Cabang
Rabu, 2 April 2014
Apco : Jika juruterbang atau anak kapal tidak dikambinghitamkan, konspirasi akan terbarai ?
Segala aset telah dikerahkan dari berbagai negara serantau kecuali Amerika dan Israel walaupun mereka lebih dulu mengetahui kisah sebenar yg berlaku pd MH370. Kronologinya seiras runtuhnya mercu tanda pentagon 911 suatu ketika dulu.
Walaupun tiada bukti yang dpt mengaitkan juruterbang dan anak-anak kapal terlibat dalam kehilangan MH370 setelah 'penyiasatan' dibawa ke peringkat antarabangsa, namun pihak berkuasa tempatan (PDRM dan Kerajaan Msia) masih tidak mengesahkan semua makhluk di dalam MH370 adalah bebas daripada unsur sabotaj,rampasan,psikologi atau masalah peribadi.
Seluruh anak kapal yang merupakan warga Malaysia yang terlalu dikenali profilnya samada waris ataupun pihak MAS sendiri tapi dilihat asing oleh pihak berkuasa. Sedangkan seramai 227 penumpang dari berbagai negara termasuklah 3 amerika dan 2 pemegang passport palsu warga Iran senang 'dibersihkan'. Apa sebenarnya kisah disebalik konspirasi kehilangan MH370???
Wallahualam Bissawab.
Respon dari ' Semua Penumpang MH370 bersih 4 elemen'
Khamis, 19 September 2013
Kaji tahaaluf siyaasi bersama PR ??
SHAH ALAM - [Dikemaskini] Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan kajian tahaaluf siyaasi terhadap PKR untuk menambahbaikan parti walaupun cadangan itu ditolak pucuk pimpinan tertinggi.
Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan 'keluar' daripada PR.
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008.
"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah.
"Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.
"Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Difahamkan, kajian itu telah bermula sejak PRU 2008.
Sinar Harian melaporkan hari ini, Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam PR walaupun Harun mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.
Abdul Hadi berkata, hubungan dalam PR perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat.
"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan PR sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.
"Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya.
Sehubungan itu, tambah Harun, beliau yakin cadangan Dewan Ulama akan diterima pakai Pas Pusat terutamanya mengenai cadangan sayap itu pada muktamar lalu supaya Pas tidak mendedahkan calon 'Perdana Menteri' yang pada mulanya tidak dipersetujui Pas Pusat namun akhirnya akur.
"Dulu kita pernah bentang dalam muktamar tahun lepas, calon Perdana Menteri tidak perlu diumum awal, tetapi akhirnya mereka akur.
"Mereka terima juga, mereka pakai juga cadangan ulama," jelasnya.
Selain itu, apabila ditanya mengenai tawaran BN untuk bekerjasama dengan Pas, Harun berkata, "saya tidak mahu layan perkara itu."SH
Jumaat, 23 Ogos 2013
Inilah sebab utama Najib sokong jatuhkan Morsi......
2. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis.
Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.
Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%.
Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis.
Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi.
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin.
"Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.
Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak?"
* PM kami tak peduli masalah Mesir atau Palestine kerana dia ada agenda lebih besar di sini...."Bini di utamakan projek didahulukan"
Ahad, 14 Julai 2013
Adakala gambar menunjukkan sebaliknya...
* Selagi seluruh pegawai2 SPR tidak 'dicelupkan' dengan clorox jangan harap nak menang undi apabila menentang Umno Barisan Nasional....
* Walaupun matlamat dakwah sedikit sebanyak akan menyusup ke kampung-kampung di Kuala Besut, namun matlamat untuk menang jauh sekali...melainkan dengan kuasa Allah.
* Kes undi berkali-kali dan bawa peti undi lari bukan perkara kecil, apatah lagi kempen berat sebelah di media-media utama....Ramadhan bukan beerti setan-setan umno tidak memainkan peranan jahat mereka.
* Bila keputusan diumumkan masing-masing menuding jari, walhal isu SPR tak berbangkit....tak sedar sendiri kena kencing.
* Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.....wallahualam.
Jumaat, 11 Mei 2012
BERSIH 4.0 : Rampasan Kuasa di Selangor Bukan Retorik ?
SHAH ALAM - Umno akan kembali merampas Selangor dari penguasaan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keyakinan itu bukan satu "retorik", kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata, Umno akan merampas semula Selangor dengan sokongan daripada semua pihak - dari peringkat akar umbi sehingga atasan yang ada dalam Umno Selangor. "Saya yakin, bukan setakat retorik, dengan bantuan seluruh pimpinan Umno Selangor, kita akan rampas semula negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Umno ke 66 peringkat negeri Selangor di bangunan Umno Selangor di sini, malam tadi.
PR memerintah Selangor sejak menang PRU12 empat tahun lalu. Sebelum ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad mahu merampas Selangor dalam apa jua cara pun dan mahu BN bekerja keras ke arah itu. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.
Terdahulu, Noh omar menerima bendera Sang Saka Bangsa daripada Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin. Larian bendera Umno yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno, esok bermula sejak 1 Mei lalu membabitkan empat zon iaitu Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Sabah dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil.
Beliau turut menyeru supaya semua ahli Umno menyelesaikan masalah rakyat dan juga mengenepikan segala masalah di kalangan warga Umno Selangor. "Demi Umno, demi negara kita, kita ketepikan semua masalah peribadi jika ada, demi Umno kita akan tuntut balik kemenenangan Umno dan Barisan Nasional di negeri Selangor ini," katanya.
Pada majlis sama, Zahid yang juga Menteri Pertahanan diiringi 66 buah motosikal berkuasa tinggi dari kelab Super Bikers menandakan simbolik ulang Umno yang ke-66 yang dihadiri hampir 300 ahli Umno negeri Selangor. SH
Rabu, 3 November 2010
Pas Galas PKR Batu Sapi : Sejahtera Malaysia
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Para pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) esok untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi.
Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru mereka agar hendaklah memilih untuk bersama dengan PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Saya ingin melahirkan perasaan amat gembira di atas kesempatan untuk bertemu mata dan mengunjungi penduduk di kawasan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Kelantan dan kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah sepanjang tempoh kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan yang berhadapan dengan pilihan raya kecil ini.
Apa yang boleh saya simpulkan ialah: Para pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan ini untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi bagi memilih untuk bersama dengan PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi pada hari esok Khamis, 4 November 2010 untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik.
Kepada pengundi di DUN Galas: Kita sudah melihat kejayaan PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun terbukti menerusi kepimpinan beramanah dalam menguruskan hasil negeri, menguruskan pentadbiran dan melaksanakan pembangunan seimbang kepada seluruh rakyat. Tidak ada sebarang kes rasuah atau salahguna kuasa melibatkan kepimpinan kerajaan negeri. Ia berbeza sama sekali dengan pemerintahan Barisan Nasional yang begitu mendarah daging dengan kes rasuah.
Oleh itu, sewajibnya pengundi di Galas memberi undi kepada PAS bagi meneruskan usaha pentadbiran kerajaan negeri membina kemajuan kepada seluruh masyarakat ketahap yang lebih baik.
Buat pengundi di Parlimen Batu Sapi: Tuan puan sekalian sudah melihat bagaimana penyakit pemerintah yang tidak amanah telah berlaku sehingga menyebabkan Sabah yang asalnya adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya, tetapi telah dipinggirkan oleh kerajaan BN dari sudut kemudahan asas dan infrastruktur.
Jalan raya, bekalan air dan elektrik yang belum selesai dalam keadaan negara sudah merdeka lebih 50 tahun. Maka amanah untuk memimpin rakyat ini harus diberikan kepada Pakatan Rakyat.
Suara rakyat di Batu Sapi khususnya mestilah didengarkan di Parlimen tanpa ada sekatan dan kebimbangan jika wakil rakyat yang dipilih daripada Pakatan Rakyat. Jika Barisan Nasional terus diberi pilihan, maka suara mereka tidak bebas di parlimen kerana tertakluk kepada kehendak parti pemerintah.
Sekian. Terima kasih.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Tugas Berat Anwar Bina Negara Apabila Ditentang Bangsa SendiriSehari yang lalu
-
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY3 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 346 tahun yang lalu
-
Bapak ayam7 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru8 tahun yang lalu
-
hello blog.9 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’9 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru9 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...10 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh10 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…11 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...12 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan12 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat13 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan13 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib14 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia14 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA15 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah17 tahun yang lalu
-
-





