Cabang

Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir Krisis Kita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Mesir Krisis Kita. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mac 2011

Ini Zaman Suara Raya Rakyat...PRU 13 atau Revolusi?


KUALA LUMPUR, 9 Mac: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mengajak semua ahli Dewan Rakyat supaya mengambil pedoman dari kebangkitan suara raya rakyat yang berlaku di seluruh dunia Islam.

Ini, katanya kerana dunia pada hari ini sudah berubah di mana zaman penguasa memberi amaran kepada rakyat supaya mengikut telunjuknya sudah berakhir.

Katanya, zaman kerajaan menjadi penguasa sudah berakhir dalam dunia Islam.

“Ini zaman suara raya rakyat. Kita perlu hadam bahawa dalam arus ini, rakyat yang memberi amaran kepada penguasa, bukannya penguasa menakut-nakutkan rakyat dengan ugutan dipenjara, dihadapkan ke mahkamah atau digantung dari Parlimen,” ujarnya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat petang semalam.

Justeru itu, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan semua badan yang bertanggungjawab perlu mengambil pedoman dari kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

Tambahnya, jangan sampai pilihanraya umum hanya memuncakkan kemarahan rakyat dan kerajaan yang dipilih di saluran peti undi ditumbangkan oleh rakyat tidak sampai dua bulan selepas pilihan raya, kerana kerajaan yang dipilih dengan cara manipulasi undi adalah kerajaan yang tidak sah di mata rakyat.

Beliau menambah, dalam masa tiga tahun Parlimen Kedua Belas berlangsung, dengan kehadiran wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat satu persatu tindakan Barisan Nasional yang membelakangkan rakyat dihentikan.

Katanya, bermula dengan desakan supaya pengenalan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan ditangguhkan sehinggalah beberapa syarat yang membela rakyat dicapai dahulu, sehinggalah pemansuhan judi bola yang cuba dilaksanakan secara senyap-senyap oleh Barisan Nasional.

Menurutnya, kematangan rakyat Malaysia yang dizahirkan di peti undi pilihanraya tiga tahun lalu membuka lembaran baru dalam sejarah negara kita.

“Dewan Rakyat pada hari ini adalah dewan yang diperkasakan dengan suara rakyat. Kehadiran wakil-wakil dari Pakatan Rakyat memberi makna kepada fungsi dan perjalanan Dewan Rakyat, bukannya dewan kosong yang jarang dikunjungi wakil-wakil Barisan Nasional sebelumnya,” ujarnya.

Pun begitu, katanya Barisan Nasional tetap mengintai ruang untuk menggunakan Dewan Rakyat pada hari ini bagi menutup suara rakyat.

Menurutnya, apabila wakil-wakil rakyat mempersoalkan kewajaran membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membayar syarikat asing yang ada kaitan dengan perisikan Yahudi bagi menjalankan kempen-kempen kerajaan, Ketua Pembangkang dan tiga wakil rakyat digantung.

“Dalam suasana itu, kita kembali bersidang dengan hikmah yang jelas untuk dihayati. Suara rakyat yang dilambangkan oleh 8 Mac akan terus berkumandang di Dewan Rakyat tidak kira apa helah yang akan digunakan Barisan Nasional selepas ini,” ujarnya.

Beliau menambah, tempoh dua bulan sejak dewan ditangguhkan akhir tahun lalu menyaksikan perubahan mendadak dunia.

Katanya, penggal ketiga ditangguhkan dalam suasana dunia Islam di Timur Tengah masih di bawah telunjuk diktator-diktator yang telah berkuasa berdekad-dekad lamanya.

“Sewaktu dewan ditangguhkan dulu, tidak ada seorang pun yang berada di dalam dan di luar dewan ini, hatta mereka yang sering melawat ibu kota-ibu kota Timur Tengah pun akhir-akhir ini, yang dapat menduga bahawa diktator-diktator ini boleh ditumpaskan oleh rakyat mereka dalam masa sesingkat dua bulan,” katanya.

Beliau berkata, Hosni Mobarak ada segala-galanya di mana seluruh sistem negara dan kerajaan berada dalam genggamannya, semua bentuk tentangan yang boleh mencabarnya telah dicantas dan aktivis politik yang tidak disukainya dipenjarakan sewenang-wenangnya.

