Cabang

Memaparkan catatan dengan label Tazkirah Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah Ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, 3 September 2010

Bertemu Malam Yang Seribu...


Kita diminta mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Sebuah surah khas telah diperuntukkan bagi tujuan menjelaskan keadaan tersebut. Nama surah itu adalah Surah Al-Qadar.

Peruntukan sebuah surah tentang malam Lailatul Qadar ini memang wajar dan kena pada tempatnya. Ini kerana, Lailatul Qadar sendiri mendapat namanya lantaran al-Quran diturunkan pada malam yang diberkati itu yang jatuh pada 17 Ramadhan.

Setiap tahun, kita akan raikan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan sebagai mengingati tarikh turunnya al-Quran ini. Hari ini, hari Nuzul Quran diraikan dalam kalendar negara, tetapi kalendar kita tidak boleh menunjukkan bilakah tibanya malam Lailatul Qadar itu.


Sejarah turunnya Surah Al-Qadar


Suatu ketika, baginda Rasulullah s.a.w pernah mengadu kepada Allah s.w.t mengenai hal umatnya yang pendek usia apabila dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu.

Di dalam munajatnya baginda berkata lagi bahawa usia pendek itu nescaya menyebabkan umatnya tidak berkesempatan mengumpul banyak pahala seperti umat yang lalu.

Sebenarnya, Allah telah memberikan kelebihan terhadap umat Nabi Muhammad sebelum ini dalam peristiwa Isra' Mi'raj.

Kes itu melibatkan pengurangan jumlah bilangan 50 solat fardhu kepada 5 waktu, setelah masuknya 'campur tangan' Nabi Musa a.s dalam urusan pengurangan solat wajib itu.

Ini bermaksud, Tuhan adalah Zat yang maha pengasih lagi maha penyayang sehinggakan amal ibadat masih boleh 'dirundingkan' dengan pengurangan dan penambahan angka.

Tetapi, kita tidak dapat berunding lagi untuk mengada-adakan dan mengurangkan bentuk amal ibadat tersebut. Contohnya, kita tidak boleh mengada-adakan lagi solat wajib selain Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya'. Juga, tidak boleh mengurangkan solat itu.

Adapun solat terawih, boleh saja kita amalkan sebanyak 8 rakaat, 12 atau 20 rakaat. Atau, kita boleh juga memperbanyak solat Tahajud, Tasbih dan lain-lain mengikut kemampuan kita sendiri. Demikian juga dalam hal meminta keampunan dan taubat.

Maka, di celah-celah pengharapan munajat dan doa itu, maka turun Surah Al-Qadar, yang memperihalkan keadaan malam itu yang nilaiannya lebih baik daripada 1,000 bulan.

1,000 bulan itu setara 83 tahun iaitu usia tua renta umat Rasulullah s.a.w. Usia Rasulullah s.a.w. sendiri tidak sampai 80-an kerana baginda wafat sekitar usianya 60-an.

Usia nabi dan rasul terdahulu bersama umat-umat mereka, ada yang melebihi 500 tahun, 700 tahun dan mungkin lebih panjang daripada itu. Sekurang-kurangnya, jika kita dapat 7 kali Lailatul Qadar, maka kita sudah berjaya mengatasi amal ibadat umat purba.

Bagaimanapun, sebagai umat Muhammad s.a.w, jangan kita lupakan Lailatul Jaizah, iaitu malam raya yang diminta oleh baginda Rasulullah s.a.w, agar diindah malam raya dengan laungan takbir selepas sahaja masuknya waktu Maghrib.

Sebenarnya untuk menghidupkan malam raya dengan laungan takbir bukanlah suatu yang amat sukar. Ini kerana, gaya hidup anak muda sekarang yang berkeliaran pada malamnya membuktikan bahawa mereka mampu menghidupkan malam dengan laungan takbir.



seterusnya di Arkib Harakahdaily

Rabu, 1 September 2010

Polis Sentri...


Selagi Bapak kepada Kepala Ba Pak Polisi dari spesis yang sama...gantilah seribu kali pegawai polis ke tampuk tertinggi PDRM, mereka tetap mengikut acuan pemerintah yang semakin rakus demi kelangsungan untuk terus berkuasa. 'Up-grade' lah apa sahaja jenis senjata ditangan, namun mereka terus bebas menembak mengikut arahan ketuanya yang di atas....

