Cabang

Khamis, 28 Oktober 2010

Abang Rayu Noor Kalsom Pulang



HUTAN MELINTANG – Seorang gadis dipercayai hilang apabila tidak pulang sejak keluar dari rumah pada 16 Oktober lalu untuk ke klinik melihat keadaan rakannya yang tidak sakit. Gadis berkenaan, Noor Kalsom Mohd Ali, 22, yang sepatutnya berkahwin pada 28 November ini masih belum pulang ke pangkuan keluarga biarpun usaha mencari sudah dilakukan.

Abangnya, Shodikul Ameen Mohd Ali, 29, berkata, adik bongsunya itu hilang sebaik sahaja menerima panggilan telefon menyatakan seorang rakannya berada di Klinik Kesihatan Sungai Sumun mendapatkan rawatan dan adiknya terus meminta kebenaran untuk ke klinik berkenaan. “Lepas sejam dia keluar, kami mula risau sebab masih tidak pulang-pulang dan saya terus ke klinik kesihatan itu untuk mencarinya tetapi dia tiada di situ.

“Kami sekeluarga kemudiannya terus mencari adik di merata tempat sehingga malam dan kemudian membuat laporan polis,” katanya kepada ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Lot 5343, Lorong Mesra, Batu 12, Jalan Bagan Datoh, di sini, semalam.
Shodikul Ameen berkata, kehilangan adiknya itu cukup merisaukan kerana semasa keluar untuk ke klinik itu, tiada apa yang dibawanya malah Mykad juga tinggal di rumah bersama kad ATM. "Tiada pakaian yang dibawa bersama dan tidak mungkin Noor Kalsom lari dari rumah kerana dia keluar sehelai sepinggang.

"Noor Kalsom tinggal bersama ibu, Maimunah Abdul Karim, 53, di Parit 11, Batu 16, Jalan Bagan Datoh, dan bekerja di kedai makan milik keluarga," katanya. Shodikul Ameen berkata, dia tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menjejakinya kerana telefon yang digunakan juga tidak dibawa bersama ketika keluar rumah. “Kami sekeluarga sangat risau dengan keadaannya sekarang dan sehingga kini tiada sebarang khabar berita sama ada dia masih hidup atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, kehilangan adiknya menyebabkan perkahwinan gadis itu terpaksa dibatalkan sedangkan kad jemputan telah dicetak sebanyak 1,500 keping.
Beliau berkata, majlis pernikahan sepatutnya diadakan pada 13 November nanti tetapi semua persiapan dan perancangan terpaksa dibatalkan kerana majlis itu tidak akan diadakan. “Ibu kami tidak sihat kerana memikirkan nasib adik yang masih belum pulang sehingga ke hari ini.

“Saya berharap kepada orang ramai yang pernah melihat dan mempunyai maklumat mengenai Noor Kalsom agar dapat menghubungi kami sekeluarga atau pihak polis,” katanya.
Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Noor Kalsom diminta menghubungi Shodikul Ameen di talian 016-5554423 atau adik iparnya, Razak Ibrahim, 32, menerusi talian 010-4614077. SinarHarian


nota sorok2 : Semenjak dua menjak nih, asyik cerita orang hilang dan kena culik tak habis2. Ada yang hilang terus dan ada yang hilang kejap2. Macam main sorok2 nak gempo orang pulak. Ada yang 2-3 hari lagi nak naik pelamin, tetiba kansel sebab sang pengantin ghuyub. Simpati serta takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang tidak berdosa.

kemana pergi pihak keselamatan yang dinaikkan gaji bertubi2.....


sibuk jaga keselamatan SPR dan BN agar terus berkuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)