Cabang

Selasa, 28 Disember 2010

Baru Tahu Menara Masjid Seperti Roket....








PANTAI REMIS Penduduk di sini, menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung reka bentuk menara Masjid Al-Aliah, yang didakwa menyerupai sebuah roket. Seorang penduduk, Sabaruddin Murrad, 57, berkata, reka bentuk menara itu menimbulkan banyak rungutan dalam kalangan penduduk kerana ia tidak mencirikan seni bina Islam.

Menurutnya, reka bentuk menara itu tidak sesuai dengan imej sesebuah masjid sebagai satu tempat beribadat bagi masyarakat Islam.
“Penduduk tidak mahu keadaan menara ini dilihat seperti roket kerana ia adalah masjid utama di kawasan Pantai Remis. “Justeru, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan selain meredakan isu menara masjid ini,” katanya ketika ditemui di Pantai Remis, semalam.

Sabaruddin mendakwa, menara itu dibina dengan menggunakan peruntukan yang disumbangkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi terulung di negara ini.
Beliau berkata, reka bentuk menara itu perlu diubahsuai agar lebih sesuai dengan kedudukan masjid. “Bukan pihak berkenaan tidak tahu perkara ini, tambahan ia tersiar sebanyak dua kali dalam akhbar arus perdana sejak disiapkan sekitar awal tahun ini namun, tiada tindakan dambil.

“Diharap pihak berkenaan dapat mengambil berat perkara ini kerana ia menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam di kawasan ini,” katanya.
Beliau Katanya, pihaknya juga bimbang reka bentuk menara itu akan dipergunakan sesetengah pihak untuk tujuan politik.

“Perkara ini nyata akan memburukkan imej sesebuah institusi masjid tambahan telah ada perintah daripada majlis raja-raja agar masjid tidak digunakan untuk tujuan ini,” katanya.
sumber

1 ulasan:

  1. Post yang menarik untuk dibaca.

    Bagi saya mesjid merupakan tempat yang
    sangat tenang untuk melakukan ibadah
    sebagai umat Muslim.

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)