Bukan saja-saja tukar kalau yang menggantikannya sanggup menurut apa saja perintah....atas nama dan slogan 'keselamatan negara'.

Percaya lagi? Mula-mula panggil mak bapak mohon restu abadi....lagi dan lagi.

Umno Laksana Tunggul Reput...Nak Berpaut Lagi?


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya.

Sehubungan itu beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam.


TG Presiden PAS

Isnin, 30 Ogos 2010

Tanggal Tiga Puluh Satu....



SEJARAH PEJUANG MENDAPATKAN KEMERDEKAAN DIGELAPKAN


Terlalu jahat sikap dan tindakan memadam sejarah para pejuang Islam yang terdiri dikalangan para ulamak dan cendikiawan melayu muslim setelah mereka menyabung nyawa bagi mendapatkan kemerdekaan .


Kita sering didedahkan melalui buku – buku sejarah Negara yang diajar pula kepada pelajar di sekolah , bagaimana kemerdekaan dicapai dan diisytiharkan dengan penuh gemilang oleh tokoh – tokoh yang disenaraikan seperti Tunku Abdur Rahman dan lainnya.


Namun , kemanakah perginya sejarah perjuangan yang begitu getir berhadapan dengan penjajah . Mereka dilabelkan sebagai pemberontak dan penentang penjajah tidak sebagai pejuang kemerdekaan .


Nama seperti Tuan Guru Hj. Hassan bin Munas di Kelantan (Tok Janggut - 1915), Tuan Guru Hj. Abdur Rahman Limbong di Terengganu ( 1922 – 1928 ) tidak popular sebagai pejuang kemerdekaan .


Malah kehadhiran Gerakan Hizbul Muslimin ( Gunung Semanggol ) yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al Bakir pada 1948 dilabel sebagai bahaya dari gunung oleh bangsa sendiri . ( Dato’ Onn Jaafar )


Demikian juga pelopor Gerakan Islah di nusantara Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Syed al Hadi terus dipadamkan dari lipatan sejarah kemerdekaan Negara .


PEJUANG ISLAM MENGASAS GERAKAN KEMERDEKAAN .


Perjuangan menuntut kemerdekaan yang diasaskan oleh para ulamak dan cerdik pandai melayu muslim adalah untuk membebaskan Negara ini dari cengkaman penjajah secara total tanpa sebarang kompromi .


Mereka menggadaikan nyawa mereka . Sebahagian mereka mati dibunuh dan sebahagiannya mati dalam pembuangan daerah . Mereka berjuang demi menghalau penjajah dan mahu melaksanakan Islam di atas bumi yang merdeka .


Malang , anak didik Inggeris mencipta nama sebagai pejuang kemerdekaan tanpa pertaruhan darah dan nyawa . Lebih keji , mereka memadam sejarah perjuangan para ulamak .


Para ulamak yang memperjuangkan Islam dan menuntut kemerdekaan Negara bagaikan sekumpulan anak muda yang menolak kereta buruk . Apabila kereta itu hidup dan meluncur laju untuk meneruskan perjalanan , hanya asap hitam yang ditinggalkan kepada kumpulan anak muda yang menolaknya .


Inilah nasib yang dialami oleh Tengku Daud Barueh di Indonesia , apabila beliau membantu Sukarno mencapai kemerdekaan dari penjajah Belanda dengan mengerah para guru pasentren dan santri – santrinya bersabung nyawa .


Sejurus kemerdekaan dicapai , Sukarno mengisytiharkan Pancasila dan Tengku Daud Barueh dipenjara dan hanya di bebaskan di akhir pemerintahan Suharto .


Sabtu, 28 Ogos 2010

Pose yangyuk lagi baik..hari-hari duk buat fitnah!


Tak habis lepas satu, satu keluar isu bangang dalam bulan ramadhan nih....nampak gayanya bulan je lah yang pose siang malam. Puak Umno nih, duk pakat tambah dose ajer...wallahua'lam, pakcik teman yang Umno tuh....kompom pose penuh rohani dan jasmani.

MP Serdang pulak tunjuk jalan keluar tentang cara nak 'mengimarahkan' masjid Satu Malaysia...

Walaupun dulu, puak Umno nih kaitkan nama YDP Agong...tak pasal2 suruh mintak mahap kat Agong?

Bila dah Dato' Shahrizat tak nak ke depan, eloklah adanya makhluk Allah yang lain buat ucapan yang semestinya nasihat yang baik untuk ahli kariah surau...sibuk-sibuk pulak tuh wei!

Nak sedapkan cerita, makhluk Allah tu 'memberi tazkirah' kata deme?....bukan hanya sepatah dua kata.

Teman sokong 200% MP Serdang hadir ke dalam masjid atau surau, tambah lagi di kawasan yang dianya jadi MP...

cuma yang teman tak sokong 300% dia tak mengenakan tudung (bukan selendang jambul Shahrizat). Satu lagi kena 'check' samada dia 'datang bulan' atau terbalik bulan...

kalau nak ikutkan dianya tidak menutup aurat, bukan setakat dalam masjid tapi kat tepi longkang masjid pun kena tutup aurat wei...

termasuklah ketika nak kacau bubur lambuk di sini..

Lu pikir la sendiri wei......


Jumaat, 27 Ogos 2010

Dasar Yahudi Laknatullah..Memang


Kalau macam ni la kepala otak pemimpin-pemimpin besar kita, eloklah kita balik ke zaman purba atau sekurang-kurangnya kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melayu Rustam. Apa dia?..


Zaman dimana 'sistem barter' adalah merupakan salah satu medium hubungan kegiatan ekonomi khususnya...


Tambah-tambah le pulak 'dirham dan dinar' wei...beso nilainya!!!


kalau dah ana setuju dia setuju jadilah akad...yang lain-lain sibuk pasal apa?


tetiba kepala otak tak dapat nak fikir walaupun di bulan Ramadhan yang 'panas' ini,patutnya lagi semangat macam ana nih.


Ada spesis manusia yang tak boleh tengok orang senang, ada sahaja cebisan hati busuk yang seolah-olah tak boleh dikikis...itupun kalau sempat di malam kemenangan Islam menyambut Syawal nanti...


Memang dasar...Yahudi Laknatullah.


KOTA BHARU, 26 Ogos: Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.
“Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit,” ujarnya.

Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Kelantan itu berkata, sekiranya umat Islam akan bersatu menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, golongan tersebut akan mengalami kerugian yang tenat.

Beliau berkata demikian ketika meraikan rombongan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata), yang diketuai pengerusinya, Ustaz Nazaruddin Jalaludin.

Permata dalam rangka pertemuannya dengan Husam untuk menyatakan sokongan pihak berkenaan terhadap penggunaan Dinar dan Dirham.

Pada masa yang sama, Permata bercadang untuk membayar gaji menggunakan kaedah itu kepada kakitangannya di seluruh negara.

Beliau seterusnya memberitahu, Dinar dan Dirham bukan mata wang, sebaliknya seumpama penukaran barang belian seperti kupon dan cek sebagai alat kewangan.

“Kalau kita boleh membeli barangan di majlis-majlis tertentu menggunakan kupon, kenapa Dinar dan Dirham tidak boleh, sedangkan ianya disebut sendiri oleh Allah dalam al-Quran,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan secara hikmah kepada mereka yang tidak memahami perkara itu.

Nazaruddin ketika berucap pada pertemuan itu memberitahu pihaknya akan menggunakan Dinar dan Dirham sebagai bayaran gaji kepada kakitangannya.

Jelasnya, walaupun ianya tidak dibayar sebanyak seratus peratus menggunakan sistem tersebut, namun sekurang-kurang ia akan dilaksanakan sebagai menyatakan sokongan pihak mereka terhadap usaha kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, pihaknya juga akan turun ke bawah untuk mengadakan ‘road show’ bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.

“Ramai yang masih kabur berhubung perkara ini,” ujarnya.

Sehingga kini, sebanyak 58 buah sekolah tahfiz di seluruh negara bergabung di bawah Permata.

