Cabang

Memaparkan catatan dengan label umnoApco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umnoApco. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

Bilakah Tarikh Pilihanraya ?

Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak.  Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia. BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.

Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengandalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya. Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum. Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja  pilihanraya umum selesai diadakan. 

Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum. Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya. Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur. Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit  dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN. Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. 


Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan. Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi. Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional. Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan. Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.


Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


PRESIDEN
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Ahad, 27 Mei 2012

Gambar terbaik sejuta belia ?


Kpop diutamakan K.mah diketepikan.....kompom tido luor le malam tadi Pakjib oi

Rabu, 23 Mei 2012

Debat Najib/Anwar akan jadi kenyataan....ini buktinya


Paling kurang 3 hari 3 malam sebelum pilihanraya ke-13 ni dan boleh diadakan di mana-mana tempat serta masa ikut pilihan Barisan Nasional. Yang paling penting disiarkan secara langsung oleh media-media utama yang dikuasai Barisan Nasional dengan tajuk yang diberikan oleh Barisan Nasional....juga disertakan syarat-syarat lain selain di atas mengikut cadangan Barisan Nasional.

Amacam, anak-anak muda telah bersuara.....



Video streaming by Ustream
Video streaming by Ustream
Video streaming by Ustream nota kaki : Tapi jika tak bersihkan sistem pilihanraya,jgn harap la PR nak ke Putrajaya...ini bukan cobaan tapi betul2,wallahualam. 
 

Isnin, 21 Mei 2012

Polis rempuh pagar kediaman Rosmah.....Innalillahi

KUALA LUMPUR - Polis menolak kemungkinan kejadian lima anggotanya yang merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya awal pagi semalam ada unsur khianat, sebaliknya hanyalah kemalangan biasa. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam cedera apabila kereta jenis Satria Neo yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, anggota berusia antara 20 dan 22 tahun sedang bersiar-siar berhampiran di kawasan tersebut. 

Menurutnya, dua mangsa, masing-masing mengalami patah hidung dan patah kaki, kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya. "Tiga lagi cedera ringan. 

Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mereka mengantuk atau memandu di bawah pengaruh alkohol, bagaimanapun kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu terlebih dahulu bagi menyiasat punca sebenar kejadian. 

“Polis akan mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat,” katanya.  

SinarHarian
seorang daripada mereka ketika dihubungi telah mendapat mesej di talipon berkenaan bos lama mereka....di sini kehkehkeh, bukan saya kata tapi seseorang katalah, Innalillah


Jumaat, 18 Mei 2012

Demo Tosey : Nasib baik tak bongok sama....podah cit !!

Kengkadang kita pun tak terpikir kerana marahkan sesuatu perkara, kita bertindak lagi bangang. Orang buat kacau tunggeng punggong, kita pulak melatah konon nak bela seseorang tapi ekspresi kita lagi bangang bin bongok...baca sini

Nasib baik plan tak jadi.....apakata survey di sini

Baik sama-sama pakat ikut Pak Samad punya plan baru, asyik layan isu-isu picisan....gambar lucah, mat isa Felda, scorpene, kristianisasi, hudud, muzakarah dan berbagai-bagai sampai ke tarikh bubar parlimen SPR masih camtu juga. Tipu dan selewengkan pilihanraya untuk menangkan Rejim Pemerintah. 

Jangan sangka majoriti besar tak boleh tergolek macam pru 11 di Parlimen Kemaman pertambahan pengundi mencecah 17 ribu orang....kalau dah serba-serbi mak nenek dah dihantukan, warga aisng, sempadan baru, kad pengenalan bertindih, undi pos dan berbagai jenis tipu helah lagi...

Bila kalah ditipu, asyik-asyik SPR kena bantai walhal dah tau memang kena tipu awal-awal lagi....Rejim Pemerintah gelak beso tengok rakyat bergaduh sama sendiri. Masing-masing salahkan parti bersekutu yang lain....walhal kena tipu dulu, kini dan selamanya.


Pak Samad bagi hint tiada pilihanraya selagi tak bersih-bersih.....Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu

Khamis, 17 Mei 2012

Muzakarah : Umno bersedia minggu depan....


 tabik sama muhyiddin....baca sini

Tun Madey yang serba-sebi tahu pasal melayu pun selama berkuasa tak pernah bersetuju dengan muzakarah Pas-Umno, alasan yang entah apa-apa....

Tetiba Muhyiddin yang terlebih baka melayunya coba-coba bersuara untuk muzakarah ?

Pertama, pemimpin-pemimpin umno yang cakap banyak soal persetujuan muzakarah ni hanya berlagak berani di depan tv dan media bila mereka bercakap sorang2......

Kedua, pemimpin-pemimpin umno ni berani kerana yakin dengan kemampuan ulama-ulama muda umno untuk bermuzakarah walaupun tahu matlamat perjuangan antara mereka sendiri jauh berbeza....

Ketiga, pilihanraya dekat muzakarah pun berbunyi,,,,

Akhirnya, kompom 100% muzakarah ini dibatalkan lagi kerana...

Pas tidak ikhlas bermuzakarah untuk kepentingan melayu dan islam. Pas tidak berminat lihat melayu bersatu tapi hanya mahu mencari salah Umno dan Pas sudah tidak diterima melayu dan menggunakan platform muzakarah untuk cari publisiti murahan.....kompom

Berkokoklah pencacai Perkasa, Pekida, Kimma, Persatuan Veteran Tentera Malaysai serta Lebai Zul Nordin siang malam untuk menghalang muzakarah Pas-Umno diadakan nanti....

Oleh kerana Umno telah lari daripada perjuangan membela orang melayu, jika Pas buang islam daripada nama partinya dan Umno juga kena buang perkataan melayu, amacam tajuk muzakarah?

Kalau lidah tak panjang berbelit macam lembu bukanlah Umno namanya,wallahualam.

Isnin, 14 Mei 2012

Bersih 3.0 : Timbalan Ketua Polis boleh ditangkap tanpa waran ?


betui ka apa yg aku dengar dlm berita td timbalan ketua polis negara kata undang2 negara kita tak sama dengan undang2 negara lain?

Polis berhak menangkap sesiapa sahaja mengikut budi bicara polis tanpa menunjukkan sebarang waran tangkap terutama dalam kes tangkapan kpd rakyat yang menyertai Bersih 3.0 bebaru nih....di sini

Negara lain sekiranya nak tangkap mesti tunjuk waran tapi negara Malaysia lain ?

betui ka ?

Tapi bila beliau mengulas isu jual burger depan rumah Ambiga...di sini lagi macam sial,siap galakkan lagi?

nota kaki : Patutlah pengganas di bawah ni jadi anjing gila sebab memang tak tahu tujuan menghalang unjuk rasa aman Bersih 3.0,kerana ikut arahan ketua yang tidak tahu hormat undang2 dan perlembagaan negara untuk berhimpun secara aman...Lawan tetap Lawan !!


Isnin, 16 April 2012

Jasa besar bagi Umno hadapi PRU 13.......




 Raja Nong Chik punya modus operandi

 

...pada hal spesis barua-barua ni patut jadi barua rakyat sebab rakyatlah yang bayar baru-barua ni tanggung makan anak bini...

Kalo nak tunggu barua-barua ni ikut cakap rakyat alamatnya sampai kiamatlah...melainkan semua rakyat bangkit melawan kedurjanaan rejim pemerintah, kerana mereka telah lama bersatu menipu rakyat.

Media massa yang selama ini jadi 'talian hayat' kepada Umno Barisan Nasional sudah tidak mampu melakukan propaganda murahan kerana rakyat lebih awal tahu isu yang Umno cuba nak tipu-tipu...hai cis!

Hanya tinggal SPR, Pemodal dan Polis yang kebal masih jadi talianhayat Umno untuk menghadapi PRU 13 nanti....sambil duduk pun boleh lawan !


Ahad, 8 April 2012

Samseng sanggup buat kacau hingga ke Masjid....Melampau Sungguh Ni !!!

foto Ehsan mStar

KAJANG, 8 April: Seorang nazir masjid di Bandar Baru Bangi lebam di mata selepas diserang seorang pemuda yang dipercayai tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa masjid. Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.45 pagi tadi ketika Mohd Abd Basir Alias (bukan gambar), 45, Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang baru sahaja memulakan mesyuarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa di masjid berkenan. 

Tiba-tiba, beliau didatangi sekumpulan pemuda yang juga ahli qariah di situ yang memarahinya sambil bercakap kasar dan menunjukkan jari ke mukanya. Dalam suasana kecoh itu, salah seorang dari mereka tiba-tiba menghantukkan kepala kepada Abd Basir. Akibat tindakan itu, mata beliau bengkak dan lebam. 

Selepas beberapa ketika difahamkan Pegawai Tadbir dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat tiba di situ bagi menenangkan suasana sekaligus menangguhkan mesyuarat itu ke suatu tarikh yang lain. Abd Basir yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini. 

Beliau dilihat bersama peguam Ahmad Denial Roslan membuat laporan polis itu kira-kira jam 10.20 pagi. Bercakap kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis pagi tadi, Abd Basir meluahkan rasa kecewa dengan insiden yang menimpanya hari ini. "Saya tidak menjangkakan beliau akan menggunakan kepala sebab saya dah bersedia untuk mengelak jika beliau bertindak memukul saya menggunakan tangannya. "Ini sesuatu yang sangat dikesalkan. 

Sebarang unsur samseng dan keganasan tidak sepatutnya ada di masjid," luahnya kecewa lebih lebih lagi ianya berlaku dalam masjid. Selain itu beliau yang telah empat tahun menjadi nazir di masjid itu juga kecewa kerana mesyuarat yang dirancang sejak sekian lama terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. "Tujuan saya buat laporan polis ini adalah kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut serta bimbang keselamatan diri saya,"katanya lagi. Turut hadir memberi sokongan moral di balai polis pagi ini termasuk AJK PAS Pusat Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus. 

Sementara itu, peguam Ahmad Denial menjelaskan kes tersebut dijangkakan akan disiasat di bawah Seksyen 323 (Kanun Keseksaan) yang menyebabkan kecederaan. "Abd Basir telah dicederakan dengan sengaja di mata kanannya lebam apabila dihantuk dengan kepala oleh seorang individu yang dikenalinya. "Kita berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap individu tersebut kerana terdapat bukti dan saksi yang mengesahkan kejadian tersebut," jelasnya. 

Difahamkan Abd Basir akan membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang berhubung kecederaan yang dialami olehnya selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis. HD

nota kaki : Oleh kerana samseng-samseng upahan telah menerima habuan yang semakin besar menjelang PRU 13 ini, barua ni dah tak kira tempat nak tunjuk perangai haprak walaupun terpaksa membuat kacau sehingga ke dalam Masjid...bukannya peduli pun soal imarah tapi kerana upah sanggup buat sial!

berita bergambar ada di sini Skandal terbaru Najib Monggol dan Shahrizat Lembu

Rabu, 4 April 2012

Pengerusi SPR telah kembali ke rahmatullah....Al-Fatihah

Dah memang patut Bersih 3.0 digerakkan di setiap negeri masing-masing untuk menghadapi PRU 13 ini kerana ianya teramat penting kepada rakyat Malaysia agar tidak terus ditipu oleh rejim penguasa......

Elok dimulakan secepat mungkin dan berterusan sehingga ke hari mengundi supaya semua pemilih benar-benar memahami proses pilihanraya selama di bawah rejim adalah kerja tipu di siang hari dan sesetengah kes penipuan PRU tidak dapat mengubah keputusan walau diberi bukti yang jelas, keputusan SPR adalah muktamad, lambaklah sepenuh meja petisyen-petisyen tapi akhirnya ditolak mentah-mentah kerana SPR adalah muktamad dalam menentukan siapa yang menang........

Penubuhan PSC hanyalah wayang gampang disajikan rejim semata-mata mengaburi mata rakyat, majoritinya tetap BN dan yang menyokongnya, Bebas. Tuntutan dakwat kekal hanya retorik selagi 7 tuntutan lain yang jauh lebih munasabah dipejamkan. Kerana penubuhan SPR hanya dengan restu rejim?

Seharian rakyat dihidangkan dengan wayang gampang pelbagai fitnah yang mudah dilemparkan melalui kaca tv, reka cerita yang bukan-bukan dan selepas itu ugut suruh saman dan sekiranya berdiam diri dianggap fitnah itu benar.....

Esoknya celik biji mata keluar pulak cerita bengong lain pulak, tak saman maknanya betul. Suka atau tidak kita terpaksa layan kerja bengong yang tak sudah-sudah. Terfikir juga, spesis yang buat kerja jahat ni tidaklah sebengong yang disangka, ada PHD belaka-laka....agaknya la, walaupun tahu kerja yang dibuat tu bengong-bengong semuanya tetapi kerana terdesak lebih baik bengong sampai mati asalkan jangan kalah pilihanraya....kalah bemakna salah tapi jika menang tiada lain alasan mereka rakyat telah mula sedar kerana memilih rejim padahal SPR menipu di siang hari mengundi......

