Cabang

Sabtu, 18 Disember 2010

Zambry Ancak ke Tenang....


BN Perak Siap Sedia Bantu Jentera Pilihan Raya Dun Tenang

LUMUT: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak bersiap sedia membantu jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bagi memastikan kerusi itu terus dikuasai BN.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sudah menjadi amalan parti untuk menghantar sebilangan anggota ke mana-mana kawasan pilihan raya kecil bagi membantu jentera kempen.

"BN Perak seperti biasa akan menghantar sebilangan anggota parti mengikut keperluan ke DUN Tenang, Johor untuk membantu memastikan kerusi tersebut tidak terlepas di tangan pembangkang.

"Kita akan berganding bahu dengan jentera parti di sana bagi mengenal pasti masalah penduduk setempat, sekaligus menyelesaikan masalah tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak di Teluk Batik, Sabtu.

Beliau berkata pilihan raya kecil itu merupakan medan terbaik BN menunjukkan hanya parti tersebut sahaja yang terbaik mentadbir negara.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 1.10 pagi semalam.

Terdahulu, Zambry dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam menyampaikan bantuan di bawah program Pinjaman Tanpa Faedah (PINTAF) berupa ternakan lembu, kambing dan anak ayam kampung kepada peserta Daerah Manjung.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)