Katanya cadangan penubuhan suruhanjaya sebagaimana yang disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok itu tidak akan membawa sebarang penyelesaian terhadap permasalahan imigresen di Sabah.
"Suruhanjaya Diraja tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana kita mahu penyelesaian...kita mahu sesuatu yang praktikal yang boleh diselesaikan, suatu imbangan antara ekonomi dan syarat keselamatan," katanya di sini.
Hishammuddin, yang juga Anggota Parlimen Semberong, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Semberong di Kahang, Ahad.
Katanya kerajaan telah pun menubuhkan sebuah makmal bagi mengkaji tentang permasalahan imigran di Sabah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Makmal terbabit, katanya, telah pun mengemukakan cadangannya kepada kabinet Sabah dan kini sedang menunggu reaksi balas daripada pemimpin-pemimpin negeri itu.
"Jikalau dapati cadangan (oleh makmal) itu adalah kukuh maka sokongnya. Sekiranya cadangan itu tidak sebaik mungkin maka cadang sesuatu yang lain," katanya.
Mengenai dakwaan seorang ahli perniagaan yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Sabah yang diisytiharkan sebagai pemerintah di wilayah Sulu di selatan Filipina, Hishammuddin berkata, dakwaan terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah imigran di negeri terbabit.
Katanya, terdapat tiga laporan polis dibuat terhadap ahli perniagaan itu dan siastan telahpun dimulakan.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan