Cabang

Isnin, 25 Januari 2010

Mahkamah Tinggi Batalkan Larangan Ke Atas Buku Mengenai Wanita Islam Yang Dipohon SIS


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan larangan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas buku, Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism, dalam semakan kehakiman yang dipohon oleh pertubuhan bukan kerajaan, Sisters in Islam (SIS).

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam ketenteraman awam oleh kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau berkata Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun.

SIS, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Disember 2008, menamakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar, sebagai responden, dengan mendakwa bahawa pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

selanjutnya di Mstar


nota kaki : setelah hampir 5 tahun (sama kes herald's) jakim@jakun tak nampak kesalahan besar walaupun diakui sudah ada perkara yang melanggar garis panduan jakim@jakun, juga disini, sini dan sini...biar lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)