Tambahnya, corong-corong televisyen secara berterusan menyiarkan saban hari imej-imej seorang diktator yang harus ditakuti dan diikuti rakyatnya.

Mesir, katanya diperintah dibawah undang-undang darurat sejak tahun 1967 di mana dalam pilihanraya parlimen 2010 yang berlangsung serentak dengan sidang dewan ini Disember lalu, partinya menang 95% dari semua kerusi parlimen yang dipertandingkan.

“Makanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangka sebulan selepas itu Hosni Mobarak hilang tampuk pemerintahan dan dalam sekelip mata, Mesir yang ada hari ini adalah Mesir yang cukup berbeza,” katanya.

Beliau menambah, Hosni Mobarak, isterinya dan keluarga terus menghilangkan diri seperti mana Ben Ali dan isterinya dan keluarga; pada waktu rakyat Mesir bangkit menuntut keadilan dan kebertanggungjawaban.

Katanya, diktator-diktator yang sekian lama berkuasa ini tenggelam dalam sekelip mata di tengah-tengah gelombang suara rakyat yang tidak boleh dihentikan oleh sesiapa pun.

“Apakah Hosni Mobarak tidak menguasai setiap aparatus kerajaan, tentera dan polis? Apakah pengendalian pilihanraya tidak dipesongkan supaya partinya menang besar dalam pilihanraya terbaru?

“Apakah Hosni Mobarak membenarkan sekelumit ruang pun bagi media melaporkan secara adil dan terbuka?” soalnya.

Namun, ujarnya apabila suara rakyat sudah menjadi suararaya, semuanya akan tenggelam.

Katanya, keputusan pilihan raya yang diadu-domba akan hanyut bersama-sama pimpinan bobrok yang tidak pernah serik mencari manipulasi untuk menghalalkan penipuan di peti undi.

“Sebab itu, penggal Dewan Rakyat kali ini perlu memandang serius perkembangan tidak sihat bersabit manipulasi pilihanraya dan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang semakin dipersoalkan.

"Selepas tsunami 8 Mac, kegilaan untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya demi menjamin kemenangan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi,” katanya.

Rabu, 2 Mac 2011

People First vs Rakyat Didahulukan...One Israel


"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri. selanjutnya di sini

Kenapa Menteri KDN takut Revolusi?



Belum pernah selepas berlakunya revolusi di mana-mana yang menyebabkan negara itu mundur, papa serta rakyatnya mati kelaparan. Walhal negara-negara yang rakyatnya bangun merevolusi sistem pemerintahan yang korup dan kuku besi, hidup mereka bertambah maju dan mendapat manfaat yang banyak daripada hasil bumi.


Rakyat melakukan revolusi kerana cinta dan kasihkan negara mereka...buktinya di sini, sini dan sini.

Tak semena-mena, pokok belum tumbang sang menteri keselamatan terpacul dari tempat persembunyiannya. Bertapa entah di mana, mencari tangkal azimat dari si penasihat apco yahudi laknatullah(orang luar)...agaknya lah.

Kusut kepala hotak memikirkan apakah tindakan susulan perlu dibuat sekiranya umno apco tumbang wal ghuyub dari bumi Malaysia yang bertuah ini...alhmadulillah. Benda yang tak pernah terpikir dalam kamus perjuangan umno selama berkuasa. Nampak seperti mereka sudah sedar usia kekuasaan akan berkubur tanpa nesan.

Walaupun sebenarnya beliau takut, tapi cuba buat berani dengan mengugut untuk menggunakan ISA bagi menyekat kebangkitan rakyat...di sini

Kalau merevolusi untuk keuntungan kantung KDN memang cekap dan betul saja..di sini

Isnin, 28 Februari 2011

Bersih Saman Lotus...(video inside)


Bila diminta perbaiki proses pilihanraya agar ianya lebih adil dan dihormati oleh semua pihak, bermacam alasan diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Malah didokong kuat oleh kerajaan yang memerintah.

Tuntutan BERSIH iaitu dakwat kekal, undi pos dihapus dan akses kepada media langsung dibakul sampahkan. Sistem online yang semakin canggih tidak dapat dipraktik antara jabatan-jabatan di bawah KDN yang terlibat bagi melancarkan pendaftaran rakyat secara automatik lagi bersistematik...

Tapi, bab nak merompak duit rakyat sanggup lakukan apa sahaja...sampai ke larut malam pun dipaksarela.


Tak semena-mena tua kutuk nih berhujah lagi untuk menutup segala kegagalannya yang selama ini menjadi 'kebanggaan negara', Chedet menafikan Proton mengalami kerugian cuma untungnya sedikit...yang rugi hanya penstrukturan Lotus.



Tak Nak siasat ke kenapa Lotus boleh rugi hampir 2 Billion? Tua Kutuk...




Ahad, 20 Februari 2011

Hentikan Kerja Jahat SPR sebelum PRU 13.....

Pengunaan Dakwat Kekal supaya tiada pengundi membuang undi di dua tempat berasingan dan mengundi untuk pihak lain.....


Hapuskan sistem undi pos yang langsung tidak praktikal serta tidak bebas.

Atau kita melangkah untuk BEREVOLUSI SELEPAS PRU 13 NANTI...


Jumaat, 18 Februari 2011

Selepas Jawa Timur, Papa cari gadis Kemboja...



KUALA LUMPUR: Pembantu rumah dari Kemboja akan dibawa masuk ke negara ini bagi memenuhi permintaan semasa majikan yang semakin meningkat berikutan pembekuan berterusan ke atas pembantu rumah oleh kerajaan Indonesia. (Berita Gambar-Gadis Melayu Perkasa)

Sebagai rancangan awal, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) telah memeterai surat menyatakan hasrat (LOI) dengan Persatuan Agensi Pekerjaan Kemboja (ACRA) di sini semalam.


Surai LOI berkenaan adalah untuk mengkaji pengambilan dan pengurusan pembantu rumah Kemboja di Malaysia.


Timbalan Presiden PAPA, Jeffrey Foo memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada wakil dari kedua-dua persatuan itu akan ditubuhkan dalam tempoh 30 hari bagi membincangkan isu-isu berkaitan.


Antara isu tersebut ialah kebajikan pembantu rumah dari negara itu ketika bekerja di Malaysia serta menurunkan had umur pembantu rumah dari negara tersebut dari 21 kepada 18 tahun.


Foo berkata, bagi pihak ACRA, PAPA telah mengemukakan permohonan menurunkan tahap umur kepada kerajaan Malaysia serta rasional di sebalik permohonan itu memandangkan kebanyakan pembantu rumah dari Kemboja berusia dalam lingkungan umur tersebut.


"Bagaimanapun, kami akan memastikan pengambilan pembantu rumah dari peringkat umur itu diberi perlindungan tambahan terhadap sebarang bentuk eksploitasi. Kami akan bincangkan kaedah terbaik supaya golongan itu dalam bekerja secara aman dan kebajikan mereka terjamin," katanya.

Foo berkata isu lain seperti tangga gaji, yuran pengambilan, latihan dan syarat akan dibincangkan dengan ACRA bagi memastikan hanya pembantu rumah yang berkualiti sahaja dihantar ke negara ini.


Pengerusi ACRA, AN Bunhak, berkata sekiranya permohonan menurunkan had umur diluluskan oleh kerajaan Malaysia maka jumlah pembantu rumah Kemboja yang dibawa masuk ke Malaysia boleh ditambah kepada 5,000 orang sebulan berbanding 500 orang setiap bulan ketika ini.


Katanya, kerajaan Kemboja sudah mempunyai peraturan sendiri yang perlu dipatuhi oleh semua anggota ACRA berhubung pengambilan dan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.
Katanya, dengan perjanjian yang bakal dimeterai itu, proses penghantaran pembantu rumah dari Kemboja dapat berjalan lancar.

Malaysia menghadapi masalah kekurangan pembantu rumah asing selepas Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah dari negara itu pada pertengahan tahun 2009 dan kedua-dua negara masih membincangkan beberapa isu termasuk gaji dan cuti mingguan. - BERNAMA

Ahad, 13 Februari 2011

Selepas Mubarak, Mungkinkah Mesir Terus Gumbira Di bawah Tentera?


Ketika ini, 'seluruh' warga Mesir samada di dalam negara mahupun jauh di Antartika merayakan apa yang dikatakan kemenangan menjatuhkan seorang diktator. Suara rakyat suara keramat.

Apa sahaja sistem pemerintahan di seluruh dunia baik sistem demokrasi,kapitalis,komunis ataupun sistem beraja setiap kerajaan yang memerintah akan jatuh dengan suara rakyat.


Segala bentuk penyelewengan,rasuah dan penindasan hak rakyat tidak dapat diselamatkan hatta dengan bantuan 'pengurus' pilihanraya sekalipun....kuasa rakyat adalah penentunya secara zahir, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah segalanya.

Firman Allah bermaksud:

" Katakanlah, Ya Allah, Yang memiliki kerajaan, Engkau memberi kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina siapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas segala-galanya." (Al-Imran 26)

Mesir Di Bawah Pemerintah Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) sehingga pilihanraya presiden dijangka berlangsung September 2011 ini nanti.

Mengenang peristiwa 1966 di negara jiran kita Indonesia, Presiden Soekarno digesa melepaskan jawatannya setelah 32 tahun berkuasa. Setahun sebelumnya 6 jeneral bersama 1 pegawai angkatan tentera dibunuh kejam oleh pihak yang tidak diketahui. Namun, tentera telah mengesyaki Parti Komunis Indonesia yang bertanggungjawab ke atas kerja jahat itu.

Selama 2 tahun selepas Soeharto memegang jawatan Presiden, ribuan yang disyaki menjadi ahli Parti Komunis Indonesia juga dibunuh secara misteri, sebahagiannya dihukum mati dan kebanyakannya dihantar ke Pulau Buru, Maluku.

General Soeharto menggesa Presiden Soekarno menyerahkan kuasanya kepada Tentera. Soeharto memangku jawatan dan setahun berikutnya diangkat menjadi Presiden Indonesia sehingga beliau juga dipaksa turun melalui 'reformasi' 1998 lalu.

Melihat kepada apa yang berlaku di Indonesia, wajarlah rakyat Mesir mengambil iktibar dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sekiranya di bawah cengkaman rejim angkatan tentera. Israel tidak akan berdiam diri walau sesaat dan akan sentiasa memantau keadaan di Mesir kerana kepentingannya di bumi Palestine mungkin terjejas teruk sekiranya tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan menunggu...wallahua'lam,yang pasti 1 lagi rejim pemerintah dunia berkubur.

adaptasi mengikut kefahaman penulis, lebih jelas di sini

Isnin, 7 Februari 2011

Merlimau : Letak Calon DAP, Usah Teruk-teruk...Umno mesti phobia!



Selagi Suruhanjaya Pilihanraya tidak dibersihkan, Pakatan Rakyat sebenarnya menghalalkan kerja jahat mereka bersekongkol memenangkan calon Barisan Nasional...

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang. di sini

Ahad, 6 Februari 2011

Mental Menteri Pertahanan Lemah....

Teluk Rubiah

"Peranan mereka hanya setakat itu sahaja...jika pembangkang ikhlas, saya mencabar mereka supaya turut serta membantu menghulurkan sumbangan kepada rakyat Malaysia yang kini terperangkap di Mesir"- Dato' Seri Zahid Hamidi
. lagi di sini

Tapi,kalau bab duit memang cekap...

gambar arkib

Segera lulus peruntukan RM 6 Billion untuk vendor....

LUMUT - Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pembinaan kapal peronda berkenaan akan memberi anjakan ekonomi berikutan ia dapat memberi faedah kepada 632 syarikat vendor yang merupakan rakan strategik Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dalam menjayakan projek tersebut.

"Justeru itu kita akan pastikan sekurang-kurangnya RM2 bilion daripada peruntukan tersebut dapat dinikmati manfaatnya oleh 632 buah syarikat tersebut," katanya.

Katanya beliau sendiri akan memantau projek berkenaan dan memastikan semua pihak mendapat manfaat serta tidak timbul masalah kelewatan pembayaran kepada pihak vendor. - di sini

cetusan ranting 1 (terkini)