiri aksi haramjadah aka setan bertopengkan manusia meneruskan projek memperbodohkan rakyat Malaysia dan seluruh dunia akan diulang tayang di tv3, ianya bermula Berita 1.30 tghari tadi...wallahua'lam wa nau'zubillah min zaalik

Ahad, 3 April 2011

APBH : Ahmad Dhani dan Gerakan Freemason....


Salah satu punca anak-anak muda tidak sensitif dengan isu-isu semasa yang melibatkan ekonomi,sosial dan politik negara adalah mereka telah jauh dibawa dengan unsur-unsur hiburan terlampau...

malah, setiap hidangan hiburan di kaca tv mahupun media massa hampir keseluruhannya tidak langsung memberi manfaat dan pengajaran kepada anak-anak kecil. Lagu-lagu nasyid pun makin lama semakin dilupakan media utama negara...

Cerita-cerita tahyul dan hantu yang telah lama dulu dihalang tayangannya,semakin mendapat sambutan pengarah-pengarah drama tanahair masa kini. Ia seperti telah dirancang secara sulit sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan lesen dan hak penerbitannya...

Ahmad Dhani(gambar)dari kumpulan Dewa adalah artis dari seberang yang mendapat sambutan luar biasa di bumi Malaysia ini. Sehinggakan suatu ketika ingin diangkat menjadi 'pengetua' sebuah rancangan popular AF....

Mujur juga tidak kesampaian hajat pihak-pihak tententu...itupun alasan yang diberikan adalah kerana mengutamakan artis kita. Ada yang mengatakan ianya kerana beliau ada hubungan dengan gerakan Freemason seluruh dunia???

Ini mungkin secebis kisah yang sering dilupakan kita,malah ada yang mengatakan gerakan Freemason ini mendapat lampu hijau dari beberapa pemimpin besar negara. Walaupun tidak semua tapi kerana seorang dua ini yang mempunyai kuasa dikerusi empuk negara mampu mengubah keyakinan anak-anak muda terhadap islam secara halus...

Ahmad Dhani juga pernah membuat kenyataan bahawasanya beliau berbangga kerana berketurunan yahudi...wallahualam.






Renungkan bersama.....lagi cerita di sini

Sabtu, 2 April 2011

Tahu Kenapa Minyak Naik Lagi ?


1. Kerana modal besar sangat-sangat diperlukan bagi membeli sokongan rakyat Sarawak demi survival politik Umno dan Barisan Nasional setelah melihat rakyat pribumi semakin tidak mempercayai King Taib membolot hasil bumi untuk keluarganya sendiri.

2. Kerana penstrukturan semula projek pengangkutan Heli di pelantar-pelantar minyak seluruh negara yang telah bertukar tangan dengan syarikat yang Datin Rosmah ada kepentingan di dalamnya.

3. BN adalah Boleh Naik.

* Yang pasti kenaikan minyak kita tiada kena mengena dengan kenaikan minyak mentah dunia. Di Libya rakyatnya gembira dengan krisis ghadafi kerana mereka bebas menyedut minyak mentah untuk diniagakan guna sistem 'barter' di antara kerajaan Qatar. Makanan dan keperluan harian termasuk senjata juga menjadi sumber urusniaga...wallahualam.

Jumaat, 1 April 2011

257,000 anak luar nikah di Selangor hingga 2008...


Ini bukan Aprilpool...

Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata JAIS tidak mempunyai jumlah penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini.

"Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 1:25,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa JAIS akan dapat ditambah..sumber di sini

Khamis, 31 Mac 2011

Hantu Jembalang Sedang Menyusup Ke Sarawak ?


Rakyat Sarawak lebih mengenali siapakah 'hantu' dan 'jembalang' yang sentiasa membuat kacau di bumi sarawak. Mereka datang ketika hendak menagih simpati rakyat supaya terus memberi sokongan kepada mereka mengekalkan kuasa.

Berkuasa untuk mengisi tembolok pemimpin Umno barisan nasional yang semakin rakus......

Bercakap umpama menuding kepada diri sendiri....hahaha malikul sembab


KUCHING - Rakyat Sarawak perlu menolak 'hantu' dan 'jembalang' yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan adalah peluang terbaik bagi rakyat Sarawak berbuat demikian.

Muhyiddin berkata, 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini.

“Perjuangan mereka hanya untuk kepentingan suku sakat mereka... bukan untuk semua rakyat. Ini (pilihan raya negeri) adalah detik penentuan yang penting bagi rakyat Sarawak untuk masa depan yang terjamin,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbohong kepada rakyat dan berharap rakyat terus memberi memberi sokongan apabila tiba masa penentuannya supaya rakyat Sarawak terus terbela.

Katanya apabila tiba pilihan raya, pertimbangan-pertimbangan tertentu perlu diambil kira dalam memilih parti yang boleh dipercayai untuk mewakili penduduk Sarawak.

“Kita harus bersyukur negara kita dan Sarawak khususnya adalah negara dan negeri yang begitu aman, begitu stabil dan begitu maju.

“Pertimbangan utama yang perlu diambil kira (pada pilihan raya) adalah untuk menjamin politik yang terus kekal stabil, menjamin proses pertumbuhan ekonomi negeri terus mantap, menjamin pengagihan kekayaan yang ada di negara dan negeri dilakukan secara adil dan saksama serta menjamin masa depan generasi muda yang maju dan cemerlang,” katanya.

Muhyiddin berkata ini semua telah dilakukan oleh BN, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan program-program transformasi yang hebat.

“Kita tidak mahu Sarawak, negeri yang besar dengan penduduk yang ramai terpinggir daripada arus perdana. Kita tidak mahu Sarawak tidak terpaut dalam transformasi besar di peringkat nasional.

“Saya ingin mengajak rakyat Sarawak berganding bahu membantu BN untuk mengekalkan kuasa politik... kalau boleh lebih besar daripada pilihan raya dahulu,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang tiba di Kampung Boyan-Gersik dengan menaiki sampan pada pukul 2.30 petang, memulakan lawatan ke kampung itu dengan mengecat sebahagian surau sementara Kampung Gersik yang dalam proses baik pulih.

Beliau yang diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu kemudian melawat premis-premis yang mengusahakan kek lapis Sarawak, satu perusahaan yang cukup terkenal di kampung itu. - Bernama

Rabu, 30 Mac 2011

Selak Kain Nampak Nangka...



FILEM TIGA MAT BOROI -

Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana ‘ world premier – pembukaan sedunia’ filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa bagitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menalipon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak aku tak sabar sabar nak menengok Tiga Mat Boroi. Cepat cepat aku seterika baju dan seluar.

Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80’an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal buat anak dan kanak-kanak. Dari apa yang aku difahamkan filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap ‘engaging’ atau filem fikrah.

Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah di jemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Ini tayangan bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif – Le Carcosa.

Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Commonwealth pada tahun 1998 dahulu.

Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak anak muda. Amat amat ditakuti kalau kalau anak muda akan pergi beramai ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing.

Bila aku sampai ke Le Carcosa aku telah disambut oleh lelaki gelap berbaju lengkap hitam termasuk dengan kaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakun dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti gengster India filem Tamil – bangang tapi lawak.

Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan para wartawan yang telah datang lebih awal. Mereka semuanya kelihatan resah dan gelisah - duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar.

Sebelum filem diputar Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton.

Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit filem berputar telah mula kedengaran orang berdengkor. Dalam minit ke tujuh dua orang penonton telah bangun untuk ke tandas. Untuk aku ini petanda yang kurang sehat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi.

Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adigan yang sedang bergerak dihadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi filem ini adalah filem drama politik yang serious. Tetapi bila aku lihat filem ini adalah filem komidi bodoh bergenre Senario.

Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk filem sebagini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serious. Filem genre politik yang serious untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman. Filem inilah yang membantu… oops.. maaf lupa huruf t…. perkembangan fikrah negara.

selanjunnya di TT

Lt Komander diugut dan dirompak....

AYER TAWAR – Masih trauma, itulah yang dirasai satu keluarga di Kampung Banjar, dekat sini apabila dikejutkan kejadian pecah rumah dan samun bersenjata empat suspek, dalam satu kejadian sekitar jam 3.10 pagi semalam.

Leftenan Komander Mohd Razali Arshad, 34, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menantu keluarga ini berkata, kejadian berlaku agak pantas.

“Saya bersama isteri, Leftenan Komander Mahazean Mat Lawi, 32, serta lain-lain ahli keluarga sedang tidur di bilik masing-masing ketika rumah bapa mertua, Mat Lawi Bahrudin, 67, di pecah masuk empat suspek yang bersenjatakan parang.

“Saya dan isteri dikejutkan tiga suspek yang kemudiannya mengarahkan kami tidak membuat bising serta memberi kerjasama,” katanya ketika ditemui di kediaman mertuanya, semalam.

Mohd Razali berkata, dia dan isteri kemudiannya diikat, barangan kemas isterinya dirampas sebelum dibawa ke bilik lain dan dikumpulkan bersama lain-lain ahli keluarga.

Menurutnya, suspek kemudiannya membawa tiga anaknya, Mohd Daniel Iskandar, 7, Mohd Aiman Daniel, 5 dan Nur Batrishia Najwa, 3 bulan, dan mereka dikumpul dalam satu bilik bagi memudahkan suspek menggeledah.

“Pembantu rumah kami, Pebri Fajarnudin, 21, juga diikat di biliknya dan kepalanya ditutup dengan kain.

Berita penuh di SH

Isnin, 28 Mac 2011

Rally Proton Motosports, 1 Lagi Projek Melingkup....





Inilah projek kesinambungan kerajaan 1 Msia yang secara turun temurun bermula sejak kewujudan proton. Dengan memenangi beberapa kali anugerah 'best seller' daripada model saga,wira,satria,perdana dan pesona namun keuntungan proton masih mengecewakan...sebenarnya memang rugi,pelik bukan?

Semuanya kerana kerajaan terpaksa menanggung biawak-biawak hidup konon untuk menaikkan nama proton dan malaysia di mata dunia. Pelaburan yang besar terpaksa ditanggung oleh 'pembayar cukai' untuk terus mengisi tembolok menteri, kroni,vvip,vip,penaja dan sebagainya yang sentiasa berlindung disebalik 'kejayaan' proton dan industri permotoran Malaysia....


Proton terpaksa membayar gaji yang teramat tinggi kepada pemandu-pemandu profesional dari luar negara yang gah ketika bersama Subaru dan Skoda sebelum ini. Kos mencecah USD 20 juta setahun terpaksa ditanggung untuk menyara pemandu-pemandu profesional ini. Belum lagi dikira kos-kos yang lain sehingga memakan berbillion duit rakyat.


Karamjit Singh

*Hanya kerna nama.....1 Malaysia Rakyat Di Hulukan.

Jaga-jaga Bila Buang Undi....SPR-Apco Boleh !!!

Pada 4 Jan, Mohammad Daud, 42, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan itu selepas mendapati JPN telah mengeluarkan kad pengenalan kepada orang lain dengan nombor yang sama beberapa tahun lalu.

Katanya apabila beliau pergi ke JPN bagi menggantikan kad pengenalan lamanya kepada MyKad pada 2005, beliau terkejut apabila jabatan itu memaklumkannya bahawa ada orang lain telah mengambil MyKadnya dengan nama dan nombor yang sama.

Selepas itu, JPN mengeluarkan MyKad dengan nombor yang baru kepadanya.

Bagaimanapun, MyKad yang baru itu tidak menyelesaikan masalahnya apabila beliau menerima beberapa saman trafik bagi sebuah kereta bukan miliknya dan diikuti dengan lebih banyak panggilan dari bank untuk pembayaran semula pinjaman kereta dan beliau menafikan ada membuat pinjaman sedemikian.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohammad Daud berkata beliau enggan menerima MyKad itu kerana beliau telah menggunakan kad pengenalannya yang lama untuk semua transaksi termasuk bank dan sijil kelahiran anaknya dan begitu juga dengan sijil nikahnya.

Katanya MyKad baru dengan nombor baru tidak akan menyelesaikan masalahnya kerana pihak ketiga masih menggunakan nombor kad pengenalannya dan namanya...selanjutnya di Mkini

cetusan ranting 1 (terkini)