Cabang
Isnin, 16 Mei 2011
Mansuh Subsidi Untuk Isi Kantung Umno Hadapi PRU-13...
nota peraih : Semua hasil bumi yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat/subsidi akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mereka gunakan sumber ini pada kempen PRU-13.
Dana besar ini bertujuan merasuah, membeli undi, umpan projek 'mee segera' serta melakukan kejahatan-kejahatan yang lain.
Umno akan memberi lampu hijau kepada toke-toke besar untuk menaikkan harga barang terutama bagi keperluan harian. Langsung mengenakan segala cukai dan saman yang tinggi kepada rakyat.
Seterusnya mereka akan menggunakan media-media utama untuk memanipulasi isu-isu sensitif secara berulang-ulang bagi meracuni minda rakyat. Semua jentera bebas daripada tindakan undang-undang disebabkan badan penguatkuasaan/KDN berada di dalam kawalan Umno dan Barisan Nasional.
Walaupun rakyat semakin muak dan jijik dengan tindak-tanduk Umno dan Barisan Nasional tetapi Umno pasti menggunakan talian hayat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk meneruskan agenda penipuan demi penipuan supaya dapat mengekalkan Umno Barisan Nasional/Apco laknatullah di muka bumi tercinta ini...
SPR akan halang ejen-ejen parti politik menghebahkan keputusan selepas pengiraan awal selesai di pusat-pusat mengundi supaya mereka dapat menukar keputusan sekiranya Umno dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU-13 ini... sumber di sini
Berita di bawah ini adalah wayang untuk menggugut nelayan dan peladang kerana Umno Barisan Nasional telah beberapa kali gagal memansuhkan subsidi nelayan kerana kesepakatan dan kekuatan persatuan-persatuan ini mendesak untuk mendapatkan hak mereka.
Jika gagal lagi, Umno terpaksa mencari peruntukan subsidi yang lain terutama yang melibatkan orang-orang melayu kerana mereka asyik mengikuti cerita-cerita tahyul dan lucah yang dimainkan media utama. wallahua'lam.
PANTAI REMIS – Persatuan Unit Nelayan Bagan Panchor (PUNBP) membantah cadangan penarikan pemberian subsidi kepada nelayan bot kelas C2 (bot nelayan laut dalam) yang dicadangkan bermula 1 Jun nanti.
Setiausaha PUNBP, Teow Shin Peng berkata, penarikan itu menyebabkan nelayan bot laut dalam menanggung beban lebih tinggi termasuk kos pengendalian bot.
Menurutnya, kerajaan melalui Jabatan Perikanan telah menggalakkan nelayan Zon B bertukar kepada bot kelas C2 sejak 2006, cadangan itu telah disahut nelayan PUNBP.
“Sehubungan itu, nelayan Zon B telah membuat pinjaman melalui bank untuk membina bot nelayan laut dalam.
“Berdasarkan syarat pinjaman, nelayan bot kelas C2 akan menghadapi beberapa masalah kritikal jika cadangan itu diteruskan,” katanya .
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu piket secara aman di perkarangan Dewan Orang Ramai (DOR) Bagan Panchor, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi PUNBP, Teh Hock Lee dan Timbalan Pengerusi PUNBP, Lee Boon Cheng.
Demonstrasi aman itu disertai 45 nelayan bot kelas C2 sekitar Bagan Panchor.
Shin Peng berkata, masalah utama dihadapi mereka adalah peningkatan kos 100 peratus yang akan mendorong kegagalan bayaran balik pinjaman.
Katanya, buat masa ini, nelayan menanggung 45 ke 50 peratus kos diesel dan penarikan subsidi akan meningkatkan kos 60 ke 75 peratus, tidak termasuk kos makanan, gaji pekerja serta peralatan kapal.
“Secara purata, bot kelas C2 menggunakan 25,000 liter diesel bagi lapan hingga 10 trip sebulan dan penarikan subsidi akan menyebabkan sekitar 1,000 nelayan hilang punca pendapatan atau mungkin diisytiharkan muflis,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, mereka turut berdepan masalah pencerobohan pihak penguat kuasa maritim negara jiran yang melibatkan nilai ribuan ringgit untuk wang pelepasan nelayan tempatan ditangkap.
Sementara itu, Penasihat Menteri Besar (Hal Ehwal Kaum Cina), Datuk Chang Ko Youn ketika dihubungi berkata, beliau merayu kerajaan mengkaji semula cadangan berkenaan.
Menurutnya, sekiranya penarikan subsidi diesel dilakukan, ia akan menyukarkan nelayan menjalankan operasi dan memberi kesan kepada kenaikan harga ikan di pasaran.SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
ALLAH TAHU SETIAP NIAT DAN MEMERHATI SETIAP TINGKAH . SAMPAI MASANYA KAMU AKAN DIHUMBAN OLEH RAKYAT.
BalasPadamBERTAUBATLAH SEGERA WAHAI SAHABAT2 UMNO KU SEKALIAN.