Ini betul-betul malapetaka buat rakyat Malaysia bila sebuah Kerajaan yang berlagak macam tuhan "BERBA'IAH" dengan pihak berkuasa supaya saling menjaga kepentingan antara satu sama lain semata-mata. Aku tolong kau, kau wajib tolong aku. Aku bagi 'nikmat' pada kau, kau wajib membalas budi aku.........Dah bersedia hadapi malapetaka ini ?
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
hari ini menggesa pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
kerajaan saling berbai’ah untuk membantu satu sama lain bagi mendepani
cabaran dan perubahan semasa dalam negara.
Dalam
ucapannya, Najib berkata di samping melihat kepada perkembangan negara,
PDRM juga perlu melihat kepada perubahan dalam landskap negara,
sosiopolitik, dan sosioekonomi yang sudah pasti berubah jika
dibandingkan pada masa yang lalu.
“Biarlah kita sama-sama berbai’ah ... kalau kerajaan membantu PDRM, PDRM juga akan membantu kerajaan.
“Unsur globalisasi, ledakan maklumat, teknologi ICT, dan akses kepada
pendidikan lebih luas menjadikan masyarakat yang mana sikap dan
pemikiran masyarakat serta harapan dan jangkaan kita hari ini jauh
berbeza berbanding masa lalu,” kata perdana menteri itu di hadapan
hampir 5,000 anggota polis sewaktu memberikan ucapan pada Majlis Berbuka
Puasa PDRM bersama perdana menteri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di
sini.
Jelas Najib lagi cabaran baru itu bukan sahaja memerlukan
kebertanggungjawaban besar daripada PDRM, tetapi juga agensi-agensi
kerajaan yang lain.
“Justeru, kita perlu positif dan menyahut cabaran ini. Kita
memerlukan kepimpinan yang tegas dan berkesan, SOP (prosedur operasi
standard) yang dikemaskinikan dalam persekitaran baru, dan teknologi
terkini yang boleh dimiliki.
“Pendek kata, apa sahaja yang perlu dikuasai, kita hendaklah berupaya
menguasai segala yang boleh memberi kita kelebihan untuk menghadapi
cabaran baru,” tegasnya.
Menjelaskan perkara tersebut, Najib berkata rakyat kini lebih sedar
tentang hak asasi manusia dan soal perundangan yang mana mereka turut
menuntut kepada prinsip kebertanggungjawaban, bukan sahaja daripada
pihak polis dan kerajaan, bahkan juga dari pihak lain.
“Cabaran ini tidak unik kepada negara kita sahaja, bahkan dunia
sedang berdepan cabaran yang kadangkala tidak tahu bagaimana nak
menganani cabaran tersebut.
“Anggaplah Ini sebuah masyarakat dalam peralihan. Kalau kita jadi
negeri maju menjelang 2020, dalam menjurus ke arah itu, sudah tentu
warganegara Malaysia, sikapnya, pemikirannya, citarasa, dan
jangkauannya juga akan berubah,” tambahnya lagi.
“Di sinilah cabaran kepada PDRM,” katanya dan menambah PDRM juga
perlu melalui proses transformasi yang mana membolehkan PDRM berdepan
dengan masyarakat yang meletakkan harapan begitu tinggi kepada PDRM
untuk mengekalkan dalam negara.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan PDRM akan menjayakan Program
Transformasi Kerajaan yang direncanakan kerajaan di bawah
pentadbirannya.
“Kita mengharapkan PDRM akan menjayakan GTP 2 sepertimana GTP 1 ... kita meletakkan harapan tinggi pada PDRM.
“Jangan kecewa kalau ada polemik tentang angka,” tambahnya lagi. Sumber MI
*** Jangan lupa yang ini....
berbai'ah dgn niat untuk menutup kemungkaran pemimpin kepada Allah... Nauzubillah!!! Pemimpin buat kemungkaran PeeDeeArEm tukang cover... besarnya dosa... jahanam lah negara kita
BalasPadam