Cabang

Ahad, 27 Disember 2009

Hamas Merayakan Kejayaan 22 Tahun Melawan Rejim Israel Di Bumi Palestina

Selamatkan Gazza...


Gazza,Ahad : Hamas meraikan ulangtahun ke-22 penubuhannya berjuang bersama-sama rakyat Palestin untuk membebaskan bumi anbiya' daripada pencerobohan rejim haram Israel laknatullah. Rentetan pembunuhan kejam terhadap penduduk Palestin sehinggalah kepada gugurnya pengasas Hamas iaitu Asy-Syahid Syeikh Ahmed Yassin di subuh yang hening berberapa tahun yang lalu. Jentera sehebat 'apache' digunakan tanpa belas terhadap tubuh agung itu sehingga berkecai, dan selang beberapa bulan 'apache' itu jugalah yang membunuh Asy-Syahid Dr. Aziz Rantisy iaitu pengganti Syeikh Ahmed Yassin dalam meneruskan perjuangan Hamas.

himpunan rakyat bersama pendokong Hamas

Dalam serba kekurangan dari segi ekonomi dan material pergerakan Hamas berjaya membawa sinar harapan untuk rakyat Palestin keluar dari belenggu sejarah penjajahan sejak sekian lama. Sekurang-kurangnya pemimpin Hamas berjaya menjaga kebajikan rakyat Palestin dalam membina infrastruktur penting seperti hospital dan sekolah untuk masa depan rakyatnya. Di samping kekangan dari kuasa-kuasa besar antarabangsa dikepalai Amerika, Hamas juga mendapat tentangan dari dalam terutamanya ancaman golongan Fatah yang senantiasa cemburu dengan kejayaan mereka.

kesepaduan pejuang-pejuang Hamas

Rakyat Palestin berdikari berjuang demi tertegaknya Kerajaan Islam yang mampu memberi keamanan sebenar di wilayah itu dan seterusnya memberi berita gembira kepada rakyat negara jiran.


Di Nablus dan Genting Gazza...

Nablus, Ahad: Ketika rakyat Palestin merayakan kejayaan Hamas, 3 rakyatnya di Nablus dan 3 di Genting Gazza dibunuh oleh askar rejim Israel serta 10 yang lain tidak diketahui keselamatan mereka. Pihak askar Israel menuduh 3 yang gugur di Nablus berada di belakang pembunuhan pendatang haram yahudi beberapa minggu yang lepas, sebaliknya ahli keluarga para syuhada' menyaksikan askar rejim menyerbu masuk tanpa memberi amaran sambil melepaskan tembakan sehingga jasad mereka menyembah bumi.

serangan kejam bom fosforus beberapa bulan yang lalu

Manakala 3 pemuda yang syahid di Genting Gazza dituduh cuba menyusup masuk ke wilayah haram Israel. Bagaimanapun, pegawai keselamatan Hamas mendakwa ketiga-tiga mereka sedang mengutip besi buruk di kawasan industri berhampiran sempadan.

organ rakyat Palestin yang terbunuh diambil secara sulit


sumber adaptasi : aljazeera & agencies

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)