Cabang

Memaparkan catatan dengan label tengin bongok dan tongong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tengin bongok dan tongong. Papar semua catatan

Khamis, 15 Julai 2010

Ampu Sana Wa Ampu Sini...dapat secubit lebuh sekangkang

TROLAK – Seramai 202 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi Wilayah Trolak di sini menyerahkan memorandum bagi menyokong pihak pentadbiran yang kini diasak dengan pelbagai fitnah dan tohmahan.

Pengerusi Kesatuan Sekerja Kakitangan Felda Wilayah Trolak, Che Din Mat Saman berkata, penyerahan memorandum ini dilihat sebagai salah satu usaha menyokong dan menangkis segala fitnah yang diberikan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, sebagai wakil kakitangan Felda, mereka tidak pernah merasakan sebarang masalah timbul dan fitnah yang mengatakan Felda bankrap adalah sesuatu yang tidak berasas.

“Sepanjang kami berkhidmat bersama Felda, segala kebajikan kami semua sentiasa diambil berat oleh pihak Felda dan tidak pernah kami mendengar rintihan daripada kakitangan itu sendiri.

“Pembayaran gaji dan elaun kami juga diberikan tepat pada masanya dan jika Felda dikatakan bankrap, bagaimana kami boleh menerima semua faedah ini sejak dari dahulu tanpa sebarang masalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Pengerusi Persatuan Kakitangan Kanan Felda Wilayah Trolak, Mohd Mokhtar Lateh berkata, golongan kakitangan Felda begitu terasa dengan kenyataan yang mengatakan Felda Bankrap.

“Memorandum sokongan kepada Felda ini kami serahkan kepada Pengurus Besar Felda Wilayah Trolak, Izham Mustaffa untuk dipanjangkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Felda,” katanya.

Sementara itu, Izham berkata, pihaknya akan memanjangkan memorandum yang diterima ini kepada Pengarah Felda.

Katanya, pelbagai pembangunan yang kini dijalankan di kawasan rancangan tanah Felda dengan menggunakan peruntukkan sepenuhnya daripada pihak Felda sendiri.

“Sebagai contoh di Besout 2 yang sudah siap pembinaan kompleks sukan Semai Bakti, tidak termasuk projek naik taraf longkang di Besout 2, 3, 4 dan di Sungai Klah.

“Bagaimana dikatakan Felda bankrap jika projek naik taraf infrastruktur ini berjaya dijalankan di kawasan rancangan Felda,” katanya.

Sinar

nota Anak : almaklum memanda menteri baru datang melawat kampung, janji itu dan janji ini. dah dapat sedikit habuan dunia kena tunjuklah semangat mengampu. bila dah bankrap nanti baru nak sedo alamatnya meratap sampai ke kubo le...

Khamis, 13 Mei 2010

Berita Baik Untuk Anak-Anak Yang 'PHOBIA' Dengan Injection...

Aaaaaarggghhhhhhhh..........

Jika anak-anak tuan terlalu takut untuk berjumpa doktor....

Apatah lagi bila doktor mintak nak buat 'injection'.....

Seperti biasa doktor akan mintak disenteng lengan untuk dicucuk....

Tapi anda 'suggest' kat doktor tu untuk londehkan seluar anak ke paras lutut...

Minta doktor tu 'inject' di bontot anak kerana kesan sakitnya amat tidak berisiko...

Tak percaya??

Tanyalah Dr. Saifool Albukhori Annajibi...

"Ianya sungguh mengagumkan,harum guris dan nikmat. Malahan, saya hanya dibius 2 hari selepas 'beberapa' kali dicucuk. Lebih menggumbirakan, saya mampu menyimpan bukti di bontot sebelum dilepaskan untuk siasatan. Cuma, saya sedih kerana tidak boleh mengandungkan anaknya"-Dr. Saifool.

cetusan ranting 1 (terkini)