Cabang

Selasa, 19 Januari 2010

Rakyat Tunggu Lagi....Lepas Ni ?

Macam-macam dah dibuat dek Kerajaan Umno tanpa Barisan untuk memenangi hati rakyat dan dalam masa yang sama cuba menakut-nakutkan rakyat demi mengharap rakyat terus memberi undi kepada Kerajaan Umno tanpa Barisan terus memerintah….rakyat bagi undi dan segala urusan Negara ini pandailah Kerajaan Umno tanpa Barisan bereskan,jangan dakwa-dakwi lagi?.

Dari kisah….

1. Harga barang keperluan asas naik dengan mendadak.
2. Bantuan perkapita untuk seluruh sekolah dipotong 50%(SAR jangan haraplah).
3. Kes-kes jenayah sivil kian merunsingkan.Pelajar perempuan,juara rempit.
4. Kes-kes jenayah berat menjadi-menjadi tanpa mengira usia.Bunuh,rutin.
5. Rasuah bertambah busuk,dulu million sekarang sudah billion.
6. Tahap keselamatan Negara diremehkan. Orang luar pesawat tanpa pemandu,pesawat kita terbang tanpa enjin.Gila Babi!
7. Bangunan runtuh disana-sini. Stadium woo.
8. Sistem kehakiman semakin diperkotak-katikan.Pagi rayu,tengahari boleh stamping.
9. Kemasukan pendatang asing tanpa kawalan. Ada pulak dapat IC biru.
10. Syariat Islam dibuang Pemerintah secara sistematik. Mufti?
11. Kalimah ‘Allah’ seperti dijaja untuk menagih sokongan. Masih mengumpan lagi.

Seperti dirancang secara rapi bagi mengalih tumpuan rakyat kepada sesuatu isu terutamanya keperitan dan kesengsaraan menerus kehidupan. Sehingga terpaksa menonjolkan diri untuk menjadi ‘Juara Rakyat’ bersama program menghabiskan duit rakyat.

Lebih kurang 4.6 juta rakyat yang layak mengundi masih dibuai mimpi indah kerana melayan karenah birokrasi Kerajaan Umno tanpa Barisan yang masih tidak yakin untuk ‘mengotomatiskan’ mereka ke dalam senarai daftar pemilih.

Ini akan memberi ruang kepada Umno tanpa Barisan untuk mengeksploitasikan jumlah undi sebanyak itu, walau 20% daripadanya (900ribu undi) mampu merampas negeri yang telah terlepas pada PRU 12. Persempadanan mungkin tidak ‘obsolute’ lagi.

adakah masih menunggu lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)