Tiga Ditahan ISA Terlibat Penyeludupan Manusia
KOTA KINABALU: Tiga orang termasuk dua warga asing ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Lahad Datu pada 24 Mei lepas, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, ketiga-tiga individu itu dikesan aktif dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan darat.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mereka.
Katanya tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan kepada pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ismail Ahmad dan Pengarah Jabatan Penjara Negeri, Suria Idris, kedua-dua mereka anak jati tempatan, di sini, Ahad.
Hishammuddin berkata penangkapan mereka akan membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan sekaligus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk kegiatan penyeludupan warga asing di Sabah.
Katanya tangkapan itu merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Mengenai pelantikan dua pengarah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah, Hishammuddin berkata pelantikan kedua-dua pegawai anak jati Sabah itu diharap dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran di kedua-dua agensi tersebut.
"Kedua-dua mereka diyakini mempunyai pengetahuan yang luas berhubung situasi di negeri ini dan terbukti amat komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.
Hishammuddin berkata dengan pelantikan mereka, lima daripada sembilan pengarah jabatan atau agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah adalah anak jati tempatan.
Beliau juga menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya jumlah orang tempatan yang diambil bertugas di jabatan atau agensi kerajaan persekutuan di negeri ini agak rendah.
Sambil memberi contoh sembilan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah, Hishammuddin berkata majoriti kakitangan di kesemua jabatan itu adalah orang tempatan dengan peratusan antara 70 dan 97 peratus. BERNAMA
nota sempadan : Mengapa identiti 3 tahanan ISA yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan manusia tidak didedahkan? Berbeza dengan tahanan ISA yang lain....
Mungkinkah penjenayah ini ada kaitan dengan elit negara....
Mungkin juga wayang....untuk menunjukkan bapak KDN dah buat kerja suci?
Padahal projek penyeludupan manusia adalah kerja jahat yang telah lama diwarisi oleh segelintir menteri dan kuasa asing untuk buat duit serta merosakkan kehidupan rakyat di sesebuah negara....50 tahun di bawah umno masih tak selesai-selesai.
Mengapa tidak dibicarakan tapi masih menggunakan ISA, bukan sahaja identiti penjenayah tidak diketahui malah modus operandinya juga ditutup begitu sahaja. Takut nama-nama besar terdedah agaknya ? Gua masih tengah fikir sendiri.....
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga4 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan