Cabang

Isnin, 14 September 2009

Jubah Untuk Ibu!!!!!Norshafarahani bt Alias



Blog kedaikopitepimasjid
memohon para pembaca sekiranya mempunyai sebarang info tentang gadis diatas agar segera menghubungi bapanya. Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lalu meresahkan seisi keluarga terutamanya Puan Salmah Ahmad, ibu kepada Norshafarahani bt Alias(gambar diatas) atau pangilan mesranya Syera.

Kehilangan Syera yang juga pelajar Politeknik Kulim tidak diketahui puncanya namun berkemungkinan disebabkan terasa hati apabila En. Alias, bapa kepada Syera menanyakan tentang wang pinjaman PTPTN yang berkurangan tanpa sebab yang munasabah. Pesanan terakhir yang ditinggalkan kepada sahabat baiknya yang juga pelajar Polteknik Kulim " Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat" dan selepas itu beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Ramadhan yang menuju ke penghujungnya semakin hambar dirasakan keluarga En Alias. Ramadhan tanpa ditemani anak tersayang amat memilukan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semoga para pembaca ataupun blogger dapat menyebarkan berita ini agar sama-sama kita membantu menemukan gadis ini kepada keluarganya.

Juga renung-renungkan wahai semua keluarga;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)