Cabang

Rabu, 29 September 2010

Siapa nak galas Galas?....

Setelah kaum Muslimin mengalami kekalahan dalam perang Uhud dan terdapat beberapa orang yang terbunuh di kalangan mereka, syaitan pun berseru: “Ketahuilah bahawa Muhammad telah terbunuh.”

Ibn Qam’ah menemui orang-orang musyrik dan berkata: “Aku telah berjaya membunuh Muhammad”. Padahal sebenarnya ia hanya memukul Rasulullah SAW dan sedikit terluka di kepala Baginda.

Peristiwa ini banyak menggoncangkan hati ramai orang dan ada di antara mereka yang yakin bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh.

Dalam keadaan ini, mereka beranggapan mungkin perkara itu terjadi kepada Rasulullah SAW sebagaimana Allah SWT menceritakan kisah para Nabi yang terdahulu sehingga perkara itu mengakibatkan kelemahan, ketakutan dan keengganan kaum muslimin meneruskan peperangan.

Pada saat Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud:

"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Al-Baqarah 144-145

nota galas : Apa sebenarnya yang hendak dicari di Dun Galas? Dalam keadaan rakyat terpaksa dan dipaksa tunduk kepada segala perancangan sebuah kerajaan Pusat, yang juga melibatkan sebuah kerajaan Negeri. Baik kedua-duanya, jika berlaku bantahan daripada rakyat yang dahulunya secara 'solid' memberi amanah untuk mereka 'berkuasa', sedaya upaya mereka mempertahankan dasar kerajaan sehingga sanggup memperbodohkan rakyat.

Alasan yang popular adalah seperti berikut:

"Tanah ini telah diteroka secara rakus sebelum kerajaan Barisan Nasional merampas daripada Pakatan Rakyat"- Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir

Juga dijawab oleh pegawai-pegawai khas beliau:



Diberi Bonus Kakitangan Lembaga Air Perak 3 Bulan 1/2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)