Cabang
Jumaat, 27 Mei 2011
Zambery ikut Lim Guan Eng tak bubar Dun ??
nota teluk raja bayang : Inilah punca negeri Perak jadi cacamarba bila Menteri Besar(haram) sibuk dengan urusan orang lain sehingga lupa kawasannya di Dun Pangkor sendiri masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan, pendidikan dan kehidupan sosial anak-anak.
Mencari publisiti murahan agar 'bigboss' terus memberi kepercayaan kepadanya mengepalai kerajaan rampasan....gamaknya.
Beliau seperti cacing kepanasan bila menyelar kenyataan KM Lim Guan Eng mengenai hak pembubaran DUN Negeri adalah tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri itu sendiri. Begitulah juga hak menentukan pembubaran Parlimen Malaysia juga diberikan kuasa sepenuhnya kepada Perdana Menteri sejak turun temurun.
Sebenarnya, beliau merasa terlalu yakin untuk terus memenangi Dun Pangkor hanyalah kerana pertambahan hampir 5000 undi pos di kawasannya bebaru ni dan sememangnya selama 3 penggal beliau telah menjadi 'wakil pos' .
Moga Allah terus memberi kemenangan kepadanya seorang dan hilangkan kerusi-kerusi di kawasan lain sehingga belaiu sekali lagi ditabal menjadi ketua pembangkang...jawablah kau sorang-sorang bila bersidang di Dewan Negeri nanti, baru ada akai !!!
IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri yang tidak perlu dibubarkan setelah pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.
Zambry berkata, masalah sedemikian tidak pernah timbul sebelum ini dan semua negeri termasuk Kelantan akur dengan pembubaran tersebut tanpa sebarang masalah selain tidak pernah membincangkan mengenai perkara tersebut.
Menurut Zambry, kenyataan Guan Eng itu yang dibuat secara tiba-tiba dilihat sebagai sesuatu yang agak menghairankan.
“Persoalan saya, kenapa tiba-tiba dia buat kenyataan? Mereka tahu dan seperti yang lain mereka juga membaca dan mungkin kali ini mereka yakin mereka tak boleh menang (pada PRU 13).
“Mereka juga berkata ‘this should be the time’ berdasarkan kenaikan harga barang. Maka ikutlah, (jika pembubaran Parlimen dibuat).
“Tapi bagi konsep kita, kita akan bersedia pada bila-bila masa jika PRU diumumkan kerana apa yang penting bagi saya ialah teruskan berkhidmat untuk rakyat daripada bercakap soal lain.
“Bagi saya, kenyataan itu hanyalah untuk sedapkan hati biarpun hati sudah haru-biru,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Sementara itu, Zambry berkata, beliau enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) mampu untuk memenangi 33 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagaimana yang tersiar dalam akhbar tempatan semalam.SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga4 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan