KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pilihanraya Umum ke-13
(GM13) mengorak langkah mara untuk terus merealisasikan objektif utama
bagi menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke-13 ini.
Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berlata, GM13 sekali lagi melancarkan
roadshow ke beberapa kawasan tumpuan bagi menumpukan tenaga mahasiswa
bagi menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat.
Bagi mahasiswa, ujarnya terlibat secara langsung dalam pilihanraya
kali ini adalah penting bagi menyediakan generasi muda yang juga bakal
menjadi generasi pelapis bagi kepimpinan negara akan datang.
Menurutnya, sejak sebelum hari penamaan yang lalu, GM13 telah secara
aktif terlibat bagi memberikan penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu
yang berlaku khususnya isu yang berlaku kepada mahasiswa dan anak muda
secara umum.
“GM13 turun ke Parlimen Pekan pada hari penamaan yang lalu telah
memperlihatkan situasi sebenar di Pekan sememangnya telah menggusarkan
kerusi Najib Razak sendiri,” katanya.
Tegasnya, GM13 nekad membawa agenda perubahan ini semarak ke seluruh
negara bagi menjayakan misi ‘Selamat Tinggal Najib Razak’ yang bakal
mencatat sejarah merupakan Perdana Menteri terakhir daripada Umno.
“Mahasiswa menjadi agen pencerahan kepada rakyat. Mahasiswa juga akan
menjadi penyeimbang antara kuasa-kuasa besar politik, juga akan
memastikan rejim yang zalim pasti akan tumbang jua suatu hari nanti,”
katanya.
Beliau menambah, atas faktor itu GM13 menyeru seluruh pendukung
gerakan mahasiswa agar terus membawa agenda perubahan terbesar dalam
negara berhadapan pilihanraya yang cuma tinggal beberapa hari sahaja
lagi menuju hari pengundian.
Dengan ini, katanya GM13 mengajak semua untuk bersolidariti bersama
di beberapa kawasan tumpuan yang telah diatur iaitu pada 25-26 April di
Parlimen Putrajaya, Kuala Selangor (28-29 April), Gelang Patah, Johor
(30-1 Mei) dan Paya Besar, Pahang (2-3 Mei).
“Selangkah menuju kemenangan rakyat, Road to Putrajaya. Ayuh kita jayakan!” ujarnya.HD
Fitnah jadi budaya Pas
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan