Cabang

Sabtu, 21 November 2009

ZAMBRY TUNAI JANJI, LULUS RM3.6 JUTA??



Taiping: Kerajaan Zambry meluluskan peruntukan RM3.6 juta kepada Sekolah Persendirian Cina (SUWA), Jawatankuasa (SJKC) Larut Matang dan Jawatankuasa Sekolah Hwa Lian. Peruntukan itu sebagai menunaikan janjinya setelah datang ke Sekolah Hwa Lian dan akan berusaha untuk membantu sekolah itu selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Sebelum itu Kerajaan Zambry telah memberi pilihan samada mahu peruntukan wang atau tanah, dan selesai perbincangan Jawatankuasa sekolah-sekolah tersebut bersetuju menerima peruntukan wang. Peruntukan akan diberikan pada setiap tahun untuk proses pembelajaran murid-murid.

Bagi kaum India pula, peruntukan RM1 juta akan diberikan melalui tabung khas. Namun, skop pembelanjaan tidak dinyatakan secara terperinci.

Pembangunan Maahad Tahfiz juga akan menerima peruntukan yang sama (RM??) dan akan didahulukan sekitar Manjung. Peruntukan bagi daerah-daerah lain akan disediakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Elaun guru KAFA akan dinaikkan dari RM75 sebulan kepada RM200.

sumber: Ismaniza Ahmad SH


Mattegadey: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dipimpin Hj. Nizar Jamaluddin telah membuat perancangan secara menyeluruh bagi membantu anak-anak negeri Perak meneruskan pembelajaran mereka dalam semua peringkat. Setelah berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa hampir 50 tahun, Kerajaan Pakatan Rakyat membuat perubahan drastik melalui dokumen-dokumen rasmi Kerajaan Negeri berkaitan pendidikan untuk anak-anak negeri Perak.

Bantuan Perkapita bagi Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Perak telah dikembalikan semula kepada guru-guru dan murid-murid serta ditambah peruntukannya kerana menanggung beban sejak sekian lama dirompak Kerajaan Barisan Nasional. Turut sama membantu adalah pegawai-pegawai di JAIP mengikut peruntukan yang ada walaupun dikongkong oleh Setiausaha Kerajaan Negeri tajaan Barisan Nasional. Paling menyedihkan kisah Pondok Pak Teh di Grik yang sekian lama menagih simpati Kerajaan Barisan Nasional terdahulu untuk mengusahakan hanya beberapa ekar tanah bagi menampung pembelanjaan mereka, namun gagal di Pejabat Menteri Besar Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai Hj Nizar Jamaluddin dengan serta merta meluluskannya tanpa bantahan dari Exco DAP malah mereka mencadangkan untuk ditambah peruntukannya.

Bagi membantu Sekolah Persendirian Cina (SUWA), Kerajaan Pakatan Rakyat yang majoriti Adun dan Exco dari DAP membatalkan pemberian RM30 ribu setiap tahun untuk setiap sekolah persendirian cina serta merta. Namun, telah digantikan dengan peruntukan 'pajakan' beberapa ekar tanah milik Kerajaan Negeri untuk diusahakan oleh Jawatankuasa SUWA secara berperingkat-peringkat. Hasilnya nanti akan diagihkan kepada sembilan sekolah kendalian mereka mengikut keperluan dan kapasiti murid-murid serta guru. Kantung Kerajaan Negeri tidak diusik dan tanah-tanah terbiar dapat dimajukan.

Walaupun masyarakat India tidak memiliki sekolah persendirian, Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil inisiatif lain bagi meringankan beban ibubapa pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Mereka diberi bantuan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah, disamping peruntukan buku-buku rujukan mereka di sekolah kerana ramai masyarakat india di negeri Perak berkedudukan tahap miskin tegar.

sumber: Sharipudin Sharif SUK


nota kaki: guna Bajet Haram,Zambry lah barua Mah, pencacai Ganeson dan balaci Rahman SUK (1 m'sia)

2 ulasan:

  1. Banyak lembu Najib 427 ekor dan unta 3 ekor jika seekor lembu 3,500 x 427 berapa ye?

    BalasPadam
  2. salam tuan...
    teman sokong kata mike tu..
    bajet haram

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)