Cabang

Khamis, 7 Januari 2010

Jangan Dikejutkan FITNAH YANG SEDANG TIDUR...Azab Allah Amat Pedih!!!


Ketika coretan ini ditulis, keputusan Mahkamah Tinggi bagi membenarkan ‘penggunaan’ kalimah ‘Allah’ dalam majalah Herald (edisi Bahasa Melayu sahaja???) berjaya ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai….


Aku masih berpegang kepada kenyataan 3 tokoh ilmuwan iaitu TG Nik Aziz, TG Abd Hadi dan TG Dr Haron Din serta Lajnah Politik Pas mengenai isu penggunaan kalimah ‘Allah’ tanpa menjejaskan akidah umat Islam dan juga keharmonian antara kaum serta agama di dalam Negara ini…Dan juga kenyataan Tun Mahathir tentang penyelesaian isu ini tidak dapat dirungkai dengan hanya keputusan mahkamah.

Aku sangat bersetuju sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk mencari jalan penyelesaian dengan menemukan tokoh-tokoh setiap agama untuk duduk semeja dan bertukar-tukar pandangan dengan suasana muhibbah bagi mencari titik persamaan. Oleh kerana ia melibatkan agama yang menyentuh akidah setiap penganutnya, ianya sungguh bahaya sekiranya dibiarkan berlegar di kalangan bukan yang arif apatah lagi menjadi bualan politikus-politikus yang sebahagiannya mengejar kedudukan duniawi secara melampaui batas ‘syarak’ dan nilai moral sebagai seorang muslim…bukannya sang munafik!

Setahu aku belum ada selain pemimpin di atas yang dapat memberikan kenyataan ‘wajib’ selain hanya menunggu dengan keputusan mahkamah yang pada suatu ketika kita tidak yakin dengan proses ‘penghadamannya’…sekurang-kurangnya dengan pandangan itu sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati rakyat.

Bagaimana pula dengan pandangan YB Lim Kit Siang dua tahun yang lalu?.(di sini)

Kita sering tersasar dalam buat penilaian atau keputusan tanpa melihat perkara dasar yang menjadi punca permasalahan…sedangkan Allah sentiasa memerhati gelagat kita. Kenapa kita tidak persoalkan tentang tuntutan majalah Herald ini hanya untuk edisi keluaran Bahasa Melayu sahaja. Semoga ianya tidak ada tujuan lain disebaliknya atau ada Hikmah di kemudian harinya.

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!...tiada Tuhan selain Allah. Allah Tuhan Sekalian Alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)