
Tujuh Pelajar Malaysia Ditahan Tentera Mesir
Ketika ini kerajaan Malaysia yang telah beberapa kali diberi pengiktirafan dunia islam sebagai 'model' negara yang maju. Persis menjadi duta dunia islam dengan 'title' pengerusi OIC(oh i see). Namun, masih belum mendapat solusi pelan perpindahan pelajar Malaysia di Mesir. Terkini masih merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk menggunakan ruang udara bagi urusan tersebut.
Dengan mengeluarkan kenyataan supaya ibubapa kepada pelajar tidak perlu risau kerana anak-anak mereka cukup makan dan masih berada dalam keadaan selamat.
Seperti biasa bila sudah terhantuk baru tergadah!
Agaknya, kalau boleh semua pelajar malaysia hanya ditempatkan di negara jiran yang lain supaya mereka tidak menceritakan keadaan yang sebenar berlaku di Mesir ketika berada di tanahair tercinta ini...agak je lah. Mana tau kalau-kalau terpacul cerita tentang kehidupan isteri Presiden Hosni Mubarak(gambar atas) yang lebih berpengaruh dari suaminya.
Juga telah banyak menghabiskan harta rakyat Mesir yang sentiasa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. Juga menjadi penghalang kepada pengembangan syariat islam di bumi yang melahirkan ramai ulama' besar dunia. Lantas, mereka membandingkan pula kehidupan Sang First Lady of Malaysia yang saling tak tumpah dengan Suzanne Mubarak itu.
Kedua-duanya telah banyak mencalarkan imej islam di mata dunia kerana gelagat rakus mereka serta mempunyai penasihat-penasihat asing sendiri yang bisa menggoncangkan negara memasing dek kerana label 'First Lady Gaga'.
Segalanya bermula esok di hadapan kedutaan Mesir selepas solat jumaat. Amaran buat kerajaan 'First lady of Malaysia' ini supaya tidak meneruskan kerja-kerja jahat anda bersama pengikut untuk merosakkan kedaulatan negara tercinta ini. Jika masih, rakyat akan dahulukannya. Wallahua'lam.