Kenapa isu pengundi hantu lebih afdal dari isu murtad ?

Mudah cite, kerana pilihanraya tipu raya dah semakin dekat...sekiranya berlaku adil pasti rejim dah lama berkubur dan isu murtad boleh diselesaikan kerana rejim bukan peduli soal akidah asalkan khazanah negara boleh disonglap untuk kekal berkuasa. Rasuah dan penyelewengan juga berkaitan akidah tapi ada mereka kesah....moh bersih moh! dari kekotoran SPR Apco laknatullah.

Rabu, 28 Mac 2012

Hari ini keputusan bermulanya BERSIH 3.0......

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 28hb. Mac 2012

SIDANG MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sidang media ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb. Mac 2012 (Rabu)

Masa : 2:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Ketua Pembangkang

Tingkat 14, Bangunan Parlimen

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato’ Seri
Anwar Ibrahim, YB Dato’Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang
dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Kalau bersidang bagi mencapai kata sepakat untuk hadapi PRU yg terlalu dekat ni jer....SPR kata buang masa,duk rumah menyambal 8 pagi sampai 8 mlm,buka tv tengok Rosmah nyerongen selebret tawaf putrajaya sampai ke Subuh, kompom !! mampos rakyat.....

Selasa, 27 Mac 2012

Bila Umno lebih Zionis daripada Zionis......

Madey and Soros

UMNO HENTIKAN EKSPORT MINYAK SAWIT KE IRAN SERTA BEKUKAN IMPORT MINYAK DARI IRAN ?

BUKTI UMNO LEBIH ZIONIS DARIPADA ZIONIS......DENGAN MENJADIKAN ISRAEL SEBAGAI GALANG GANTI ?

LU PIKIR JANGAN LU CELUP......

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan Malaysia kerana mengarahkan Petronas menghentikan mengimport minyak dari Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa ke atas negara itu.

“DPPM melihat tidak wajar Malaysia mengikut tindakan Amerika Syarikat itu,” kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Beliau berkata, langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat adalah langkah politik kerana terlibat secara langsung konfrontasi dengan Iran.

Menurutnya, Amerika Syarikat dalam sejarahnya adalah sebuah negara yang suka membuli dan menyerang negara lain yang lebih kecil, selepas Afghanistan, Iraq kini Iran pula akan menjadi mangsa mereka.

“DPPM menganggap tindakan kerajaan Malaysia ini seperti takut dan patuh dengan kehendak Amerika Syarikat.

“Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najb dilihat amat lemah kerana terpaksa tunduk patuh dengan arahan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Najib perlu sedar bahawa kepimpinan Amerika Syarikat tidak banyak membela umat Islam.

Beliau menambah, Amerika Syarikat sanggup membunuh jutaan umat Islam yang dilihat tidak tunduk dengan kehendak mereka seperti mana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

“Mereka sanggup melihat tentera Zionis Israel meratah umat Islam di Palestin tanpa sebarang pembelaan Jutaan nyawa umat Islam di Iran pula kini dalam bahaya jika Amerika Syarikat menyerang mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, tindakan Malaysia pula akan menyebabkan konflik serantau yang lebih buruk akan berlaku yang boleh menjejaskan ekonomi negara tersebut sedangkan Iran tidak bermusuhan dengan Malaysia.

Justeru, katanya Malaysia dilihat oleh negara umat Islam yang lainnya sebagai turut bersubahat bersama Amerika Syarikat bagi menghukum umat Islam di negara Iran.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM mengajak rakyat khususnya umat Islam melihat betapa lemahnya pentadbiran Najib sehingga sanggup tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat.

“Bagaimana mungkin pemimpin umat Islam di Malaysia seperti Datuk Seri Najib boleh bangkit menyuarakan kelantangan menentang rejim Zionis serta penyembelihan umat Islam di serata dunia oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, jika terus mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta tidak berani ‘mengangkat muka’ bagi mempertahankan kebenaran,” katanya.HD

Ahad, 25 Mac 2012

Suaka Politik : Hishamuddin sudah berkira-kira menetap di Australia selepas PRU 13 ??

Pelaksanaan Pertukaran Pencari Suaka Bergantung Keputusan Australia: Hishammuddin

KLUANG: Kerajaan Malaysia bergantung kepada keputusan Parlimen dan Mahkamah Tinggi Australia bagi melaksanakan perjanjian pertukaran pencari suaka antara kedua-dua negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Malaysia boleh melaksanakan perjanjian itu bila-bila masa sebaliknya Australia perlu berjaya di dalam rayuan selepas Mahkamah Tinggi negara itu memutuskan bahawa perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Australia itu menyalahi undang-undang.

Selain itu, Australia juga perlu meminda undang-undang berkaitan dengan perkara itu, katanya.

"Kita (Malaysia) bila-bila masa boleh lakukannya tetapi mereka (Australia)kena pinda undang-undang dan (perlu) berjaya dalam rayuan mahkamah," katanya selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) peringkat kebangsaan, di Paloh, dekat sini, Sabtu.

Khamis lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata cadangan perjanjian pertukaran pencari suaka dengan Malaysia kembali menjadi agenda tatkala Parlimen membahaskan undang-undang untuk meminda Akta Migrasi.

Anggota Parlimen Bebas, Rob Oakeshott memperkenalkan Rang Undang-undang AhliPersendirian minggu lepas dalam usaha memecahkan kebuntuan berkaitan isu pencarisuaka dan menjadikan pemprosesan luar pesisir sebagai sah.

Sementara itu, mengenai JPAM, Hishammuddin berkata program transformasi yang dilakukan terhadap pasukan itu membuktikan ianya bukan retorik semata-mata sebaliknya disambut baik oleh generasi muda dan kekal relevan sejak penubuhannya 60 tahun lepas.

Beliau berkata dianggarkan 1.1 juta belia kini menganggotai pelbagai pasukan di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk JPAM, Rela, sukarelawan polis dan skuad agensi anti dadah kebangsaan.

"Kesemua 1.1 juta belia ini kita akan salurkan kepada program 1Malaysia Corpdi mana saya lihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri bersemangat untuk menjayakannya. Harapan kita supaya mereka ini dapat mencorakkan kepimpinan negara pada masa depan," katanya.-BERNAMA

nota kaki : suka-suka dia je nak main pinda-pinda undang2 mahkamah negara asing, siap declare bila-bila bleh adjas dengan undang2 Msia....

bukannya Australia yg bermahkamahkan kanggaroo, rupanya mahkamah Msia......bongok, buat malu kaum je budak Hishamuddin nih!

Khamis, 22 Mac 2012

Woi barua SPR ! sudah-sudahlah buat kerja bangang....

Subjek Pilihan Raya Di Sekolah Bukan Untuk Sebar Ideologi Politik - SPR

KUALA LUMPUR: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata ia bukan satu program politik untuk menceritakan ideologi mahupun kebaikan sesuatu parti politik.

Matlamat utama memperkenalkan mata pelajaran itu adalah untuk mencetuskan kesedaran dan perasaan sayang remaja kepada masa depan negara, katanya ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24.

Wan Ahmad berkata melalui subjek itu, pelajar akan didedahkan dengan pemahaman asas mengenai demokrasi, dan kenapa negara perlu mengadakan pilihan raya selain tanggungjawab rakyat dalam menentukan kerajaan.

"Ini cerita sebenarnya...bukannya kita nak beritahu parti politik A ini lebih baik daripada parti politik B," katanya.

Beliau berkata SPR hanya mencadangkan supaya mata pelajaran itu diperkenalkan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada ianya perlu dilaksanakan. - BERNAMA

nota kaki : kengkadang tak terpikir apa yg ada dalam kepala hotak umno@apco@spr ni.....tuntutan bersih yang 8 tuu memang wajar dan cukup adil tapi tak dipandangnya langsung.

alih2 buat kerja bangang dan memang diorang tahu kerja tu kerja bongok tapi agaknya dah tak ada pilihan lain nak tipu undi tapi tunjuk suci, terpaksa jugalah pengikut2 angguk.

yang penting buat dulu le......bangang! rakyat juga tiada pilihan melainkan jalanraya.


Gempar : Dato' Najib ditangkap berbogel bersama Suryana....edisi kantoi !

Ish2 macam perangai yahudi laknatullah yg selalu berjanji@MOU dan keuntungan lebih memihak pada mereka, tapi mereka sendiri yg khianat perjanjian tersebut....

Tak kira siapa antara menteri, baik Msia atau Indon ianya tetap memberi persepsi buruk kepada dunia tentang 2 buah negara Islam 'masyhur'...........

lebih kurang kes cukai 6% prabayar yang dibentang pada bajet lalu,sendiri bikin janji tapi sendiri langgar janji...habuan dah sapu sampai lupa bayar komisen pada toke2 kapitalis.


KUALA LUMPUR - Dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu, demikian dakwa pegawai Kedutaan Indonesia, hari ini.

Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan memorandum persefahaman (MoU) dan perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu.

Pasukan Petugas Bersama dibentuk bagi membincangkan perincian MoU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011.

Pada mesyuarat 10 Januari lalu, kata Suryana, pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak.

"Di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas.

"Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah),” kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan semalam.

Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu, Suryana berkata, beliau sendiri tidak faham dengan perkembangan.

Katanya, kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk menteri.

"Sedangkan pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan itu," katanya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Reyna juga dilapor berkata, amah terbabit hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.

Reyna mengetuai Pasukan Petugas Khas di pihak Indonesia.

Kenyataan beliau itu mencetuskan polemik dengan Malaysia mempertahankan bahawa akan berpegang pada kandungan MoU yang dipersetujui bersama tahun lalu.

Malah, Malaysia menegaskan soal gaji minimum RM700 dan satu tugas tidak pernah dipersetujui, dan tidak timbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melahirkan kemusykilan beliau terhadap tindakan Indonesia menetapkan peraturan baru, antara lain memperuntukkan mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Kata Najib, peraturan baru yang diumumkan Reyna "tidak munasabah langsung."

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula berkata, terpulang kepada Indonesia mahu menghormati atau tidak MoU berkenaan,

Beliau menegaskan, kementeriannya tidak akan berbincang atau merangka semula MoU yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, tahun lalu.

Menjelaskan isu ini, Suryana berkata, antara perkara lain yang dipersetujui ialah gaji minimun RM700 untuk satu pengkhususan tugas, pasport dipegang sendiri oleh pembantu rumah, satu hari kelepasan kerja (tidak kira hari, bergantung pada persetujuan bersama antara majikan dan pembantu rumah) serta majikan perlu membuka akaun bank untuk rekod pembayaran gaji.

Menurut beliau lagi, langkah itu diambil memandangkan sebelum ini tugas sebenar pembantu rumah tidak mempunyai justifikasi yang jelas, sehingga timbul beberapa masalah termasuk penderaan terhadap pembantu rumah yang gagal memenuhi kehendak majikannya, dan kes lari rumah kerana mereka tidak tahan bebanan kerja yang banyak.

“Sedangkan, tugas sebenar pembantu rumah ialah menguruskan kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh baju, menyapu, mengelap lantai dan mengosok pakaian.

"Namun, tugas mengasuh anak ataupun warga tua ialah satu bidang tugas lain kerana kedua-duanya melibatkan nyawa manusia.

“Adalah mustahil untuk mereka melakukan semua tugas itu dalam satu masa kerana tugas menguruskan manusia ini memerlukan kemahiran yang tinggi terutama mengasuh anak, khususnya bayi yang memerlukan kemahiran tertentu dan mereka bukan ‘superwoman’.

“Misalnya menjaga orang tua yang sakit memerlukan perhatian menyeluruh termasuk membersihkan diri warga tua dan memberi ubat ataupun suntikan... jika mereka dibebani dengan urusan tugas yang lain, boleh menimbulkan masalah di kemudian hari,” jelas Suryana.

Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang dihantar ke Malaysia benar-benar berkemahiran dalam bidang pengkhususan ini, maka sebab itulah kerajaan Indonesia mewajibkan mereka untuk menjalani latihan selama 200 jam.

Indonesia sebelum ini melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia berikutan beberapa kejadian penderaan.

Pembekuan sementara itu ditarik balik pada 1 Disember lepas, susulan kesepakatan yang dicapai Najib dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali November lalu.

Indonesia sepatutnya memulakan penghantaran pembantu rumah ke negara ini mulai bulan ini. Bagaimanapun dianjak ke bulan depan.

Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana menegaskan, rakyat Indonesia sendiri jika mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi, pasti tidak akan memilih negara ini untuk bekerja.

"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi
.SH

Selasa, 20 Mac 2012

Kenapa Lebuhraya sering berhantu?