Dianggarkan sebanyak RM30,000 hingga RM70,000 dibelanjakan setiap bulan untuk pengurusan dan pembayaran gaji kakitangan guru di bawah Permata.Harakahdaily


nota merdeka : tak merdeka rohani dan jasmani sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada Umno dan Barisan Nasional meneroka khazanah negara tercinta ini, demi semangat Ramadhan ini...Bersatu Menghukum Mereka!!!


Khamis, 26 Ogos 2010

Rileks jer...



"Kerajaan yakin hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia tidak terjejas meski berdepan dengan beberapa insiden, termasuk tindakan penunjuk perasaan melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lepas", kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. mStar
nota kaki : mungkin beliau menganggap penunjuk perasaan di Indonesia hanya melemparkan taik-taik ke dinding Kedutaan belum dianggap serius, lainlah kalau ianya terpalit ke mukanya....atau kes amah tu x selesai lagi kut?

Selasa, 24 Ogos 2010

Alih-alih nama YDP AGONG dijaja Umno...yang sudah tu sudah lah!


"Sidang jumaat yang dikasihi Allah sekalian, khatib juga berpesan kepada diri khatib sendiri supaya kita berwaspada dengan aktiviti-aktiviti hiburan yang melampau seperti 'Pesta Laut Lumut' yang saban tahun membawa kepada keruntuhan nilai akhlak anak muda-mudi kita. Tidakkah kita rasa bersalah membiarkan anak-anak muda kita balik lewat malam, apatah lagi terus bermalam di pantai Teluk Batik sampai ke pagi hari".



"Lebih merisaukan khatib ialah anak-anak muda kita sudah berani mabuk di khalayak ramai tanpa segan silu lagi di sekitar pantai. Mereka boleh mendapatkan arak secara mudah di sekitar blok-blok khemah yang diluluskan oleh 'pihak berkuasa'dengan hanya membeli token untuk 'menikam' arak. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin kita supaya dengannya dapatlah melembutkan hati-hati mereka membatalkan terus 'Pesta Laut Lumut' diadakan di kawasan kita".



Petikan ucapan khutbah di atas pernah didengari penulis ketika bersolat jumaat di Masjid Simpang Empat Sitiawan di sekitar awal 90-an. Dari riak mukanya(baca penulis), Khatib pada ketika itu bersungguh-sungguh dengan keinsafan untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi membenteras gejala-gejala sosial daripada berleluasa.....


Orang yang hendak didoakannya adalah 'mungkin' YDP Majlis Daerah, Jaip, Exco, Menteri Besar, Menteri Agama dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Mahathir Mohamed. Semuanya mengaku Islam dan sudah tentu 'solid' kemelayuannya....

Tiada kena mengena dengan Ling Liong Sik, Samy Vellu, Lim Keng Yeik mahupun Mendiang G. Pandithan....


Tapi apa yang telah berlaku, Khatib tersebut digantung dan seterusnya diberhentikan tanpa memberi alasan yang kukuh walaupun khatib itu tidak meninggalkan barang satu rukun berkhutbah. Bila mengenangkan peristiwa bersejarah yang berlaku di Pulau Pinang tempoh hari melibatkan salah seorang Tok Guru penulis iaitu Ustaz Zakaria Ahmad, hati penulis semakin runsing dengan tindak-tanduk beberapa pemimpin Umno yang seperti telah kehilangan akal.


Bukan kerana siapa-siapa sebenarnya, tapi yang menyebabkan pemimpin-pemimpin Umno menjadi 'tidak keruan' kerana tidak berjumpa ayat dalam kitab hadhari mereka seperti yang telah terdapat berkurun lamanya di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi...


Nak kata sesat, oleh penulis 'reserved' dulu, senang cerita dah tahap 'gila babi'.....ameen. (penulis juga sentiasa berdoa)


berkaitan BagindaReformasi

Sabtu, 21 Ogos 2010

PRA 13 MAY....Waspada Dengan Mainan Api Perkauman

Permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu baru-baru ini adalah merupakan satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara kita ini.

Keadaan ini tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan. Kegagalan inilah juga yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC.

