Cabang

Jumaat, 29 Oktober 2010

NYAWA RUBIAH TERANCAM!

MISI 'SAVE TELUK RUBIAH' ini didokongi manusia Pencinta Alam, Sahabat Alam Malaysia, dan beberapa individu yang prihatin termasuklah masyarakat antarabangsa. Kita bukan anti pembangunan tapi biarlah bertempat yang sesuai bukan di TELUK RUBIAH.

Teluk Rubiah adalah satu kawasan pantai yang indah. Kawasan ini akan dibangunkan untuk dijadikan tapak kilang untuk sebuah syarikat dari Brazil. Ia berdekatan dengan kawasan Hutan Simpan Teluk Muroh dan juga pantai peranginan Teluk Batik Lumut. Lokasi Persempadanan Projek (Garisan Hitam) dan Tapak Kilang Bijih Besi (Garisan Merah) - sila rujuk di Page SELAMATKAN TELUK RUBIAH. Dari ZON PELANCONGAN di'TRANSFORMASI'kan kpd ZON PERINDUSTRIAN, ia berada di lingkungan Hutan Simpan Teluk Muruh, berhampiran Tanah Rizab Melayu dan hanya bersebelahan Pusat Peranginan & Riadah Pantai Teluk Batik. Jaraknya juga boleh mengancam Pusat Pelancongan dan Hutan Simpan Pangkor Selatan.

Dgn ini, moga anda dapat bersama kami sbg menyokong misi ini.


Mohon sebarkan ke serata alam.
TQ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)