Cuba anda lihat gambar ini baik-baik....di tiang kedua betul-betul di bawah jambatan.

sekiranya masih samar-samar, untuk lebih terang dan jelas sila ke sini.......Hantu lebuhraya akan terus hidup sehingga berpuluh tahun lagi.

melainkan mereka dihapuskan pada PRU 13 nanti....wajib!

"Sapu duit rakyat hampir 1Billion buat projek kroni, saja-saja tambah kroni lain dan buat pinjaman 300 juta pulak, bila siap jual kepada kroni lain dan untung 400 juta lagi.....Bila siap projek tenyeh lagi duit rakyat berbillion-billion selama 33 tahun"....

Rakyat haram tak dapat apa-apa melainkan tengok rumah Perdana Menteri makin lama semakin beso.....Pundek Maikek !

Ahad, 18 Mac 2012

Esok isu Zionis bergema lagi di Parlimen...Tun Madey Kutty :)


KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustafa serta Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nordayanah Hassan.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.

Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional.

“Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam, Insya-Allah saya akan beri penerangan mengenai perkara ini di Parlimen dalam masa terdekat,” katanya

baca di sini SH

Rabu, 14 Mac 2012

Jantan Kak Ijat nak kena sunat dia pulak yang ngelejat....edisi kantoi !

ini dia Si Jali-jali

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar baru-baru ini diberitakan mahu semua Ahli Parlimen UMNO-BN untuk segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta di kawasan masing-masing sebelum pilihanraya umum ke-13.


Menurut laporan Malaysiakini, Noh Omar turut berkata “Ini titik sentuh yang kita nak buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna duit kementerian dulu,” katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur malam tadi.

Jika juak-juak UMNO masih bisul mindanya dengan menganggap ini bukan salah guna kuasa juga, maka kita serahkan pada rakyatlah untuk menilai kerja politik orang yang gila kuasa ini.

Duit kementerian sumbernya adalah cukai yang dikutip daripada rakyat. Bagaimana mungkin seorang menteri berkuasa mutlak untuk memutuskan bagaimana duit itu diagih-agihkan?

Yang disebut sebagai ‘duit belum turun’ itu apa pula maknanya? Adakah duit dari langit belum turun atau duit dari tauke-tauke besar (kroni) UMNO belum diterima? Hingga begitu mudah mereka menggunakan dana awam untuk kepentingan politik mereka.

"Ini semua duit mak bapak saya yang punya,suka hati saya lah nak buat projek untuk rakyat Selangor dan saya ada bukti jasa saya pada rakyat Selangor"kata Noh lagi.....di sini Boneka Cina

Isnin, 12 Mac 2012

1.3 juta warga asing mengundi di PRU 13, ada Umno kesah ?

KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS mendesak kerajaan menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, warga asing sering dimanipuasikan oleh pihak tertentu untuk diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka menjadi pengundi selepas dimasukkan dalam daftar pemilih.

"Kita bimbang daripada maklumat yang kita perolehi ini, sudah tentu menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bersih dalam negara, kita percaya pemberian taraf ini akan digunakan untuk mengundi," katanya.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Mahfuz meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan memilih mana-mana parti yang akan memerintah kelak.

"Rakyat negara ini yang mesti diberikan hak mengundi bukannya warga asing. Biar rakyat sendiri yang memutuskan parti mana yang mereka suka," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru katanya program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dijalankan kerajaan hari ini masih belum dilaksanakann dengan baik kerana melalui program ini kira-kira sejuta lebih warga asing berkemungkinan turut akan dimanipulasi.

'salah satu jenis pekerjaan sektor perkhidmatan'

"Kami minta hentikan sebarang bentuk pemberian traf kewarganegaraan sehingg selepas PRU, bukan bermakna kita setuju bagi kerakyatan tetapi kita hendak pemberian itu dihentikan," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan 1.3 juta pekerja asing tanpa izin yang berdaftar di bawah Program 6P akan mengisi kekosongan dalam sektor perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.HD

nota kaki : menderu-menderu masuk lepas sempadan cam pisang panas. hari-hari keluo berita rush sana rush sini tangkap sana cekup sini tapi makin lama makin banyak...rupanya rush untuk buat transit ke tempat baru,transpot free serta dokumen baru telah disiapkan...wow!

Mungkin kerana angkara x ketua polis dan AG berkongsi dalam gelap?


Lawan Tetap Lawan !

cetusan ranting 1 (terkini)