Pasar Satok : Semakin hampir hari mengundi bagi pilihanraya Negeri Sarawak maka suasana kempen semakin rancak serta panas dengan isu-isu tempatan dan nasional. Setiap hari dari pagi hingga ke malam semua calon-calon yang bertanding sibuk turun bertemu pengundi hingga ke pelusuk kampung,hutan dan bukit.
Ini bagi memastikan mereka tidak terlepas walau seorang kerana setiap undi adalah cukup berharga tidak kira kepada calon Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Namun, di beberapa kerusi tradisi sesuatu kaum calon bebas juga mampu memberi kejutan.
Hari ini media utama negara masih memberi ruang kepada persoalan samada dato' Seri Anwar masih memiliki jam 'omega' atau tidak seperti yang didakwa Dato' Eskay@ Trio bahawa jam itu telah ada di tangan mereka. Seorang wartawan wanita yang mendesak pada sidang media Dato' Seri Anwar itu adalah orang yang sama membuat kacau ketika sidang media yang dihadiri Datin Seri wAN Azizah tempoh hari.
Walaupun persoalan itu telah dijawab oleh Datin Seri Wan Azizah dan telah diulangi oleh suaminya tapi wartawan wanita yang dipercayai dari utusan Malaysia tetap tidak berpuashati. Riaknya sengaja dirancang untuk mengambil kesempatan sekiranya mereka berdua membuat kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain. Sehingga mendesak agar Dato' Sri Wan Azizah menunjukkan 'jam omega' di hadapan sidang media tempoh hari. Tujuan lain hanyalah untuk menganggu sidang media Pakatan Rakyat demi kepentingan lawan.
Sepatutnya persoalan 'jam omega' ada atau tidak wajiblah ditanya kepada Dato' Eskay @ Trio kerana beliau bersama Tan Sri Rahim Tambi Chik yang membawa cerita 'jam omega' ini. Pernahkah Dato' Trio menunjukkan 'bukti kukuh' itu seperti yang didakwa mereka?. Mungkinkah Dato' Trio membeli jam omega yang lain tapi menyerupai jam yang pernah dipakai Dato' Seri Anwar?. Atau mungkin juga jam omega kepunyaan Dato' Seri Anwar telah mereka curi tanpa beliau sedari?.
Sidang media terakhir Dato' Eskay@ Trio juga tidak membangkitkan soal 'jam omega' sebaliknya membangkitkan isu samada Dato' Seri Anwar ada atau tidak pergi ke Thailand. Bagaimana beliau boleh sampai ke Thailand sehinggalah hotel mana yang telah Dato Seri Anwar buat penginapan?Bongok!. Semata-mata mengaburi mata rakyat dengan isu yang jauh lebih besar iaitu bilakah Dato' Trio akan ditangkap dan disoal siasat segera kerana mereka orang yang pertama menemui video lucah itu?.
Pengarah dan produser video lucah ini sebenarnya telah hilang punca kerana perancangan awal mereka telah digagalkan oleh MP Sg Petani sebelum skrip siap sepenuhnya. Rakaman yang diedit kepada babak cuma 1 minit, kerana selebihnya mungkin tidak dapat mengesahkan kelibat pelakon itu adalah Dato' Seri Anwar. Oleh kerana tayangan 1 minit itu juga masih tidak dapat meyakinkan rakyat mahupun penyokong-penyokong Umno Barisan nasional, maka dijaja cerita 'jam omega' yang tiada kaitan langsung dengan kesahihan pelakon sebenar.
Dengan memainkan isu 'jam omega' oleh pemikir-pemikir umno Barisan Nasional, sekurang-kurangnya dapatlah bertahan sehingga Pilihanraya Negeri Sarawak ini selesai. SPR, Polis dan jentera kerajaan secara tradisinya masih meneruskan agenda mereka untuk memenangkan Umno Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri Sarawak, mungkin 'jam omega' akan dijadikan modal sampingan memancing dua tiga kerat pengundi.
Namun, persoalan yang masih tidak dijawab oleh umno barisan nasional dan media mereka ialah Bagaimana Empayar kekayaan King Taib Mahmud diperolehi sedangkan majoriti rakyat masih hidup dalam kemiskinan?Bukan 'jam omega' seperti yang ada di pasaran.
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan