Kena faham betul2, apabila menteri nafi.....maknanya ada muslihat !!!
BACHOK – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menafikan
penglibatannya dalam isu tanah di Relai, Gua Musang yang dimiliki dua
pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming sebagaimana
didakwa Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari
dalam blognya dan sebuah akhbar 25 Disember lalu.
Beliau berkata, surat itu ditandatanganinya sebagai Timbalan Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada masa itu untuk menyatakan tiada
halangan bagi Upayapadu Plantation Sdn Bhd menjalankan penyelidikan dan
pembangunan bersepadu tanaman getah dan industri hiliran di kawasan itu.
Katanya, ia perkara biasa bagi dirinya sebagai timbalan menteri yang
bertanggungjawab menulis surat menyatakan tiada halangan bagi mana-mana
pihak menjalankan penyelidikan dan pembangunan tanaman getah.
"Itu bukan surat sokongan untuk beri tanah kepada pemimpin DAP. Saya
bukan orang yang berkuasa dalam hal tanah. Surat itu ditandatangani pada
2006 dan saya tidak tahu siapa pemegang saham terbesar syarikat
berkenaan.
Mungkin juga pemilik asalnya orang Melayudan kemudiannya saham bertukar tangan kepada bukan Bumiputera, kita tidak tahu itu.
“Mereka kata hendak buat penyelidikan dan memohon bantuan. Kita tiada
halangan mengenai itu dengan niat untuk membangunkan industri getah
untuk pembangunan rakyat Kelantan. Kerajaan Negeri lebih tahu mengenai
syarikat itu kerana mereka yang beri tanahitu kepada syarikat itu," katanya.
Menurut Awang Adek, mengaitkan dirinya dengan perkara itu adalah suatu
penyelewengan fakta untuk menyalahkan orang lain di atas kesalahan yang
diri sendiri lakukan.
Kontroversi tanah seluas 4259.87 hektar bernilai RM30 juta itu tercetus
apabila ahli Exco Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman pada sidang media
di Ipoh baru-baru ini mendakwa dua pemimpin DAP itu diberikan tanah
berkenaan sebagai balasan untuk menerima wakil rakyat Pas, Datuk Seri
Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya
Umum 2008. SH
cetusan ranting 1 (terkini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan