Cabang

Memaparkan catatan dengan label jenayah 1 Msia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jenayah 1 Msia. Papar semua catatan

Ahad, 26 September 2010

JANGAN DIBIARKAN BERLAKU DI ONE MSIA....Dibunuh Ketika Solat Magrib


Medan (Arrahmah.com) - Tindakan yang dilakukan Densus 88 terhadap Khairul Ghozali bersama 4 orang jemaahnya saat shalat maghrib di Jalan Besar Medan-Tanjung Balai Asahan, dinilai sebagai tindakan yang biadab tidak berperikemanusiaan.


Pernyataan tersebut ditegaskan Adil Akhyar Al Medani, didampingi putri kandung ustadz Ghozali, Rabbaniyah (17) kepada Sumut Pos (grup Padang-Today.Com) Jumat (24/9) di Lembaga Bantuan Hukum (LBH) Medan Jalan Hindu Medan.


"Biadab. Saat orang shalat dihabisi, seolah-olah negera ini bukan Negara hukum. Dalam penyerangan biadab itu, dua orang jemaah itu tewas di tempat akibat ditembaki Densus 88, sedangkan seorang lagi dapat melarikan diri. Sementara itu abang saya, ustadz Ghozali itu terus dianiaya diinjak-injak densus, namun abang saya itu tetap terus shalatnya," tegas pemilik Pondok Pesantren Dakwah Daarul Syifaa.


Atas penyerangan yang tidak berprikemanusiaan itu, sambung Akhyar, diharapkan agar presiden segera meninjau dan membubarkan Densus 88 karena telah melanggar dan bertindak diluar hukum.



Source: http://arrahmah.com/index.php/news/read/9270/astaghfirullah-densus-88-biadab-habisi-jamaah-sedang-shalat-dua-tewas#When:16:09:17Z#ixzz10Yw0Ba6a

Rabu, 22 September 2010

Polis dan AG main tarik tali....


Jika kita mengikuti kes bunuh jutawan kosmetik sejak beberapa minggu lalu, seakan-akan sudah nampak dengan jelas siapa pembunuh yang sebenar...itupun melalui media-media utama negara. Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis lebih tertumpu kepada kes 'berprofil tinggi' ini. Sebuah pasukan khas yang melibatkan jumlah yang besar terpaksa ditubuhkan untuk menyelesaikan kes ini dengan segera.

Melihat kepada pengakuan suspek utama sehingga terbongkarnya beberapa kes sebelum ini yang dikatakan ada hubungkait dengan jenayah lampau suspek. Modus operandi seperti yang dihebahkan media utama seakan-akan sama dengan kes bunuh terbaru. Sampaikan 2 kali suspek utama dibawa ke pejabatnya untuk mencari bukti baru.

Terciptalah berbagai-bagai bahan bukti telah dijumpai setelah ditunjuk oleh suspek walaupun kita belum pernah mendengar secara terus dari mulut suspek(dalam mahkamah). Media hanya berani mengatakan beliau adalah suspek bukannya yang dituduh.

Mengikut penjelasan Ketua Polis Negara, bekas Ketua Polis Negara dan Dato' Seri Hishamudin Tun Hussein 'yakinlah' kita kes ini sudah hampir selesai sehingga Perdana Menteri sendiri memuji kecekapan polis dalam menjejaki pembunuh sebenar. Jaminan demi jaminan diucapkan kepada rakyat agar terus memberi harapan kepada Kerajaan dalam menjaga keselamatan mereka.

Sehingga semalam kertas siasatan telah diserahkan oleh polis kepada peguam negara untuk membuat pertuduhan di mahkamah...di sini

Malangnya, kertas siasatan@ sampah sarap itu diserahkan semula kepada polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam....ada di sini

Nah, apa sebenarnya yang berlaku ni....masing-masing seperti tidak mahu bertanggungjawab untuk meneruskan kes ini agar pembunuh sebenar dihukum kerana rakyat terbanyak inginkan pembelaan dapat dilakukan terutama kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat...

Daripada pengakuan polis hanya dalam beberapa hari, sehingga menjadi dalam beberapa minggu, dan adakah langsung menjadi dalam beberapa tahun kerana alasan yang diberikan oleh pejabat peguam negara ialah polis masih memerlukan banyak lagi bukti untuk mereka membuat pertuduhan???

Sandiwara lama berulang kembali...mingkinkah ianya melibatkan individu tertentu di belakang suspek utama yang menyebabkan kes ini masih tertangguh...ataupun mungkin bertambah celaru setelah pembelaan dijalankan di mahkamah kerana mulut suspek sudah tidak terkunci lagi..

Akhirnya, kita tidak tahu siapa sebenarnya pembunuh@perancang utama setelah ada laporan baru diterima dari pakar perubatan yang mengatakan suspek 'hilang ingatan'....atau terkena penyakit gila babi. Wallahua'lam.

cetusan ranting 1 (terkini)