Orang Melayu dalam negara ini juga tidak boleh lagi terus percaya bahawa UMNO akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang ada dalam negara kita ini menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok UMNO-putra.

Ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara kita, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO-BN.

Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini.

Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat dalam negara kita agar dapat bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan UMNO-BN.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan UMNO-BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Jumaat, 20 Ogos 2010

Tersentuh....Mati 'Berjemaah'


Malam ini, ya sudah masuk sepuluh hari Ramadhan melangkaui jajahan. Jika ada yang belum perasan, sudah suku bulan Ramadhan meninggalkan RahmatNya. Tiada yang aneh sepanjang sepuluh hari ini kecuali cerita tentang kematian sebentar tadi:


Lewat telefon bimbit, imam tua cepat-cepat menyongsong berita sebelum tengah hari bahawa ada jiran yang baru sahaja dijemput Ilahi. Bersungguh-sungguh imam tua memperkenalkan nama dan menceritakan rupa, namun sedikit pun tidak terimbas ke jemala. Sedang, rumahnya hanya langkau sebaris dua.


Lorong-lorong ke surau semakin sempit dengan deretan kereta pelbagai saiz. Surau kecil sudah dipenuhi ratusan, barangkali ribuan jemaah yang berkemeja dan berbaju batik,lelaki, wanita, tidak terkira. Setiap kali melintas, wajah mereka jarang pernah mata menyapa pandang.


Tengah hari itu, jika surau boleh berkata, pastilah rungutan menjadi seloka. Surau kecil, tidak pernah penuh barang satu saf, kali ini melangkah terpaksa beriring maaf. Ramadhan hanya melimpahkan manusia di waktu malam, sedangkan tengah hari itu, jemaah melimpah hingga ke tanah! Dari mana datangnya begitu ramai manusia? Soalan itu tidak terjawab hingga sempurna solat zuhur berjemaah.


Solat jenazah dijanjikan usai solat zuhur. Benar seperti yang dijanji. Sekujur tubuh dibalut kemas kurus menanti. Dan sebak menyelirat di pembuluh darah dengan simpati. Walaupun jenazah tidak dikenali, namun hanya hati yang berdengung dengan selawat dan puji Ilahi, moga jenazah diselimut dengan rahmat yang tidak bertepi. Kasihan, tidak cukup untuk memujuk anak-anak kecil arwah yang disorong waris ke sisi.


Sebelum surau ditinggalkan sepi kembali, sempat saya bertanyakan tubuh-tubuh asing yang masih menghantar pandang meningkap van jenazah yang belum datang. Bimbang juga, jika yang datang malaikat atau jin utusan. Jawab seorang lelaki sambil memaniskan muka bahawa mereka bukanlah siapa-siapa hanya ahli jemaah. Dan arwah, sebelum meninggal adalah sebahagian daripada jemaah mereka. Kata saya, "Syukur Tuhan, dia mati berjemaah!"- al-Kurauwi

Khamis, 19 Ogos 2010

Ramadhan Yang Panas...Little India Countdown!


Sitiawan,19.08.10: Kepesatan pembangunan secara terancang dan tidak terancang di sekitar Sitiawan(Simpang Empat)-Manjung membuatkan populasi penduduk berubah dengan mendadak.Sangat mendesak. Pembangunan secara terancangnya adalah daripada segi struktur ekonomi yang rata-rata penduduknya dengan 'kos sara hidup' dalam lingkungan berpendapatan RM1500-RM5000 secara purata.

Penempatan yang baru diteroka pula adalah dalam bentuk yang terpisah-pisah kerana kepesatan industri lebih tertumpu di persisiran pantai Lumut dan Kg Acheh. Kawasan perumahan lebih ditumpukan di sekitar Manjung kerana kedudukan kemudahan asas seperti Sekolah-sekolah, Ibupejabat Polis, Pasaraya Giant dan Tesco(akan dibuka), Stadium Rekreasi, JPJ,Bomba, Mahkamah Syariah, Mahkamah Seksyen dan beberapa 'Jabatan Eksklusif' berdekatan antara satu sama lain.

Pembangunan yang tidak terancang (terancang bagi kamus Kapitalis) adalah melibatkan percambahan ekonomi melalui sumber-sumber keruntuhan moral yang secara tak langsung akan terkena tempiasnya ialah penduduk setempat. Pusat Latihan Nyanyian bersepah-sepah di laluan Air Tawar-Lumut yang sebenarnya adalah pusat karaoke bertopengkan 'kelab rekreasi malam' di samping menyediakan perempuan China, Indonesia dan Vietnam sebagai penukar CD lagu.

Vietnam Wow !! anak-anak melayu islam pun ada yang terjebak...

Pergilah ke sekitar 'Bus Stand' lama Sitiawan, Taman Sejati, Taman Pegawai, Kamdar Manjung, Lead View Hotel hingga ke Apartment Desair Lumut. Beruntunglah penduduk di Taman-taman tersebut kerana nak berhibur hanya langkah ke depan laman. Pasti mengiurkan, mesra ,cepat dan betul.

Itupun setelah kerajaan Haram Barisan Nasional berjaya merampas hak rakyat Negeri Perak dengan secara tidak bertamadun... jadilah projeknya juga tidak bertamadun.

Little India Countdown....Sekolah Gandhi kebanggaan penduduk setempat termasuklah beberapa rakan dan isteri penulis. Sekolahnya masih berdinding kayu berlantai tanah.

Bertuahlah juga Vellu Pari a/l Samy yang mempunyai saham di Cineplex Arasu bersebelahan dengan Sekolah ini.



lagi di sini

Selasa, 17 Ogos 2010

Dey V Saravanan...Yenna Poronggey?

30 Wanita Tempatan Dan Asing Ditahan Dalam Ops Noda

IPOH: Polis menahan 30 wanita tempatan dan asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan menyalahguna pas lawatan dalam Ops Noda di Teluk Intan dan Kerian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam serbuan Jumaat lepas, polis menahan 15 wanita tempatan di sebuah hotel di Teluk Intan, yang menjalankan kegiatan pelacuran.

"Polis turut menahan tiga pelanggan lelaki berusia 30-an untuk siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzuraidi berkata, dalam serbuan kedua di pusat hiburan karaoke di Kerian Ahad lepas, polis menahan 15 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan perhubungan pelanggan (GRO) kerana menyalahguna pas lawatan sosial.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an kerana membenarkan rakyat asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah, katanya.
- BERNAMA

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ketika Nabi S.A.W Bersedih....

"Sehingga akhir hayatnya, 'Abu Talib tidak diberi hidayah untuk beriman kepada Allah walaupun orang yang disayanginya adalah Nabi Besar Muhammad S.A.W. Seorang yang ma'sum di sisi Allah. Mukjizat kesaksian ketika membelah bulan dan yang paling agung adalah mukjizat Al-Quran telah dibawa Baginda melalui utusan Allah. Namun, hidayah adalah hak Allah".

Jumaat, 13 Ogos 2010

Nikmat Makan Sahur... Beza Chua Soi Lek dan Farid Ravi



Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)


Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.
Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.

Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan.
Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.(Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.

Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)

Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa'ad r.a. berkata, "Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w." (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920)

Kadi Iyadh r.h. berkata: "Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar." (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114)

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.

Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: "Berapa lama antara azan dan sahur?" Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)

Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.

Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka,tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.

Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.


2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.




MOH SINGGAH SAHUR KEH !

Rabu, 11 Ogos 2010

Adab Berbuka Puasa...


1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya:

Daripada Sahl bin Sa`ad, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Daripada Anas r.a, katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air.

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat.

Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya:

Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan”.(Surah al-`Araf:31)

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”(Riwayat Tirmizi)

5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
(Riwayat Ibn Majah)

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat iaitu untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota. Amen ya Rab.

Isnin, 9 Ogos 2010

Tazkirah Ehya' Ramadhan- Ustaz Ismail Kamus


“Wahai orang-orang yang beriman (yang tidak jangan sibuk-sibuk) diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sepertimana yang diperintahkan Allah kepada orang sebelum kamu ( para Nabi & Sahabat), mudah-mudahan kamu bertaqwa”


cetusan ranting 1 (terkini)